Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Friday, February 08, 2013

Saat Menanti Kelahiran Bab III

Assalamualaikum NAzhan....semalam Nazhan dapat kawan baru ye...Namanya Adam Syukri...Dia pergi kerana menghidapi penyakit kancer sayang...pagi tadi ummi tengok kisahnya di MHI TV3, x henti-henti ummi menangis sepanjang slot tu...Bukan ape, ummi teringat saat-saat mamandikan, mengkafankan dan mensolatkan Nazhan di Masjid Putra 7 Julai 2009 yang lalu...Nazhan, ummi rindu yang amat sangat kat Nazhan....

Untuk pengetahuan Nazhan, ummi bakal dibedah kali ke-3 untuk lahirkan adik Nazhan yang baru ni...8 Februari 2013 yang lepas ummi pergi berjumpa dengan doktor Hospital Taiping, doktor tu nasihatkan ummi supaya ummi ikat selepas lahirkan adik baru nanti..Doktor ada alasan kukuh, rahim ummi nipis...ummi tahu itu, doktor yang bedah ummi semasa ummi lahirkan Sufi Amani dah cakap dulu. Ummi ingatkan ianya tak serius..Rupanya ia memberi kesan yang sangat serius. Jika ummi pegnen kali ke4, risikonya amat2 tinggi yang boleh membahayakan diri ummi dan baby yang ke4 nanti...

Ummi dan abi mohon pada doktor agar beri kami masa untuk fikir dan doktor set appointnment 14 Februari 2013 ni datang jumpa dia balik..Ummi dan abi ambil peluang tu untuk bertanya kepada mereka yang berpengalaman dan mencari sedikit sebanyak ilmu tentang hal ini..di samping solat istikharah..Mohon Allah beri petunjuk agar ummi n abi tak buat keputusan yang salah..setelah cari dan mencari, hati berat menyatakan kesihatan ummi pada masa akan datang adalah lebih penting. Kalau apa2 jadi pada ummi kemudian hari, siapalah yang nak menjaga dan mendidik Sufi Amani dan adik baru ni...Abi pun menyuarakan pendapat dia, supaya ummi ikat, dengar nasihat doktor. Bila abi dah cakap macam tu, hati ummi rasa tak berbelah bahagi lagi. Sememangnya ummi sebolehnya taknak ikat. Tapi bila difikir-fikir, tentang abi, Sufi Amani dan adik baru ni, ummi kena berkorban demi kebahagiaan mereka semua. Kalau ummi sakit kemudian hari nanti, tak siapa tahu kann..(yelah,ajal maut di tangan Allah, ummi hanya mampu merancang). Apa yang ummi mampu saat ini, hanyalah berusaha, berdoa dan tawakkal..Ummi harap tiada penyelasalan dengan keputusan ini di kemudian hari..Opah juga nasihatkan ummi supaya ikat. Mungkin kata hati ummi, ummi merasakan ummi mampu untuk dapatkan anak ke4, tapi hanya doktor yang tahu kemampuan badan ummi. Mereka ada rekod bedah ummi yang lepas. Mereka tahu apa yang terbaik untuk ummi. Allah maha mengetahui, setiap apa yang dirancangkan untuk famili kita...

saat ini, ummi hanya perlu berehat untuk kuatkan mental dan fizikal ummi bagi menghadapi pembedahan yang ke3 nanti 20 Februari 2013...Tarikh yang amat-amat ummi harapkan..Tarikh kelahiran Muhammad Syamil Nazhan...Ummi berharap apa yang doktor scan selama ini, adalah tepat. Semoga baby yang bakal lahir nanti adalah baby boy...Ya, Allah..Kau makbulkanlah doa-doaku selama ini...

Andai ini yang telah ditakdirkan untuk keluarga kita, ummi berharap abi redha dan pasrah..PAsti ada hikmah disebalik semua ini..Walaupun keluarga kita tidak besar, ingatlah..hakikatnya kita bukan ada 2 anak...kita ada TIGA anak..Walau orang lain tidak tahu, keluarga terdekat tahu, sahabat-sahabat terdekat tahu dan DIA yang lebih-lebih tahu... Anggaplah semua ini tanda kasih sayang DIA kepada kita semua...

Walau hati ini sedih..tapi apakan dayaku...cumalah manusia biasa..hamba-Nya yang dhaif...yang tidak mengharapkan apa-apa melainkan redha-NYA dan kasih-sayang-NYa..Ya, Allah, Kau kuatkanlah iman kami, Kau redhalah hati-hati kami, Kau bahagiakanlah kami di dunia dan di akhirat..Kau jadikanlah kedua nak kami ini anak yang sentiasa taat kepada-Mu, anak yang berjasa kepada kedua ibu bapa dan agama..amin....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::