Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Monday, May 19, 2014

UKURAN ASAS SEBUAH KABINET DAPUR

Anda merancang untuk membina sesebuah kabinet dapur? perkara utama yang perlu anda ketahui adalah ukuran-ukuran asasnya. Sebenarnya pembinaan dapur moden sudah pun mempunyai set ukuran-ukuran asas yang dianggap sebagai standard. Dengan menuruti ukuran-ukuran standard ini, dapur kita bukan saja dapat diselaraskan untuk tujuan ergonomik tetapi ia juga mudah disesuaikan dengan perkakasan atau aksesori lain. 


Berikut adalah antara ukuran-ukuran asas yang perlu anda ketahui.

• A - Ketinggian table top kabinet dapur dari lantai ke permukaan kerja: 34 inci
• B - Ketinggian bar counter dari lantai ke permukaan bar: 42 inci
• C - Ketinggian wall unit (kabinet atas) dari lantai bermula pada paras: 60 inci
• D - Ketinggian wall unit (kabinet atas) yang standard: 24 inci kedalaman
• E - Kedalaman table top kabinet dapur dari depan ke belakang: 24 inci
• F - Kedalaman wall unit (kabinet atas) dari depan ke belakang: 12 inci
• G - Kedalaman bar counter: 16 - 24 inci

Lebar perkakasan juga penting untuk anda ketahui untuk merancang layout dapur. Dengan mengetahui anggaran ukuran yang betul, anda boleh melakukan perancangan awal dengan lebih baik. Ukuran-ukuran lebar perkakas dapur boleh dikatakan agak standard. Bagaimanapun standard yang dimaksudkan bukan sekadar satu ukuran - peti sejuk misalnya mempunyai beberapa ukuran lebar yang standard. Lebar sinki pula lebih bebas.

Selain itu anda juga perlu memastikan apakah ruang dapur yang anda miliki, samada kecil, sederhana, luas atau sangat luas.Ruang dapur lazimnya bergantung kepada jenis-jenis rumah. Jadi tidak semua rekabentuk kabinet dapur yang mungkin anda impikan akan bersesuaian dengan ruang dapur yang anda miliki. Berbincanglah dengan kami agar kami dapat memberikan pandangan untuk anda. Terdapat beberapa contoh pilihan kabinet dapur yang boleh mencetuskan idea, yang dimana, rekabentuk-rekabentuk ini selalu menjadi pilihan para pelanggan:-


Pilihan kabinet dari rona cerah dapat meluaskan lagi ruang dapur anda. Dengan penggudaraan yang baik berserta dengan ruang tingkap yang luas, pilihan rona cerah dapat membangkitkan suasana segar sepanjang berada di dapur. Pilihan rona putihmenjadi tema asas yang selalunya di padankan dengan warna kelabu, cream, kelabu pekat dan hitam. Ianya satu gabungan warna yang dapat membangkitkan aura menarik.


Pilihan kabinet rona gelap bersesuaian dengan ruang dapur yang luas. Ini untuk menggelakkan ruang dapur yang amat luas kelihatan berongga. Dengan pemilihan kabinet dapur dari pilihan warna gelap, ianya akan menaikkan imej eksklusif dengan padanan cahaya samar dari neon kekuningan. Suasan akan menjadi lebih sejuk dan elegan.


Pilihan kabinet dari rona terang pula bersesuaian dengan tuan rumah yang mahu tampil dengan imej berani. Sesalunya kami menggabungkan warna-warna panas seperti kuning, merah dan oren untuk membangkitkan suasana ceria. Gabungan warna hijau dan biru muda juga bersesuaian untuk menampilkan satu impak yang tersendiri. Selalunya rona cerah ini sesuai untuk rekabentuk dapur yang lebih moden.


Pilihan kabinet rona asas asalah yang cukup biasa dan sering diadaptasikan buat rumah pelanggan memandangkan harganya yang amat berpatutan. Hadir dalam pilihan pelbagai warna kayu, kabinet rona asas ini juga tidak akan kalah jika sentuhan dekorasi serta pengcahayaan berjaya memainkan peranan dengan baik.

INFO NI SAYA COPY UNTUK PENGETAHUAN DIRI SAYA SENDIRI...KALAU NAK CARI BALIK INFO NI KAT INTERNET...MUNGKIN SUKAR UNTUK SAYA JUMPAI KEDUA KALINYA...JADI SAYA COPY DALAM BLOG SAYA SUPAYA SENANG SAYA NAK ULANGKAJI....^ ^...

CUCI MATA JAP....

BILA PEMAJU DAH MINTA BAYAR DUIT SYABAS DAN TNB...ITU TANDANYA RUMAH TAK LAMA LAGI NAK SIAP....SETAKAT NI PUN PERGI SURVEY2...DAH SIAP SEMUANYA CUMA NAK PASANG TILES, TINGKAP, PINTU, PAGAR DAN CAT...INSHAA ALLAH..ADE REZEKI DAPAT LAA DUDUK RUMAH SENDIRI.....

SEMENTARA MENUNGGU RUMAH NAK SIAP TU...MACAM ORANG LAIN JUGA LAH KITE...MESTI LAA SURVEY2 APA YANG PATUT...MEMANG SERONOK CUCI MATA KAT INTERNET NIH...VERANGAN LEBIH...BAJET MESTI KENA ADA...KLO BAJET BANYAK..BANYAKLA YANG BOLEH DIBUATNYE...KLO CIPUT...SIMPAN AJELAH DULU SEGALA IMPIAN...HUHUU....

APE2 PUN...KITA CUCI MATA DAN  CARI IDEA DULU YEEE......IDEA2 DI BAWAH NI YANG MENCURI PERHATIAN SAYA....SIMPAN DALAM BLOG SUPAYA SENANG NAK BAGI IDEA KAT CIK ABE DAN SENANG NAK EXPLAIN KAT KONTRAKTOR NANTI...HAHAHA...BANYAK LAGI ILMU PERLU DICARI TENTANG RENOVATION RUMAH, KALAU PERGI KEDAI CK CONTOHNYA...PERGI TANPA ILMU..MEMANG MUDAH TERTIPI LAA JAWABNYE...HUHUU...RISAU...

JOMLAH LAYAN DULU GAMBAR-GAMBAR YANG ADA NI....LAYAAAANNNNNZZZZ>>>>>






OK....NANTI KITA SURVEY YANG LAIN PULA....SIMPLE, KEMAS, MENARIK, SEJUK MATA MEMANDANG OK LAAA....BILA NAK JADI KENYATAAN...TUNGGU RUMAH SIAP DULU LAAA....HIHII

Wednesday, May 14, 2014

GENAP 5 TAHUN PEMERGIAN...

Pejam celik...pejam celik....dah 5 tahun pemergian Muhammad Syamil Nazhan 14 Rejab 1430H - 14 Rejab 1435H...klo ikut kalendar Masihi 7 Julai 2009 - 7 Julai 2014...Tapi ummi ikut kalendar hijrah kebetulan hari ini 14 REJAB 1435H hari Rabu...hari pemergian Syamil 14 Rejab 1430H tuuu hari Selasa...Hari Kelahiran hari Jumaat, penghulu segala hari....

Rindunye rasa...apapun ummi bersyukur..kini ummi ada pengubat rindu Nazhan...adik Syamil Najhan dan adik Sufi Amani...lebih2 lagi laa pada adik Syamil Najhan yang wajahnya seiras kamu....memandang wajahnya..memeluknya seumpama ummi memeluk dan memandang kamu...huhuu....walaupun usia kamu jika masih ada sudah pun 5 tahun...tapi ummi rasa kamu baru je lahir...tetap dengan usia pemergian kamu 4 bulan...memanglah...nanti ummi akan jumpa kamu dengan usia itu juga...

Hanya doa mengiringi setiap nafas ummi dan abi...Semoga kita akan bertemu kembali di hari yang dijanjikan itu...Ummi mengharapkan sesuatu yang bahagia untuk kita sekeluarga suatu hari nanti...Teruslah berdoa berdoa dan berdoa...


Renungan penuh makna sebelum pemergian Muhammad Syamil Nazhan..2 hari sebelum meninggal.

Setiap detik kenangan bersamanya takkan pernah luput dalam ingatan....
Ya, Allah...hadiahkanlah kepada kami kesabaran dan ketabahan dalam setiap hembusan nafas kami dalam mengharungi kehidupan ini...UjianMu kami terima sebagai sesuatu yang istimewa...Hanya Engkau yang Maha Mengetahui yang Terbaik untuk kami...Kami menantikan saat yang paling istimewa itu...


Inilah dia abang Sufi Amani dan Syamil Najhan..Inilah dia abang yang selalu ditanya2 oleh Sufi Amani...Miss U forever...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::