Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Tuesday, January 31, 2012

Renung-Renungkan..

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Monday, January 30, 2012

Punca Bekalan Susu Ibu Tak Cukup

Ramai ibu ingin mengetahui bagaimana memastikan bayi mendapatkan susu yang cukup. Mereka juga khuatir sama ada mereka mampu memenuhi keperluan bayi dengan secukupnya. Kuantiti susu yang dihasilkan bergantung kepada kekerapan bayi menyusu. Apabila bayi menghisap puting ibu, hujung saraf deria di dalam payudara ibu akan dirangsangkan oleh kilang pituitari yang terletak di bawah otak.

Hormon prolaktin akan dikeluarkan ke dalam saluran darah. Hormon ini akan merangsang payudara untuk menghasilkan susu. Oleh itu semakin kerap bayi menghisap semakin banyak susu akan dihasilkan.Hormon yang kedua ialah oksitosin dan homon ini membuat sel-sel di sekeliling alveoli dan salur kecil susu mengecut. Pengecutan sel-sel susu ini akan menyebabkan pancutan susu melalui puting. Ibu akan berasa tegang dan perit pada puting payudara. Perasaan sedemikian disebut rangsangan pengaliran susu.



- sumber frm susuibu.com -


Benarkah Susu Ibu Tidak Mencukupi?
Ada ibu yang berasakan bekalan susunya tidak cukup untuk bayinya. Perasaan begini selalu terjadi apabila ibu tidak dapat mengenal pasti keadaan bayinya. Ibu berperasaan begini di sebabkan oleh faktor berikut :

1. Ibu mendapati bayinya kerap menyusu. Keadaan ini menyebabkan ibu berasakan bekalan susunya tidak mencukupi. Sebenarnya keadaan ini menunjukkan bayi endapat bekalan susu yang mencukupi. Bayi juga berkeadaan begini kerana naluri hisapannya kuat. Susu ibu cepat dicerna. Ini menyebabkan bayi cepat lapar dan ingin menyusu dengan kerap. Bayi juga kerap menyusu kerana dia memerlukan belaian dan dakapan ibunya yang membuatkannya rasa selamat dan selesa. Belaian mesra dan mendengar degupan jantung ibu membuatkan bayi rasa tenteram di alam barunya. Keperluan begini tidak akan berlarutan selamanya kerana bayi akan membesar dan biasa dengan alam sekelilingnya. Oleh itu kekerapan bayi menyusukan tidak akan menyebabkan bekalan susu ibu tidak cukup.

2. Ibu sering membandingkan kekerapan menyusu dan berat bayinya dengan bayi yang lain. Ada ibu berpendapat berat badan bayinya yang kurang atau bayinya yang kecil serta tidak kerap menyusu disebabkan oleh bekalan susunya tidak mencukupi. Ibu tidak perlu bimbang jika keadaan bayinya sedemikian kerana saiz dan keperluan susu seorang bayi adalah berbeza. Tentukan sahaja bayi anda sentiasa sihat dan cergas.

Sebab Kurangnya Penghasilan Susu Ibu mungkin berpunca daripada :

  • 1. Bayi tidak kerap menyusu. Kekerapan bayi menyusu menentukan penghasilan susu ibu. Semakin kerap bayi menyusu semakin banyak susu yang dihasilkan. Sebaik-baiknya ibu menyusukan bayi setiap 2 jam.
  • 2. Ibu yang mengalami masalah sakit puting atau puting pendek selalunya menggunakan sarung puting (nipple shield). Penggunaan sarung puting menyebabkan lambatnya tindak balas atau rangsangan pengaliran susu setiap kali bayi menyusu.
  • 3. Ada ibu yang menetapkan jadual menyusu bagi bayinya. Penetapan jadual menyusu ini juga menjejaskan penghasilan susu ibu.
  • 4. Menyusukan bayi di sebelah payudara sahaja juga mengurangkan bekalan susu ibu. Oleh itu ibu perlu memberikan susu dari kedua-dua belah payudaranya kepada bayi supaya bekalan susu yang cukup dan berterusan dapat dihasilkan.
  • 5. Kesihatan ibu juga penting dalam penghasilan susu. Terlalu letih dn terganggu juga akan menjejaskan tindak balas pengaliran susu ibu. Oleh itu ibu perlu memastikan mempunyai masa rehat yang cukup.
  • 6. Pengambilan ubat-ubatan juga mempengaruhi penghasilan susu. Ubat-ubatan selalunya selamat untuk ibu yang menyusukan bayi. Walau bagaimanapun ada juga ubat-ubatan yang mengganggu penghasilan susu. Oleh itu jika ibu mendapat rawatan doktor, maklumkan kepada doktor bahawa anda sedang menyusukan anak. Ibu yang membuat IUD mungkin menghadapi masalah kekurangan susu kerana IUD mengandungi hormon yang menyebabkan susu berkurangan.
  • 7. Kurang air boleh menjejaskan penghasilan susu. Ibu yang menyusukan anak perlu minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Amalkan minum air sebelum menyusukan bayi. Minum air yang tidak mengandungi banyak gula.
  • 8. Makan makanan yang seimbang. Elakkan makan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ibu yang menyusukan anak mungkin selalu berasa lapar. Anda boleh kerap makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kekurangan susu ibu. Ibu terlalu berpantang semasa dalam tempoh berpantang selepas bersalin juga boleh menyebabkan kekurangan penghasilan susu. 
Susu ibu, yang terbaik untuk anak-anak kita.


 >>sumber alinalan blogspot<<

Anda biasa digigit?! Tips untuk Elak Digigit Ketika Penyusuan

Bayi terutamanya yang baru mendapat gigi pertama cenderung untuk menggigit puting payudara sama ada secara sengaja mahupun tidak. Lebih-lebih lagi ketika dia mengalami masalah gatal gusi. Bayi pastinya akan menggigit dan menjadikan puting anda seumpama teether.


1 tahun 7 bulan..yeaahh gigi saya sudah penuh atas dan bawah termasuk gigi geraham..saya tak gigit sebab saya saaaayang ummi saya....
Kesannya boleh mengakibatkan puting kesakitan dan lama-kelamaan menimbulkan masalah untuk anda meneruskan penyusuan eksklusif.

1. Alihkan Bayi - Antara langkah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan gigitan bayi ialah dengan mengalihkannya daripada payu dara secara perlahan-lahan. Sambil itu, anda digalakkan untuk menyatakan perasaan anda akibat perbuatannya. Berkatalah seperti, “Sayang, jangan gigit mama” atau “Mama sakit” Biarpun ketika itu anda mungkin mempunyai sekelumit rasa marah kerana sakit, namun sebaik-baiknya luahkanlah perasaan anda secara berhemah dan lemah lembut.

Untuk seketika, biarkan bayi berbaring sendirian sebelum anda menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara ini, ia dapat mendidik bayi bahawa jika dia menggigit, dia tidak akan dapat menyusu.

2. Tekapkan Muka - Ketika bayi mula mengetap bibir untuk menggigit, dekatkan mukanya ke arah dalam payu dara. Ini secara tidak langsung akan menyebabkannya sesak nafas lalu mendorong dia untuk menghentikan gigitan supaya dapat bernafas semula.

Sekiranya anda kerap melakukan panduan ini, lama-kelamaan bayi akan mula faham bahawa jika dia menggigit, dia akan mengalami masalah kesukaran bernafas. Dengan yang demikian, diharap bayi akan mengelakkan diri daripada terus menggigit di sesi penyusuan seterusnya.
3. Ketahui Punca - Sepatutnya di awal sesi penyusuan, anda sendiri perlu mengelakkan diri daripada digigit! Hal ini dapat anda lakukan dengan mengenal pasti punca yang mungkin menjadi penyebab mengapa anda sering digigit.

Berkemungkinan, ia berlaku kesan daripada perasaan kecewa bayi kerana tidak berjaya memperoleh susu seperti yang diingininya. Jika itulah yang menjadi penyebab, anda harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. Antaranya, anda boleh menekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu.

4. Amati Corak Penyusuan - Di akhir sesi penyusuan pun, anda dapat mengelakkan gigitan bayi. Ini dilakukan dengan mengetahui sama ada dia suka menggigit apabila mula mengantuk akibat kenyang mahupun ketika puting hampir terlepas daripada mulutnya. Untuk itu, anda harus peka dan bersedia untuk menghentikan penyusuan setiap kali bayi menunjukkan tanda-tanda akan menggigit.

5. Posisi Selesa - Anda seharusnya sentiasa memastikan bayi dan anda sendiri berada dalam posisi yang cukup selesa ketika sesi penyusuan berlangsung. Sekiranya bayi mahupun anda kelihatan tidak selesa dengan posisi penyusuan tertentu, segeralah membetulkan posisi berkenaan agar lebih selesa.

6. Leraikan Dengan Jari - Apabila anda dapat rasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi meleraikan dia daripada payu dara. Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari anda terlebih dahulu. Hal sebegini boleh mencederakan puting dan tentunya ia lebih menyakitkan.

7. Gigit Alat Lain - Berikan bayi alat-alat lain untuk digigitnya seperti teether atau tuala kecil yang dibekukan di dalam peti sejuk beku. Alat bantuan seperti ini amat bagus kerana membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit sesuatu agar dapat menghilangkan rasa gatal gusi.

Oleh yang demikian, jadikan alat-alat sebegini sebagai alternatif untuk mengelakkan diri sendiri digigit!

8. Elak Jeritan - Cuba hindari diri daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malah, jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih akan menjadi teruk lagi, ia mungkin penyebab untuk bayi enggan lagi menyusu.


Cara-cara lain untuk menghentikan bayi yang menggigit adalah dengan mengatakan "tidak" dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan. 

Dia perlu mengaitkan menggigit dengan kehilangan puting - kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini. Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika sebaik saja dia menggigit. 

Untuk kanak-kanak yang boleh berjalan dan suka menggigit, lakukan sesuatu yang baik apabila dia tidak menggigit. Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian. Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuhnya semasa penyusuan.

Saya dah cuba....anda semua perlu Mencuba....Selamat Mencuba!!
:::sumber alinalan blogspot:::

Thursday, January 26, 2012

SUSU IBU SEBATIAN AJAIB UNTUK ANAK KITA

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Aku-lah tempat kembalimu." (Surah Luqman, ayat 14)
 
Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.


Memantapkan Sistem Imunisasi

Senarai manfaat air susu ibu kepada bayi bertambah setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman. Ini kerana antibodi-antibodi yang terdapat di dalam air susu ibu menyediakan satu perlindungan langsung daripada jangkitan. Sifat anti-infeksi lain air susu ibu adalah menyediakan satu persekitaran sesuai untuk bakteria "bermanfaat" yang dipanggil sebagai "flora normal" sekaligus menangkis serangan bakteria, virus dan parasit berbahaya. Tambahan pula, didapati bahawa terdapat beberapa unsur di dalam air susu ibu yang mengawal sistem imunisasi terhadap penyakit berjangkit dan membolehkannya berfungsi dengan lebih teratur.
Kaya Dengan Nutrisi

Oleh kerana air susu ibu telah direka secara khusus, ia merupakan makanan yang paling mudah dihadam oleh bayi. Selain kaya dengan nutrisi, ia juga mudah dihadam oleh sistem penghadaman bayi yang sensitif. Memandangkan bayi menggunakan sedikit sahaja tenaga untuk mencerna air susu ibu, maka tenaga selebihnya dapat disalurkan untuk fungsi tubuh yang lain, pertumbuhan dan perkembangan organ.
Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. Ianya telah dibuktikan bahawa fungsi mata bayi pra-matang yang diberi minum air susu ibu adalah lebih baik dan lebih cemerlang dalam ujian kecerdasan. Tambahan pula, mereka turut memiliki banyak kelebihan lain.

Omega-3

Kandungan minyak omega-3 asid alfa linoleat menjadikan air susu ibu penting untuk perkembangan bayi. Selain menjadi sebatian penting untuk otak dan retina manusia, ia juga amat mustahak bagi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. Ramai saintis menegaskan kepentingan air susu ibu terutamanya sebagai satu sumber omega-3 semulajadi dan sempurna.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol, United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Kumpulan penyelidik tersebut menyimpulkan bahawa sifat perlindungan yang terdapat di dalam air susu ibu disebabkan oleh kandungan nutrisinya. Menurut hasil kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Circulation, bayi yang diberi minum air susu ibu kurang berisiko menghidap penyakit jantung.
Kehadiran rantaian panjang asid lemak poli tidak tepu (polyunsaturated fatty acids) dalam air susu ibu (untuk mencegah pengerasan arteri) dan hakikat bahawa bayi yang diberi minum air susu ibu menggunakan sedikit natrium (berkait rapat dengan tekanan darah) serta tidak mengalami pertambahan berat badan berlebihan merupakan antara cara air susu ibu memberi manfaat kepada jantung.
Sebagai tambahan, satu pasukan diketuai oleh Dr. Lisa Martin, dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-kanak Cincinnati di Amerika, telah menemui kadar kandungan hormon protein (adiponectin) yang tinggi dalam air susu ibu.
Kandungan adiponectin yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan kurangnya risiko serangan jantung. Tahap adiponectin yang rendah ditemui pada orang yang mengalami kegemukan dan berisiko tinggi mengalami serangan penyakit jantung. Maka disepakati bahawa bayi yang diberi air susu ibu mempunyai risiko kegemukan yang rendah dengan kehadiran hormon ini.
Tambahan pula, mereka juga menemui sejenis hormon yang dipanggil sebagai leptin dalam air susu ibu yang mempunyai peranan utama dalam metabolisme lemak. Leptin dipercayai berfungsi menyampaikan isyarat kepada otak bahawa terdapat lemak pada tubuh. Berdasarkan pendedahan Dr. Martin, hormon-hormon yang diserap semasa peringkat bayi melalui air susu ibu dapat menurunkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes tahap dua dan daya tahan insulin, serta penyakit jantung koronari.
Fakta tentang "Makanan Tersegar"

Fakta-fakta tentang air susu ibu tidak tamat di sini. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu. Unsur gula dan lemak dalam air susu ibu, yang sentiasa tersedia dan pada suhu yang sesuai, memainkan peranan penting dalam perkembangan otak. Tambahan pula, elemen lain seperti kalsium turut memberi sumbangan dalam perkembangan tulang-tulang bayi.
Meskipun dinamakan susu, namun sebahagian besar sebatian ajaib ini sebenarnya terdiri daripada air. Ini merupakan ciri terpenting kerana selain daripada makanan, bayi juga memerlukan cairan dalam bentuk air. Kebersihan sepenuhnya tidak mungkin didapati dalam air atau bahan makanan selain daripada air susu ibu. Namun air susu ibu yang merangkumi 90% air dan tidak kurang, memenuhi keperluan air bayi dalam cara yang paling bersih dan sihat.
Susu Ibu dan Kecerdasan

Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain. Satu analisis perbandingan berkaitan dengan bayi yang diberi air susu ibu dan bayi yang diberi susu formula oleh James W. Anderson—seorang pakar dari Universiti Kentucky—mendapati bahawa minda bayi yang diberi minum air susu ibu adalah lima kali lebih tinggi berbanding dengan bayi lain. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa kecerdasan diperoleh daripada air susu ibu sehingga enam bulan, dan bayi yang disusui kurang daripada lapan minggu tidak menunjukkan sebarang kesan dari segi kecerdasan minda.
Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?

Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.
Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.
Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu. Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.
Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain.
Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.
Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah

Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.
Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat: 

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)

Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.

Friday, January 20, 2012

KELEBIHAN SEORANG UMMI, IBU, MAMA, EMAK ~~


1♥ 2 rakaat wanita hamil lebih baik dari 80 wanita yang tak   hamil.
2♥ Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.
3♥ Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya dapat satu pahala haji.
4♥ Satu titik susu yang disusukan kepada anak itu dikira satu pahala.
5♥ Wanita yang memberi susu badan pada anaknya yang menangis, Allah beri satu tahun pahala solat dan puasa.
6♥ Wanita yang menyusu anaknya sehingga tempoh 2 tahun, maka syurga wajib untuknya.
7♥ Seorang ibu yang tidak selesa tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8♥ Seorang ibu yang tidak cukup tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya.
9♥ Bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala.
10♥. Apabila seorang wanita membasuh pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan dan diampunkan 2000 kesalahan dan setiap yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat.

Tuesday, January 10, 2012

INGINKAN KULIT WAJAH YG LEBIH MUDA, CERAH, TEGANG & ANJAL SECARA SEMULAJADI???JOM TENGOK APA YG KAMI ADA...

 AESTHETIC4SKIN DERMAGLOW GEL

WAJAH ANDA LEBIH CERAH, TEGANG DAN ANJAL SECARA SEMULAJADI!

CARA PEMAKAIAN:
- Selepas membersih, sapu dengan gerakan membulat keseluruh bahagian wajah. Sapu secara menaik dan urut sehingga Dermaglow Gel menyerap ke dalam kulit. Tidak Perlu dibilas ye...Boleh dipakai setiap hari.

KANDUNGAN BAHAN UTAMA:

1. EKSTRAK BEARBERRY
- Menyamaratakan kekusaman kulit tidak sekata.
- Anti bakteria dan anti oksidan yang membersihkan kulit.
- Mengaktifkan sel kulit baru.

2. SEL STEM EPAL
- Sangat berkesan untuk merawat kulit wajah.
- Mempunyai fungsi khusus untuk memperbaiki, menegang serta menganjalkan.
-Anti kedutan dan anti penuaan yang hebat.

3. EKSTRAK BUNGA RAYA
- Menegangkan kulit secara semulajadi.
- Dikenali sebagai 'Botox Plant' kerana mempunyai kandungan botox semulajadi.
- Memberi kesan keredaan pada kulit.
- Menghilangkan kedutan dan memberi kulit yang sihat dan berseri.

4. EKSTRAK KAYU SUGI
- Merupakan agen pemutihan kulit.
- Melindungi kulit dari cahaya UVA dan UVB.
- Menghalang pigmentasi dan menghentikan pertumbuhan pigmentasi daripada terus berkembang.

5. ENZIM BETIK
- Agen pengelupasan yang terbaik!
- Memberi kulit yang bersinar dan berseri.
- Kesan yang ketara berbeza untuk setiap kali penggunaan.

6. PROTEIN SOYA HIDROLISIS
- Bersifat senang menyerap.
- Bahan semulajadi untuk memutih dan melembabkan kulit.
- Berupaya memegang kelembapan kulit.
- Menjadikan kulit kekal lembab dan gebu sepanjang hari.

UNTUK KESAN LEBIH MUJARAB...GUNAKAN DERMAGLOW GEL BERSAMA-SAMA DERMASHINE DAYCARE...

AESTHETIC4SKIN DERMASHINE DAYCARE

MENGEMBALIKAN KULIT YANG MUDA TANPA CELA DALAM MASA 5 MINIT!!!


CARA PEMAKAIAN:
- Sapukan setiap pagi/malam untuk melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB. Sapu rata keseluruhan bahagian wajah. Dengan penggunaan yang kerap, kulit akan menjadi lebih muda, bersinar dan berseri.

KANDUNGAN BAHAN UTAMA:


 1. EKSTRAK BEARBERRY
- Menyamaratakan kekusaman kulit tidak sekata.
- Anti bakteria dan anti oksidan yang membersihkan kulit.
- Mengaktifkan sel kulit baru.

2. SEL STEM EPAL
- Sangat berkesan untuk merawat kulit wajah.
- Mempunyai fungsi khusus unuk memperbaiki, menegang serta menganjalkan.
- Anti kedutan dan anti penuaan yang hebat.

3. EKSTRAK BUNGA RAYA
- Menegangkan kulir secara semulajadi.
- Dikenali sebagai 'Botox Plant' kerana mengandungi kandungan botox semulajadi.
- Memberi kesan keredaan pada kulit.
- Menghilangkan kedutan dan memberi kulit yang sihat dan berseri.

4. EKSTRAK KAYU SUGI
- Merupakan agen pemutihan.
- Melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB.
- Menghalang pigmentasi dan menghentikan pertumbuhan pigmentasi daripada terus berkembang.


5. MINYAK JOJOBA
- Menyeimbangkan kadar sebum di kulit wajah.
- Amat efektif untuk melembut, melembab dan menghaluskan kulit.
- Bahan yang dapat menghapuskan bakteria yang mengakibatkan pertumbuhan jerawat.

6. VITAMIN E
- Menjadikan kulit lebih muda dengan membantutkan sel penuaan yang berpunca dari kesan radikal bebas.
- Mampu menghilangkan kesan parut.
Bertindak sebagai anti oksidan serta melindungi kulit daripada infeksi luaran.

KEDUA-DUA PRODUK INI SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT WANITA DAN LELAKI.

PROMOSI TAHUN BARU!!!!
DENGAN HANYA RM210 ANDA BOLEH MEMILIKI DERMAGLOW GEL & DERMASHINE DAYCARE...

HARGA BIASA BAGI DERMAGLOW GEL IALAH RM265 DAN DERMASHINE DAYCARE RM265...

SO...APA TUNGGU LAGI.....JANGAN LEPASLKAN PROMOSI TAHUN BARU INI!!!!
TEMPAHLAH SEKARANG....
HUBUNGI/SMS SAYA (SOFIA:017-3714002) & HUBBY (SAIFUL:017-6900738)



Friday, January 06, 2012

Berapa EBM (Perahan Susu Ibu) Diperlukan di Rumah Pengasuh/Taska?

Assalamualaikum..,
Ramai yg bertanya kepada saya, sehari berapa oz baby sy perlukan di rumah pengasuh?
Huhuhu.. sekiranya ikut pengalaman yg real, sy sebenarnya try n error, selepas hantar ke rumah pengasuh selama seminggu baru tau sehari dan sekali feeding berapa Oz yg baby sy perlukan. Sepanjang try n error ni ada jugak la susu yg terpaksa dibazirkan…

Tapi melihat trend ibu2 sekarang very calculative n inginkan facts yg tepat... akhirnya sy menggali lg ilmu breastfeeding ni utk dpt jwpn yg lebih specifik..hik3

Finnaly, i found this…
Banyak research find that baby yang exclusively breastfeed minum dalam 25 oz (750 mL) sehari between the ages of 1 month and 6 months. Tapi perlu diingat ye...tak sume baby sama, ada jugak yg perlu lebih banyak dan ada juga yang kurang..jadi average lebih kurang 19-30 oz per day (570-900 mL per day). Anggaran di atas ni utk baby 1-6 bulan. 
Selepas 6 bulan baby dah mkn solid food amount yg diperlukan akan berkurang.
Masalah utama ibu2 ialah, tak pasti nak estimate utk hantar pada pengasuh pd hari2 pertama naik keje selepas cuti bersalin.

So, begini ye kawan2 caranya:
  • anggarkan dlm 24 jam berapa kali baby kita menyusu
  • kemudian bahagikan dgn 25 Oz (anggaran minum sehari)
  • hasilnya kita, agak2 sekali menyusu berapa oz ebm perlu kita sediakan
Cthnya:

Klo sehari baby menyusu 8 kali, so kiraannya: (25/8=3.1)… So anggarannya 3.1 oz for each feeding…
Ok, skrg dh tau berapa oz.. persoalan seterusnya berapa botol?…  senang jek..anggarkan if kat rumah, antara kul 8-6ptg (ikut waktu kita kerja) berapa kali bby breastfed. Biasanya 4-5 kali.
Penyelesainya: Dlm kes di atas hantar 4-5 botol (setiap botol 3.1oz) utk sehari…
Harap sgt perkara ni jelas..if kurang paham boleh tanya lagi.. 
Selamat Mengira!..Jadi ibu yg bijak supaya titisan mutiara kita tak mambazir..

Thursday, January 05, 2012

Anak Oh Anak

Nazhan..malam ni ummi rindu sangat kat Nazhan...ummi susah hati sangat2...susah hati memikirkan keadaan adik Amani di taska...pada mulanya ummi agak puas hati laa tinggalkan adik Amani di taska...tapi sejak masuk sesi 2012 ni...ummi kurang puas hati dengan layanan cikgu2 di bilik baru tu...sebelum ni adik Amani di bilik 1. start Januari ni adik Amani dipindahkan ke bilik 2...cikgu2 di bilik 2 ni ummi tengok dorang agak kasar n agak malas...hingus budak2 langsung tak dilapnye...apetah lagi nak mandikan...ummi ingatkan jam9-10 pagi tu dorang mandikan budak2..rupenye tak...dorang just salinkan baju je...tiap petang ummi ambil adik Amani memang comotlah dia...tak bau bedak langsung...memang berbeza keadaan adik Amani semasa dijaga oleh bibik...huhuhu...memang susah ummi nak jumpa pengasuh seperti bibik tuu...

Ummi rasa nak tukarkan adik Amani..tapi nak tukarkan ke mana?memang susah ummi nak cari....macam2 hal bermain dlm fikiran ummi..kusut. Mungkin orang lain boleh biarkan saja...tapi ummi rasa ummi tak bolehla...ummi dah pernah kehilangan Nazhan...jadi ummi nak segalanya sempurna untuk adik Amani...ummi tak mahu menyesal di kemudian hari...orang lain tak akan faham ape yg ummi rasai saat ini...hanya mereka yg senasib dgn ummi yg memahami...

Sufi Amani...ummi sayangggg sangat sama kamu....

Encik Hubby...boleh tak kita ambil bibik baru??

Sambungan kesah...ummi malas nak tulis kat entry baru..ummi sambung ajelah kesah ni di sini...

Tengahari tadi ummi pergi usha lagi sekali taska di Kettha, Parcel E..memanglah masa first ummi gi usha tu, agak tertarik..tapi masa tu naluri ummi lebih kuat nak letakkan adik Amani di Taska Permata KDN..atas faktor dekat, murah n senang ummi nak pantau adik Amani...tapi bila dah letak adik Amani kat sana, semasa di bilik 1 ummi sangat puas hati walaupun cikgunye tak mandikan, tapi time balik cikgunye pakaikan jugalah bedak..n cikgunye agak mesrala juge...tapi di bilik 2 ni, cikgunye agak x bape mesra.maybe sebab baru lagi.. tak pe lah ummi tak kesah sangat pun,,,tapi ummi tak sedap hati tak tahulah kenapa...mungkin ummi kerap ke sana n ummi dapat rasakan situasi kat sana..anak2 menangis..aduhh kesian sungguh ummi..sebabnye budak-budak ni x de aktiviti...ummi kesian klo lama2 adik Amani kat sana...aduhh..x nak lah ummi cakap...dengan tak mandi seharian, pastu dari pagi sampai petang asyik tengok tv memanjang...Ohhh ummi tak mahu adik Amani dididik macam tu...ummi harap taska yg baru nanti akan lebih baik...ummi dah tengok jadualnye dan ummi akan pantau juga...kalaupun taska tu tak ikut sangat jadual yg ada..sekurang2 cikgu2nye mandikan budak2 dua kali sehari...

Hmm...macam2lah yg ummi rasa...dan ummi harap sangat pilihan kali ni adalah yg terbaik utk adik Amani...ummi nak adik Amani belajar ikut perkembangan kanak2 yg sepatutnya...dan yg penting walau seburuk mana pun taska tu..sekurangnya Taska tu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat...x sangka pula ummi taska yg ummi hantar sekarang dikecualikan pendaftarannya kerana di bawah Kementerian dalam negeri..menurut nasihat JKM,ape pun taska biarlah di bawah pemantauan JKM. Ummi dah ada pengalaman tu...jadi ummi rasa tak perlulah ummi ulangi kesilapan pilih taska tak berdaftar.





Tuesday, January 03, 2012

Tahun baru....Azam baru....

Bismillahirahmaniraahim..
Assalamualaikum buat semua yang saya hormati,

Hari ini, membuka lembaran tahun baru 2012. Tentu ramai yang bertanyakan dan memasang azam baru,
muhasabah azam lama dan banyak lagi yang berkisar tentang azam. Tetapi... mengapa perlu tunggu tahun baru?

Sedangkan setiap hari pun kita boleh menanam dan menyemai azam baru.
Sebagai satu contoh yang sangat simple, seseorang itu memahat azam dalam hatinya:

"Mulai hari ini, aku akan membaca Al-quran setiap hari walaupun semuka sahaja."

 Itu adalah azamnya, dan dia tidak perlu tunggu hujung tahun baru nak tanam azam.
Walaubagaimanapun,saya mendoakan semoga azam kalian tahun lepas telah tercapai dan azam tahun ini adalah lebih berkualiti.

Pada cuti Krismas yang lalu kami 3 beranak pergi bercuti ke Langkawi...Memang seronok sekali sekala dapat bercuti bersama-sama...Inilah secebis kenangan yang dapat kami kongsikan bersama untuk kenangan 2011....sweet ^^"

sementara menunggu feri tiba..pekena laksa Kuala Perlis dulu...

Biarpun servis lambat, yang penting laksanya memang sedap..terbaik..

Kami 3 beranak antara yang terawal masuk dalam feri..haha...excited...

Pusing2 dululah sementara tunggu auntie yang nak bawa kitorang naik Island Hopping

Di jeti Island Hopping

Ramai sungguh orang...
Destinasi pertama Island Hopping...Pulau Pasir Basah

Memang seronok mandi di sini...air yang bersih, jernih...nampak ikan berenang-renang kat situ

Sufi Amani memang suka mandi..x kesahla di laut ke, di kolam ke..sejak kecil memang di ajar mandi dalam kolam

Sesi belajar berenang

Ada gaya perenang tak?? Hahaha

Peace...

Kenangan 3 beranak di Pulau Pasir Basah

Si kecil tidur keletihan...kesian dia terkejut naik bot laju...pelajaran untuk Sufi Amani agar lebih berani dengan aktiviti2 mencabar bila besar nanti...hihi

Inilah keadaan dalam bot laju...Destinasi kedua bot berenti di kawasan burung helang...kasi helang makan...ke helang yg makan sendiri...apepun, korang leh datang tengok sendiri..Sufi Amani ketakutan dalam pelukan.

Destinasi ketiga...kami ke Pulau Dayang Bunting

Kalau naik Island Hopping, korang kene bawa bekal, leh la berkelah macam Sufi Amani nie...

Bila perut kenyang...hati pun senang...

Jangan Pulang Tanpanya...ape lagi kalau bukan Gamat Langkawi... 

Destinasi seterusnya nak naik Cable Car...disebabkan angin agak kencang, kaunter ditutup...terpaksalah Sufi Amani naik basikal ni je...

Naik basikal pun best ape...

tak dapat naik cable car, naik duck tours ni pun jadi laa...RM38 sorang...

Dalam duck tOurs...leh jalan-jalan di darat dan di air...x caya???

Betul...inilah buktinye...^ ^\/

Pemandangan dari duck tours

Cuba teka siapa yang naik kapal layar ni?
Itu saja....percutian di hujung tahun ni..memang sangat2 best...tq abi...next time kita pergi lagi ye...

HappY New Year 2012...Semoga Hidup Kita Sentiasa diRahmati Ilahi...ameen...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::