Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Thursday, October 11, 2012

:::Ummi ada beriTa GembiRa:::

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun Muhammad Syamil Nazhan pergi meninggalkan kami sekeluarga... Doa tak putus-putus ummi dan abi sentiasa mengharapkan kita semua akan bertemu kembali di alam sana dalam suasana yg lebih baik... Alhamdulillah, setiap ujian yang diberi pasti ada hikmah di sebaliknya...

Ummi n abi pun dah dikurniakan adik Nazhan, Sufi Amani. Seorang anak yang sangat comel, cerdik, bijak, petah berkata-kata. Ummi n abi mengharapkan Sufi Amani akan jadi anak yang solehah yang taat pada perintah Allah dan berbakti kepada ummi dan abi suatu hari nanti. Mudah-mudahan..amin...

Syukur alhamdulillah, rezeki tak putus-putus. Nazhan akan dapat adik lagi..tahun depan.Ummi mengharapkan tarikh lahirnya sama dengan Nazhan. Apepun, ummi belum jumpa doktor pakar, sama ada ummi boleh bersalin normal ataupun kena operate lagi..huhu..apepun caranya, ummi harap semuanya akan selamat. Ummi dan abi sangat mengharapkan Allah akan kurniakan seorang adik lelaki untuk Nazhan dan Amani..Sekurang-kurangnya kerinduan ummi pada Nazhan tidaklah keterlaluan..Tak bermakna ummi tak akan rindukan Nazhan, rindu pada Nazhan sentiasa, setiap saat..hanya itu yang ummi mampu. Ummi tak mampu lagi memeluk Nazhan, mencium Nazhan sebagaimana ummi lakukan pada Sufi Amani. Ummi hanya mampu membayangkan... Ummi sangat-sangat berharap kali ini ummi dan abi memperoleh seorang lagi anak lelaki. Jika ummi dikurniakan anak lelaki, taklah ummi terlalu risaukan Sufi Amani pabila ummi dan abi tiada lagi di sini.

Ya, Allah, kau makbulkanlah doa-doa kami...Sesungguhnya Engkaulah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Mu ini...amin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::