Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Thursday, June 14, 2012

Perkongsian ringkas kisah penyusuan Nabi Muhammad S.A.W

Gambar sekadar hias
Alhamdulillah, walaupun terpaksa bangun di tengah malam untuk update blog (kena tunggu anakanda tidur dulu baru tiada gangguan), saya gagahkan juga sebab hati ini meronta-ronta untuk berkongsi sesuatu yang saya rasa ramai ibu-ibu di luar sana mungkin tidak tahu. Ianya tidak lain tidak bukan, tentang kisah penyusuan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Ceritanya begini ... mengikut sejarah, Nabi Muhammad S.A.W mempunyai dua orang ibu susuan iaitu Thuwai­bah yakni hamba kepada Abu Lahab yang menyusukan Baginda selama 8 hari terawal selepas kelahirannya dan Halimah al-Saadiah yang menyusukan Baginda selepas itu. Kenapa boleh jadi begitu? Pernahkan anda terfikir mengapa Baginda diberikan kepada ibu susuan dan tidak disusui oleh ibunya sendiri?

Sebelum saya berikan jawapannya, tahukah anda amalan penyusuan ini telah dipraktikkan oleh masyarakat sejak dari zaman jahiliah lagi. Dan ianya telah menjadi kebiasaan golongan bangsawan Arab di Mekah apabila seorang anak dilahirkan mereka akan segera mencari wanita-wanita dari kawasan pedalaman untuk menyusukan anak.

Persoalannya mengapa? Jawapannya mudah saja ... kerana Aminah (ibu kepada Rasulullah) duduk di kota dan Halimatul al-Saadiah tinggal di luar kota. Adalah dipercayai susu ibu yang dihasilkan di luar kota jauh lebih baik tanpa pencemaran serta datangnya dari sumber makanan segar yang terdapat di luar kota.
Daripada cerita ringkas penyusuan Baginda di atas, dapat dirumuskan bahawa:
  • Dalam apa juga keadaan dan situasi, memang tidak disangkal lagi bahawa SUSU IBU adalah yang TERBAIK berbanding susu formula yang paling mahal yang terdapat di pasaran
  • KHASIAT susu ibu BERKAIT RAPAT dengan PEMAKANAN dan PERSEKITARAN si ibu yang menyusukan
  • GAYA HIDUP kita sekarang JAUH BERBEZA dengan puluhan dan ribuan tahun yang lalu
  • Selari dengan arus pemodenan masa kini, didapati terdapat LAMBAKAN MAKANAN yang DIPROSES dan pelbagai HORMON mahupun BAHAN KIMIA digunakan dalam penghasilan makanan kita seharian (seperti contoh makanan segera, bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan dan sebagainya)
  • Kesihatan adalah anugerah Allah dan sakit juga datangnya dari Allah, namun tidak salah untuk kita berbuat sesuatu bagi meningkatkan mutu kesihatan dan kualiti hidup kita agar satu kehidupan yang lebih sempurna dapat diperolehi. Lagi pun bukankah MENCEGAH itu LEBIH BAIK dari MENGUBATI?
Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, penjagaan makanan oleh seorang ibu menyusu adalah penting bagi memastikan khasiat susu ibu yang sampai kepada anak berada pada tahap terbaik yang dapat kita berikan. Oleh kerana itulah, PENGAMBILAN SUPLEME SANGAT-SANGAT DISYORKAN bagi mengisi kekosongan yang mungkin terjadi akibat kekurangan pengambilan gizi yang seimbang. Di samping itu, melalui pengambilan vitamin dan suplemen, badan si ibu akan menjadi lebih sihat sekaligus membantu penghasilan susu dengan lebih lancar dan mudah. Renung-renungkan .....
 
Boleh lihat http://saifulsofiashaklee.blogspot.com/ untuk lihat produk-produk shaklee

1 comment:

Anonymous said...

http://123rrnhhgyyt.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::