Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Wednesday, May 14, 2014

GENAP 5 TAHUN PEMERGIAN...

Pejam celik...pejam celik....dah 5 tahun pemergian Muhammad Syamil Nazhan 14 Rejab 1430H - 14 Rejab 1435H...klo ikut kalendar Masihi 7 Julai 2009 - 7 Julai 2014...Tapi ummi ikut kalendar hijrah kebetulan hari ini 14 REJAB 1435H hari Rabu...hari pemergian Syamil 14 Rejab 1430H tuuu hari Selasa...Hari Kelahiran hari Jumaat, penghulu segala hari....

Rindunye rasa...apapun ummi bersyukur..kini ummi ada pengubat rindu Nazhan...adik Syamil Najhan dan adik Sufi Amani...lebih2 lagi laa pada adik Syamil Najhan yang wajahnya seiras kamu....memandang wajahnya..memeluknya seumpama ummi memeluk dan memandang kamu...huhuu....walaupun usia kamu jika masih ada sudah pun 5 tahun...tapi ummi rasa kamu baru je lahir...tetap dengan usia pemergian kamu 4 bulan...memanglah...nanti ummi akan jumpa kamu dengan usia itu juga...

Hanya doa mengiringi setiap nafas ummi dan abi...Semoga kita akan bertemu kembali di hari yang dijanjikan itu...Ummi mengharapkan sesuatu yang bahagia untuk kita sekeluarga suatu hari nanti...Teruslah berdoa berdoa dan berdoa...


Renungan penuh makna sebelum pemergian Muhammad Syamil Nazhan..2 hari sebelum meninggal.

Setiap detik kenangan bersamanya takkan pernah luput dalam ingatan....
Ya, Allah...hadiahkanlah kepada kami kesabaran dan ketabahan dalam setiap hembusan nafas kami dalam mengharungi kehidupan ini...UjianMu kami terima sebagai sesuatu yang istimewa...Hanya Engkau yang Maha Mengetahui yang Terbaik untuk kami...Kami menantikan saat yang paling istimewa itu...


Inilah dia abang Sufi Amani dan Syamil Najhan..Inilah dia abang yang selalu ditanya2 oleh Sufi Amani...Miss U forever...

Monday, April 28, 2014

Jom pergi library!


Salah satu aktiviti yang menarik juga...bawa anak2 pergi library.  Banyak juga buku2 di perpustakaan awam kompleks kejiranan presint 11 ni....anak2 pun happy...macam2 jenis buku boleh dibaca dan dipinjam....best!

WOWWW...besarnya buku!



Puas hati dia dapat baca buku banyak-banyak....

Adik pun seronok nak baca buku....hihi....

Friday, April 18, 2014

TIPS DIDIK ANAK MUDAH BELAJAR AL-QURAN

Tips-tips ini mesti ada kerjasama di antara kedua ibubapa dan saudara-mara atau adik beradik yang tinggal bersama, demi mencapai tujuan pembentukan anak-anak al-Quran. Di antara tips-tipsnya ialah seperti berikut :

1) Kedua ibubapa itu sendiri mesti terbuka hati dan minat terhadap al-Quran dengan pelbagai cara yang ada samada melazimkan membaca al-Quran pada setiap Subuh atau Maghrib dengan kadar yang sedikit tetapi berterusan dan memahami makna-maknanya dengan melihat terjemahan al-Quran yang ada.

Begitu juga dengan cara mengikuti kelas-kelas al-Quran yang terdapat di kawasan sekitar. Ini kerana anak yang sering melihat kedua ibubapanya melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh akan memberi impak yang besar dalam aktiviti kehidupan mereka secara langsung.

Hal ini, perlu dipandang lebih penting untuk ibu yang sedang mengandungkan anak. Cuba semampu mungkin untuk mengkhatamkan al-Quran banyak kali, atau sentiasa melihat makna-makna ayat al-Quran dan memahaminya, atau membaca surah-surah yang sinonim untuk ibu yang sedang mengandung seperti :

i) Surah Yusuf ketika umur janin mulai memasuki minggu ke-16, pada masa itu roh mula ditiupkan kepadanya dan proses pembentukan janin bermula. Niatkan untuk memperoleh anak yang cantik akhlak dan fizikalnya.

ii) Surah Luqman ketika umur janin mulai masuk minggu ke-24, perkembangan otak bayi sedang berkembang dengan pesat. Niatkan untuk mendapat anak yang bijak dan cerdas mindanya.

iii) Surah Maryam ketika janin mulai masuk minggu ke-36. Bayi semakin matang dan bersedia untuk dilahirkan. Niatkan untuk tanamkan aqidah yang betul dan sempurna kepada bayi, dan dipermudahkan proses bersalin yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.

2) Mengajar anak membaca al-Quran atau menghantarnya ke kelas al-Quran yang ada dengan jadual setiap hari. Lazimnya waktu yang sesuai selepas Asar atau Maghrib.

Bagi ibubapa yang mampu untuk mengajar al-Quran kepada anak sendiri adalah lebih baik kerana di situ wujud contoh ikutan bagi si anak secara tidak langsung. Lebih baik lagi, kalau mampu rumah kita dijadikan kelas mengaji untuk jiran tetangga kita.

3) Sentiasa memasang bacaan ayat suci al-Quran di rumah, dalam kereta dan sebagainya. Hidupkan rumah kita dengan alunan al-Quran, hindarkan dari bunyi bising muzik-muzik yang melalaikan. Begitu juga filem-filem yang tidak memberi faedah yang banyak dalam jiwa anak-anak melainkan kerosakan cuba ditinggalkan.

Dan petua dari Juara Akademi al-Quran sesi pertama, Abdullah Fahmi katanya arwah ayahnya sentiasa memasang kaset bacaan al-Quran bertarannum Syekh al-Mutawalli, Surah Yusuf di mana sahaja beliau berada samada di rumah, dalam kereta dan sebagainya, dari beliau masih kecil hingga sebelum ayahnya menghembuskan nafas terakhir. Akhirnya dia secara automatik terikut suara merdu syekh tersebut, dan itulah idolanya katanya.

Thursday, April 17, 2014

HOMESCHOOL

ISk...isk...tengah duk belek note II ni..sedar tak sedar...rupenye dah banyak aktiviti homeschool yg dah kubuat utk anak2. ..
Nak share lah sikit aktiviti tu kt kawan2 di luar sana..idea tak seberapa..harap boleh jadikan panduan. Tak perlu kos yg banyak..hanya gunakan apa yg ada di rumah....
Banyak lagi idea homeschool yang akan dikongsikan...ini intro jeeee...hihi....tunggu yeee
Selamat mencuba!
Sufi Amani ni dah dibiasakan dengan pensil sejak awal umurnya setahun...alhamdulillah dia dah pandai control color,tak keluar, ok!
Khusyuk menyiapkan aktiviti mewarna...her favourite aktivities...
Syamil ni banyak meniru aktiviti kakaknye...klo kakak baca buku..dia pun nak baca buku...kakak mewarna..dia pun nak mewarna...he he he...bijak...bijak...

CABARAN PENYUSUAN SUFI AMANI @ 1 TAHUN 8 BULAN


Friday, February 21, 2014

SELAMAT HARI ULANG TAHUN

Alhamdulillah...genap sudah umur Syamil Najhan setahun pada 20 Februari 2014 bersamaan 20 Rabiulakhir 1435H hari Khamis.... 

Setahun sudah Syamil Najhan mendapat penyusuan susu ibu secara eksklusif...bermula dari lahir 20 Fberuari 2013 hinggalah sekarang...Ummi bersyukur, Allah memberi ummi kekuatan ini dan rezeki yang melimpah ruah, ummi dapat cuti tanpa gaji...dapat lah Syamil Najhan direct feeding selama hampir sebelas bulan...insha Allah...ummi akan pastikan Syamil Najhan akan mendapat susu ibu sepenuhnya sehingga umur 2 tahun seperti kakaknya Sufi Amani...

Hari ini juga dalam sejarah...Syamil Najhan dapat berjalan pada 1st birthday dia...Surprise!!! Thanks Allah...kurniakan kami anak yang sihat, cerdik, cerdas, bijak, dan mudah-mudahan akan menjadi anak yang soleh, yang di dalam hatinya sentiasa dengan Al-Quran...sentiasa menjaga solatnya...

Semoga Allah memberi kami kekuatan dan kesabaran dalam mendidik amanah ini....Rasa syukur yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata....

Tanggal tarikh yang sama juga merupakan tarikh lahir abang kepada Syamil Najhan iaitu Muhammad Syamil Nazhan, yang kini telah pun menjadi penghuni Syurga yang kekal abadi...Seandainya dia masih ada...genaplah sudah usianya 5 tahun....Dalam setiap ujian, pasti ada hikmahnya...besarnya hikmah yang Dia berikan...Mudah-mudahan kami sekeluarga sentiasa di landasan kesabaran dan keredhaan...


Pra 1st Birthday Party...
Gambar atas>>Syamil Najhan
Gambar bawah>>Muhammad Syamil Nazhan (20.02.2009-07.07.2009)

Monday, December 30, 2013

♡INDAHNYA TAHUN 2013 ♡

Pejam celik pejam celik..tinggal 3 hari je lagi cuti tanpa gaji ummi...start 2 January 2014 ni..bermulalah rutin ummi sebagai isteri..ummi dan wanita bekerjaya...setahun cuti..duduk di rumah..melihat anak2 membesar depan mata...merupakan saat2 paling manis..paling membahagiakan...syukur alhamdulillah. ..terima kasih Allah atas rezeki yg kau berikan..atas nikmat yg kau berikan ini...bukan semua orang dapat peluang macam ini...inilah antara hikmahnya...banyak lagi hikmah2 yg lain...
Pastinya ummi akan merindui sufi amani dan syamil najhan sepanjang di ofis nanti...semoga Allah permudahkan urusan ummi utk berulang alik ke taska utk menyusukan Syamil Najhan...amin....
Segala kenangan manis 2013..pastinya akn sentiasa terpahat di hati ummi..2013 yg memberi sejuta makna dan pengertian dlm keluarga kecil ini....apa yg dihajati selama hampir 4 tahun...telahpun Dia berikan...syukur alhamdulillah. ..
Tiada kata yg dpt diungkapkan betapa rasa bersyukur..rasa gembira...rasa bahagia.. .hanya Dia Maha Mengetahui....
Subhanallah. ..alhamdulillah. ..Allahu Akbar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::