Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Monday, April 28, 2014

Jom pergi library!


Salah satu aktiviti yang menarik juga...bawa anak2 pergi library.  Banyak juga buku2 di perpustakaan awam kompleks kejiranan presint 11 ni....anak2 pun happy...macam2 jenis buku boleh dibaca dan dipinjam....best!

WOWWW...besarnya buku!



Puas hati dia dapat baca buku banyak-banyak....

Adik pun seronok nak baca buku....hihi....

Taman Burung

Sabtu baru ni abi buat surprise bawa anak2 ke taman burung...mmg happy sangat2 n teruja la budak2 ni....

Salah satu aktiviti homeschooling outdoor yg sangat bagus ...di samping memperkenalkan anak2 betapa indahnya ciptaan Allah....

Thursday, April 24, 2014

PROJEK HOMESCHOOL

Sebenarnya dah banyak projek homeschool yang I dah buat untuk anak-anak..terutama kepada si kakak yang cerdik dan comel Sufi Amani....Semua projek2 tu tersimpan rapi dalam galeri Note 2...hahaha...tak sompet nak transfer ke blog ni....Insha Allah...jika diizinkan Allah..ada masa terluang...I akan kongsikan projek-projek homeschool tu....start buat homeschool ni dah lama...sejak si kakak lahir lagi....bermula diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran dan buat flash card huruf-huruf hijaiyyah....I terapkan nilai2 kerohanian dulu...

Sebenarnya banyak aktiviti yang kita tidak sedari merupakan aktiviti yang berfaedah untuk kita dan anak-anak apabila dibuat bersama...Di situ anak-anak belajar....

Sejak dapat anak ketiga ni...dengan pendedahan di youtube dan di tv tentang syoknyeeee homeschool ni...saya terpanggil untuk share dalam blog ni...sebelum ni tak sedar pun apa yang saya buat selama ini adalah homeschooling utk anak-anak! Isk-isk....lambat betul kan??? Maksud saya lambat beno nak share dalam blog ni...hihihi....Tapi pada saya...semua ini masih belum terlambat...selagi anak-anak masih kecil...selagi itu kita belum terlambat...

Hakikatnya bila anak dah dua..dah tiga...aktiviti homeschool lebih menarik! Sebabnya...kita beraktiviti dalam kumpulan...jika anak-anak diasuh utk bekerjasama sejak dari kecil...insha Allah akan tertanam sikap kerjasama itu dengan sendirinya dalam diri anak-anak....amiin....

Apa yang saya lihat di sebalik aktiviti homeschool ni...kita dapat elakkan dari amukan anak-anak...masa mereka diisi...di samping dapat memantapkan segala skill dorang dan pendidikan dorang....ia juga dapat memupuk kasih sayangdan ukhuwah yg utuh antara kita ibubapa dengan anak-anak...Kadang-kadang biasalah anak-anak kecil...sikap mereka yang sentiasa ingin tahu lebih dan lebih...membuatkan kita penat...di situ tahap kesabaran diuji...Sebagai ibu bapa...kita kena KREATIF! dan juga BANYAK SABAR.....kena control segala benda yang menguji kesabaran...kita kena buat persediaan yang rapi sebelum memulakan aktiviti...pendek kata kena ada perancangan...perfect planner...pasti masalah akan cepat diselesaikan...Anak-anak pasti akan bertanya lepas ni buat apa..lepas buat apa...hidup mereka penuh dengan aktiviti. tak dinafikan...kita kena sedia dari segi fizikal dan mental....

Untuk tidak terlalu memenatkan..maklumlah saya ibu yang bekerja...saya amalkan shaklee sejak lahirkan Sufi Amani....alhamdulillah....walau sesibuk mana pun...rasa penat tu dapat diatasi....dengan cukupnya nutrisi dalam badan kita...Bila ibu bapa sihat...bersemangat...anak-anak pun gembira....Sesiapa yang nak order shaklee boleh lihat di blog shaklee saya http://saifulsofiashaklee.blogspot.com / di facebook http://www.facebook.com/shaklee product ...harga istimewa menanti anda....promo pulak kat sini....

Ok lah....saya akan kongsikan nanti gambar-gambar homeschool anak-anak untuk manfaat kita bersama...


TUNGGGGGUUUUUUUUU.........

Friday, April 18, 2014

Lion Paper Plate Craft

Balik je dari school minta ummi ajarkan buat LION...
Jomlah kita sediakan bahan2nya...
Paper plate
Yellow water colour
Kertas oren
Gam
Gunting
Pipe liner...
Beginilah caranya....
Inilah hasilnya...
Adik Syamil pun nak tunjuk skill dia...

TIPS DIDIK ANAK MUDAH BELAJAR AL-QURAN

Tips-tips ini mesti ada kerjasama di antara kedua ibubapa dan saudara-mara atau adik beradik yang tinggal bersama, demi mencapai tujuan pembentukan anak-anak al-Quran. Di antara tips-tipsnya ialah seperti berikut :

1) Kedua ibubapa itu sendiri mesti terbuka hati dan minat terhadap al-Quran dengan pelbagai cara yang ada samada melazimkan membaca al-Quran pada setiap Subuh atau Maghrib dengan kadar yang sedikit tetapi berterusan dan memahami makna-maknanya dengan melihat terjemahan al-Quran yang ada.

Begitu juga dengan cara mengikuti kelas-kelas al-Quran yang terdapat di kawasan sekitar. Ini kerana anak yang sering melihat kedua ibubapanya melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh akan memberi impak yang besar dalam aktiviti kehidupan mereka secara langsung.

Hal ini, perlu dipandang lebih penting untuk ibu yang sedang mengandungkan anak. Cuba semampu mungkin untuk mengkhatamkan al-Quran banyak kali, atau sentiasa melihat makna-makna ayat al-Quran dan memahaminya, atau membaca surah-surah yang sinonim untuk ibu yang sedang mengandung seperti :

i) Surah Yusuf ketika umur janin mulai memasuki minggu ke-16, pada masa itu roh mula ditiupkan kepadanya dan proses pembentukan janin bermula. Niatkan untuk memperoleh anak yang cantik akhlak dan fizikalnya.

ii) Surah Luqman ketika umur janin mulai masuk minggu ke-24, perkembangan otak bayi sedang berkembang dengan pesat. Niatkan untuk mendapat anak yang bijak dan cerdas mindanya.

iii) Surah Maryam ketika janin mulai masuk minggu ke-36. Bayi semakin matang dan bersedia untuk dilahirkan. Niatkan untuk tanamkan aqidah yang betul dan sempurna kepada bayi, dan dipermudahkan proses bersalin yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.

2) Mengajar anak membaca al-Quran atau menghantarnya ke kelas al-Quran yang ada dengan jadual setiap hari. Lazimnya waktu yang sesuai selepas Asar atau Maghrib.

Bagi ibubapa yang mampu untuk mengajar al-Quran kepada anak sendiri adalah lebih baik kerana di situ wujud contoh ikutan bagi si anak secara tidak langsung. Lebih baik lagi, kalau mampu rumah kita dijadikan kelas mengaji untuk jiran tetangga kita.

3) Sentiasa memasang bacaan ayat suci al-Quran di rumah, dalam kereta dan sebagainya. Hidupkan rumah kita dengan alunan al-Quran, hindarkan dari bunyi bising muzik-muzik yang melalaikan. Begitu juga filem-filem yang tidak memberi faedah yang banyak dalam jiwa anak-anak melainkan kerosakan cuba ditinggalkan.

Dan petua dari Juara Akademi al-Quran sesi pertama, Abdullah Fahmi katanya arwah ayahnya sentiasa memasang kaset bacaan al-Quran bertarannum Syekh al-Mutawalli, Surah Yusuf di mana sahaja beliau berada samada di rumah, dalam kereta dan sebagainya, dari beliau masih kecil hingga sebelum ayahnya menghembuskan nafas terakhir. Akhirnya dia secara automatik terikut suara merdu syekh tersebut, dan itulah idolanya katanya.

Thursday, April 17, 2014

HOMESCHOOL : Projek My Sweet Car

Assalamualaikum. ...
Anak2 pasti suka dgn projek bas sekolah...best sangat...di samping boleh asah bakat anak2 dlm subjek seni visual....
1st Time buat bas ni....tentunya Sufi Amani teruja!

HOMESCHOOL

ISk...isk...tengah duk belek note II ni..sedar tak sedar...rupenye dah banyak aktiviti homeschool yg dah kubuat utk anak2. ..
Nak share lah sikit aktiviti tu kt kawan2 di luar sana..idea tak seberapa..harap boleh jadikan panduan. Tak perlu kos yg banyak..hanya gunakan apa yg ada di rumah....
Banyak lagi idea homeschool yang akan dikongsikan...ini intro jeeee...hihi....tunggu yeee
Selamat mencuba!
Sufi Amani ni dah dibiasakan dengan pensil sejak awal umurnya setahun...alhamdulillah dia dah pandai control color,tak keluar, ok!
Khusyuk menyiapkan aktiviti mewarna...her favourite aktivities...
Syamil ni banyak meniru aktiviti kakaknye...klo kakak baca buku..dia pun nak baca buku...kakak mewarna..dia pun nak mewarna...he he he...bijak...bijak...

PerCuTiaN di LanGKaWi


CABARAN PENYUSUAN SUFI AMANI @ 1 TAHUN 8 BULAN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::