Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Tuesday, October 25, 2011

7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam#.TqVwnnoAMVU.facebook

Tuesday, October 11, 2011

Berikan daku kekuatan....

Ya Allah....hati ini rasa rinduuuuuuuuu sangat100x kat Nazhan...........
berilah daku kekuatan menghadapi rasa rindu ini....
rindunya ummi kat Nazhan...
hanya DIA yang memahami apa yg ummi rasakan...


 Sampai mati pun rasa rindu ini x akan pudar...
Ya Allah beratnya ujian yg Engkau berikan...rasa x mampu diri ini untuk menanggungnya...
Andai ujian ini dapat menghapuskan segala dosa2 kami...
kami redha Ya Allah...
Kau berilah kami kekuatan itu untuk mengharungi hari2 yang mendatang....

al-Fatihah


TARIKH PENTING

D.O.B ABI
16 JANUARI 1983 bersamaan 1 RABIULAKHIR 1403H 

D.O.B UMMI
13 FEBRUARI 1983 bersamaan 29 RABIULAKHIR 1403H 

D.O.ANNIVERSARY

29 MEI 2008

D.O.B MUHAMMAD SYAMIL NAZHAN
20 FEBRUARI 2009M bersamaan 24 SAFAR 1430H

PEMERGIAN MUHAMMAD SYAMIL NAZHAN
7 JULAI 2009M bersamaan 14 REJAB 1430H

D.O.B SUFI AMANI
30 MEI 2011M bersamaan 16 JAMADILAWWAL 1431H

D.O.B SYAMIL NAJHAN
20 FEBRUARI 2013 bersamaan 8 JAMADILAWWAL 1434H

Saturday, October 08, 2011

CeloTeH peTanG SaBtu...

Memangla org nampak mula2 cam susah je nak menyusukan anak..nak beli pam lah..nak beli storage bottles lah..nak beli storage bottle bukan leh beli sikit2 kene beli banyak...dah banyak ebm nak tambah peti ais plak..nak ebm tahan 6 bulan nak kene beli deep freezer...itulah pengorbanan ibubapa sebenarnya klo nak yg TERBAIK utk ank..alahhh melabur pada awal2 tu je..pastu x perlu kuarkan duit lg..klo kasi anak susu FM tiap2 bulan nak kene beli susu dia.klo anak tu minum susu FM setakat 2 tahun je x pe..klo dah sampai 6-7 tahun masih duk mintak botol lg...x ke haru namanya?Susuibu ibu mmg dah TERBAIK..x yah duk nafikan lg..bukan saja terbaik..mmg menjimatkan bukan saja jimat wang,jimat tenaga,jimat masa..jimat segala2lah.Mlabur utk permulaan je..anak seterusnya dah x yah beli dah pam ke,peti ais ke...kan jimat tu...katala beli pam n susu tu dalam RM2k..klo beli susu FM tu dlm masa 7 tahun...korang darapla sendiri...fikir2kan ape yg TERBAIK utk anak dan juga kita...zaman skrg segalanya perlukan wang..tp masih ada benda yg x perlukan wang...SUSUIBU lahhhh jwapannya..^^\/

Wednesday, October 05, 2011

PanTuN SiTu SaNa SiNi~~~~


ANAK KITA AMANAH ALLAH,
KEPADA IBUBAPA IA DIKURNIAKAN,
BELAIAN KASIH SAYANG PERLU DIBERIKAN,
SUSUIBU TITIK PERMULAAN.

SUSUIBU KHASIAT SEJATI,
KANDUNGAN BERUBAH DGN KEPERLUAN BAYI,
SUPAYA SIHAT TUBUH DAN GIGI,
KERANA SUSUIBU ADA ANTIBODI.

SUSUIBU DATANGNYA PERCUMA,
SUHUNYA SESUAI DAN SENTIASA ADA,
KALAU BERJALAN SENANG SAHAJA,
HANYA IBU YANG PERLU ADA.

AMALKAN IA SEPENUH MASA,
DUA TAHUN ITU TIDAKLAH LAMA,
KASIH SAYANG AKAN TERJALIN MESRA,
MENJAMIN KEHARMONIAN HIDUP KELUARGA....

Tuesday, October 04, 2011

LANGKAH BIJAK UNTUK NUTRISI YANG BAIK..

Total Wellness Program

Di bawah ini disenaraikan pelbagai suplemen SHAKLEE yang disyorkan mengikut taraf kesihatan masing-masing. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Anti-Aging
Vivix

Anti-Oxidants

CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), Eczema

Alfalfa, B Complex, Vitamin C

Breastfeeding Set

Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Children's Health

Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, MealShake

Confinement Set

Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard

Diabetes Set

Fiber, GLA Complex, B Complex, Vitamin C

Gout Set

Fiber, PD, Omega Guard, Alfalfa

Immune Booster

NutriFeron

Men's Health

Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Preggy Mommies

Vitalea, B Comples, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Skin Care

B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix

Students' (12 years ++)

Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard

Weight Management

Fiber, Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch energy Tea Mix

Individuals that don't like pills @ tablets

Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron


Anda boleh dapatkan supplemen ini dalam bentuk trial pack atau pun full pack..
Sila hubungi/sms saya Sofia 017-3714002 untuk keterangan lanjut....

Monday, October 03, 2011

ALLAH AKAN MENGGANTIKAN DENGAN YANG LEBIH BAIK JIKA ITU TAKDIRNYA.


Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya.

"Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya lalu ia bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan syurga." (Al-Hadith)

"Siapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu, nescaya akan Aku ganti dengan syurga." (Al-Hadith)

Yakni; barangsiapa kehilangan anaknya tetap berusaha untuk bersabar, maka di alam keabdian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul-Hamd (Istana Pujian). Silakan anda qiaskan kejadian-kejadian tersebut dengan kehidupan anda, kerana yang dipaparkan di sini sekadar contoh.

Maka anda tidak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimpa anda, sebab yang menentukan semua itu memiliki syurga, balasan, pengganti, dan ganjaran yang besar. Para wali Allah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapatkan penghormatan yang agung di syurga Firdaus. Itu tersirat dalam firmanNya:
"Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubannNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan." (Ar-Rad: 24)

Betapapun, kita harus melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita. Dengan begitu kita akan termasuk:
"Mereka itulah mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk." (Al-Baqarah: 157)

Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana. Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin. Adapun akhirat lebih baik dan kekal. Sehingga, barangsiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan di akhirat kelak; dan barangsiapa hidup sengsara di dunia, ia akan hidup bahagia di akhirat. Lain halnya dengan mereka yang memang lebih mencintai dunia, hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, dan lebih senang pada keindahan dunia. Hati mereka akan selalu gundah-gulana; cemas tidak mendapatkan kenikmatan dunia dan takut tidak nyaman hidupnya di dunia. Mereka ini hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, sehingga mereka selalu memandang musibah sebagai malapetaka besar yang mematikan. Mereka juga akan memandang setiap cubaan sebagai sesuatu yang gelap-gelita selamanya. Ini adalah kerana mereka selalu memandang ke arah bawah telapak kakinya dan hanya mengagungkan dunia yang fana' dan tidak berharga ini.

Wahai orang-orang yang tertimpa musibah; sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kalian. Kalian justeru beruntung, kerana Allah selalu menurunkan sesuatu kepada para hambaNya dengan "surat ketetapan" yang di sela-sela huruf kalimahNya terdapat suatu kelembutan, kasih-sayang, pahala, ada balasan, dan juga pilihan. Maka dari itu, siapa saja yang tertimpa musibah yang hebat, ia harus menghadapinya dengan sabar, mata yang jernih dan pola fikir yang panjang. Dengan begitu ia akan menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu adalah:
"... lalu didirikanlah di antara mereka (orang-orang mukmin dan orang-orang munafiq) dinding yang mempunyai pintu, yang di sebelah dalamnya ada rahmat (syurga) dan di sebelah luarnya ada seksa (neraka)." (Al-Hadid: 13)

Dan sesungguhnya apa yang di sisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama, dan lebih mulia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::