Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Tuesday, February 12, 2013

Saat Menanti Kelahiran Bab IV

Assalamualaikum semua..alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup dan menikmati serta mensyukuri segala nikmat-NYA...Alhamdulillah, telah diberi kekuatan oleh-NYA..Mudah-mudahan apa yang dipilih itulah yang datang dari-NYA...

Kami dah pun decide semula, tak jadi nak ikat..Encik Hubby telah bertukar fikiran sejak balik kampung ni...I pun sebenarnya berbelah bahagi untuk ikat ni...Macam-macam yang difikirkan...Apalah salahnya jika tak ikat pun..Rasanya lebih baik kottt...Harap-harap macam tu lah....

14 Feb 2013 ni nak kene jumpa doktor tu lagi untuk beri keputusan yang muktamad...Sedihnya, encik hubby tiada di sisi...Terpaksalah diri ini mendengar ceramah dari doktor tu nanti...Yelah, bila patient tak nak dengar cakap doktor, semestinya kena dengar leterannye kannn...Gasaklah...yang nak dibedah diriku...bukan dia..yang nak merasa sengsara, adalah diriku jua...apa yang kuharapkan, bakal doktor yang nak bedah tu nanti mestilah menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh hati-hati dan teliti, agar diriku tidak dicederakan...huhuhu...Ya, Allah kumohon pada-Mu agar semuanya berjalan dengan lancar...berilah daku doktor yang benar-benar berpengalaman, bertanggungjawab dan teliti dalam menjalankan tugasnya...Kumohon Kau selamatkanlah anakku dan diriku...amin...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::