Dalam UJIAN ada penghapusan dosa, ada AMARAN supaya tidak leka, ada TAWARAN utk mendapat pahala dgn cara bersabar, ada PELUANG utk mengingat nikmat & ada HARAPAN utk mendapat ganjaran. Sesungguhnya Allah & qada-Nya semuanya adalah baik... ...❀ Bila kita melihat ujian itu sebagai jalan untuk mendapat keampunan ALLAH, maka hati akan menjadi tenang dan akan lahirlah pengertian segala kesusahan itu sebagai bunga cinta dari ALLAH ❀... Subhanallah! Indahnya cinta-Mu..
Monday, November 18, 2013
Friday, November 08, 2013
Moga rindu sampai ke syurga
Moga rindu sampai ke syurga. ..amin....
Sejak kehadiran Syamil Najhan ni...ummi jarang update blog ni....busy menguruskan Najhan n Amani...masing2 memerlukan perhatian dgn cara yg tersendiri....
Sejak kehadiran Syamil Najhan ni...ummi jarang update blog ni....busy menguruskan Najhan n Amani...masing2 memerlukan perhatian dgn cara yg tersendiri....
Pejam celik pejam celik..dah 8 bulan pun usia Najhan...alhamdulillah. ..fully direct feeding...sangat aktif, cerdas, cerdik, bijak dan segala2 yg positif utk najhan...
Terima kasih ya Allah..kurniakan kami insan terpilih ini. ..Kau jadikanlah anak2 kami Sufi Amani dan Syamil Najhan insan2 yg cemerlang yg berjasa pada agama Islam..berkatilah hidup mereka di dunia dan akhirat. .Kau limpahkanlah kepada Syamil Najhan dan Sufi Amani ilmu yg bermanfaat, rezeki yg halal, jodoh yg soleh dan solehah, keturunan yg baik2, teguhkan iman di hati2 mereka yg Allah...Jauhkan mereka dari segala kejahatan dan kemungkaran...Kau peliharalah mereka dgn sebaik2 perlindungan walau di mana mereka berada...amin ya Rabbal 'alamin...
Thursday, October 03, 2013
Syamil Najhan
Alhamdulillah. ..Syamil Najhan kini dah 7 bulan umurnya...berkat doa ummi dan abi...Najhan membesar dgn sihat..cerdas dan cergas...hari ni Najhan berjaya berdiri dengan memegang sofa...setelah beberapa kali mencuba...Tahniah!
Ummi dan abi doakan Syamil Najhan menjadi anak yg soleh yg membahagiakan ummi dan abi...Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup Syamil Najhan sebagai seorang huffaz yg berjaya di dunia dan akhirat...
Ummi janjikan yg terbaik utk kamu dgn susu anugerah Ilahi yg tiada tandingannya..mudah2an pengorbanan ummi mengambil cuti tanpa gaji hingga usiamu setahun diberkati Ilahi...
Terima kasih wahai suamiku Saiful Afzan yg sangat2 menyokong penyusuan susu ibu...Jasamu..pengorbananmu mencari rezeki utk kami bertiga (daku..Sufi Amani & Syamil Najhan) sangat2 dihargai..akanku kenang hingga akhir hayat...Semoga ianya mendapat keberkatan dari-Nya.
Amin....
Rindu Muhammad Syamil Nazhan. ..Al-Fatihah. ..
Thursday, June 20, 2013
Belajar minum EBM...
ALhamdulillah...hari ni 20.6.2013..genap Syamil Najhan 4 bulan...dah lama rasanya ummi x update blog...dan dah lama juga x ajar Najhan minum EBM dgn botol...alhamdulillah syukur pada Allah...Najhan cepat belajar dan tak mudah lupa walaupun hampur 3 bulan dah ummi x bg Najhan minum susuibu dgn botol...masa dlm pantang Najhan x nak minum EBM dari dlm freezer tu..mmg sedih la ummi kejap...tapi hari ni...ummi seronok sangat...Najhan tak memilih...sampai terlena haaa.... (◇•◇)\/
Thursday, May 30, 2013
30 mei 2013
Alhamdulillah masih diberi kesempatan mensykuri nikmat Allah...hari ini genaplah usia perkahwinan kami yg ke5 dan ulangtahun kelahiran sufi amani yg ke3...
Wednesday, February 27, 2013
anugerah terINDAH
benarlah kata orang, kali ketiga operation memang menyakitkan...2 hari menunggu di hospital adalah saat-saat yang amat mendebarkan, mana tidaknya menanti untuk dibedah hidup-hidup..pengalaman yang ada mungkin tidak sama dengan pengalaman kali ini...18.2.2013 ummi terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendengar nasihat-nasihat dari doktor-doktor di Hospital taiping ni...mana taknya, ramai doktor tidak bersetuju dengan keputusan ummi kerana tak mahu buat BTL (ikat rahim secara kekal). Hampir 3 hingga 4 orang doktor dah kaunseling ummi dan abi, keputusan kami tetap 'tak nak BTL'. Hinggalah keesokan harinya 19.2.2013, specialist datang bertemu ummi menyatakan benda yang sama, bahaya jika tak buat BTL. namun apakan daya doktor-doktor di situ, keputusan tetap di tangan ummi dan abi...segala risiko akan ummi tanggung semuanya...masih ada banyak cara untuk tidak pregnant lagi..
20.2.2013 tarikh yang dinantikan..semalamnya ummi kena puasa bermula jam 2.00 pagi..klo ikut jadual ummi adalah orang yang keempat yang akan dibedah..tapi apakan daya banyak pulak kes-kes kecemasan..entah ummi orang yang keberapa,akhirnya pada jam 4.00 petang nama ummi dipanggil ke bilik OT...ummi pun salin baju yang nurse bagi..setelah diberi bermacam-macam ubat dan suntikan, ummi diusung ke bilik OT..di sana ingatkan ummi akan terus dibedah, rupanya ada lagi patient yang belum keluar..hampir sejam ummi menunggu di sana...dalam jam 5.00 petang ummi diusung masuk..segala peralatan bedah telah disediakan..ummi diberi suntikan bius. malang sungguh doktor2 praktikal di situ masih belum mahir,hampir 7 kali suntikan tidak berjaya, sakitnya Allah sahaja yang tahu...kali kelapan baru berjaya..bermulalah sesi pembedahan...semasa sesi luka lama dibuka semula tu, tak lah berapa sakit, yang paling sakit saat anak ummi dikeluarkan, doktor tu tekan perut ummi hampir putus nyawa ummi...mesin pernafasan pun dah tak leh nak wat bacaan...dah nyawa-nyawa ikan...mujur Allah masih memberi kesempatan pada ummi untuk terus hidup, dalam kesakitan keluarkan baby, kesakitan untuk dijahit semula tuuu amatlah perit...ummi terpaksa menahan kesakitan itu dengan nafas yang tercungap-cungap, akhirnya doktor berjaya melepasi semua itu..ummi dan baby pun selamat...hampir 15 minit jahitan dibuka dan baby dikeluarkan, manakala untuk menjahit semula jahitan mengambil masa 30 minit...
staff nurse tunjuk pada ummi, alhamdulillah yang tak terhingga, ummi dan abi dapat baby boy..nurse bagi ummi cium syamil najhan...sungguh ummi syukur yang amat-amat sangat hingga mengalir air mata ummi saat itu...impian yang selama ini dimaklbulkan Allah..terima kasih Allah!
Itulah Syamil Najhan..pengganti Muhammad Syamil Nazhan..wajahnya sangat-sangat mirip wajah abangnya..beratnya 2.66kg..sama berat dengan abangnya...panjangnya 48cm...alhamdulillah Syamil Najhan dilahirkan sihat sempurna...ummi akan teruskan misi ummi untuk menyusukan Najhan sehingga 2 tahun sama seperti Sufi Amani...cuti tanpa gaji selama 3 bulan juga akan ummi ambil untuk penyusuan secara eksklusif...sama seperti yang ummi buat semasa menyusukan Sufi Amani..ummi tak nak ada perbezaan untuk itu, ummi nak kesemua anak ummi mendapat khasiat dari susu ibu sepenuhnya..biarlah apa orang nak kata, yang penting ummi berasa puas hati dengan apa yang ummi buat...semuanya bagi menebus segala apa yang ummi tak dapat buat pada Muhammad Syamil Nazhan...i miss u so much....

"malam sebelum kelahiran syamil najhan,telah mendapat satu mimpi,di sebuah rumah yang penuh dengan anak-anak kecil,kemudian datang seorang wanita yang sama seperti mimpi terdahulu,memberikanku kembali muhammad syamil nazhan untuk dibawa pulang...dengan hati yang gembira kami menerima kehadiran nazhan kembali...syukur alhamdulillah Kau kembalikan semula anak lelaki kami.wajahnya serupa,lahir di hari yang sama,berat yang sama,mudah-mudahan Najhan menjadi anak yang soleh yang menggembirakan hati ummi dan abi..permata hati kami>>Muhammad Syamil Nazhan, Sufi Amani & Syamil Najhan<<"
Subscribe to:
Posts (Atom)