airmata ini..? kalau dulu ummi jalani 40 hari dlm kegembiraan kerana melahirkan Nazhan...dan walaupun 40 hari itu perit untuk dihabiskan kerana harus berpantang, namun dengan kehadiran Nazhan di sisi telah menenggelamkan segala rasa kesakitan itu...
Tapi kini ummi terpaksa meredah 40 hari lagi... bezanya kali ini tanpa Nazhan..
bukan tanpa Nazhan disisi..tapi tanpa Muhammad Syamil Nazhan di dunia ini lagi...buat selamanya...
Hari2 yang sungguh perit dan menyakitkan...ummi masih lagi terasa akan syahdunya saat ummi memangku dan mendodoikan hangat tubuh montok Nazhan sambil menyanyikan lagu 'Selawat' dan zikir2 Hijjaz..
Ummi tahu Nazhan amat suka akan lagu selawat itu..kerana setiap kali ummi nyanyi, Nazhan akan diam dan termenung sambil menatap wajah ummi (sampai kini ummi tak boleh lupakan pandanganmu itu sayang...)Ummi tahu Nazhan ingin menyampaikan rasa kasih sayang Nazhan pada ummi...Pandanganmu itu tersangat bermakna pada buat ummi...Ummi tidak tahu mengapa ummi masih lagi bersedih dan merasa kasihan kerana kehilangan buah hati yang selama ini menjadi tumpahan rasa kasih sayang. Bukankah sepatutnya ummi harus merasa bahagia. Mengapa?
Kerana sudah pastinya ada Syurga Buat Muhammad Syamil Nazhan. Justeru itu..Nazhan lah yang sepatutnya merasa kasihan kepada Ummi..
Sebab belum tentu Ummi masuk syurga...kerana masih belum sampai ajal Ummi...belum ketahuan apakah ummi akan mengakhirkan hidup ini dengan husnul khatimah atau tidak. Walaupun ummi tahu ummi masih belum layak ...tapi amat berharap untuk dapat meraih syurga Allah SWT dan bersama dengan Nazhan dan anak2 ummi yang lain.
Nazhan...Nazhan telah pun pergi sebelum baligh..nazhan kini adalah anak-anak yang abadi..Nazhan kini adalah wildanun mukhalladun.
Nazhan... dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda (QS. Al-Waqi’ah: 17)
Dan mereka dikelilingi oleh anak-anak yang tetap muda. Apabila kamu melihat mereka, kamu akan mengira mereka, mutiara yang bertaburan. (QS. Al-Insan: 19)
Dan semalam ummi bermimpi…Nazhan bersama seorang wanita cantik (bidadari syurga agaknya..mungkin juga penjaga Nazhan di sana).. dalam mimpi itu juga…ummi nampak Nazhan seronok sekali bermain-main air di tepi kolam tu…ummi hanya mampu pandang dari jauh saja… wanita itu sentiasa menemani Nazhan…dia memandikan Nazhan…ramai kanak-kanak bermain-main di kolam tu….sungguh indah mimpi itu…sekurang-kurang…terubat rindu ummi pada Nazhan….
sebulan setelah mimpi itu…ummi mimpi Nazhan lagi…di suatu ruang makan di sebuah rumah…(mungkin itulah rumah yg Nazhan diami di Syurga sana)..besar rumahnya…kita makan bersama-sama…bersama abi…ummi…opah…tokwan…maklong..makngah..makyang…acik..acu…abg fizry..abg faris..abg faiz..kakak najihah..kakak nasyirah n abg irfan…Nazhan dtg pada ummi sambil didokong oleh wanita yg bersama-sama Nazhan di kolam mandi hari tu…wanita tu bagi ummi dukung Nazhan….bersyukur ummi diberi kesempatan mendukung Nazhan…ummi peluk Nazhan erat-erat…cium sepuas-puasnya…ummi dpt bau Nazhan..bau yg amat-amat ummi rindukan…sampai terjaga ummi masih terbau bau Nazhan...adakah Nazhan datang menjenguk ummi & abi malam tu?
Sejak Nazhan tiada…ummi selalu baca buku2 tentang kematian…buku-buku nasihat Imam al-Ghazali…ummi suka sangat baca buku tu…ummi pinjam di library ofis ummi…tapi sekarang ummi dah beli buku tu…sebab ummi nak berulang-ulang kali membacanya..supaya ummi akan sentiasa ingat bahawaNazhan sentiasa bahagia di ‘rumah kita’….
“Arwah yang sedang duduk di kuburan itu mengenal setiap orang yang lawat, dan mendengar pembicaraannya. Dia mengenal saudara-saudara yang sama bergaul dan sama bermain dengannya di waktu masih hidup. Lalu ditegurnya, tetapi suaranya tidak
terdengar, dan tubuhnya tidak kelihatan. Kerana roh itu terdiri atas tubuh halus. Arwah itu mendengar perkataan orang hidup”.
--sungguh comel agaknya tingkah Nazhan apabila menegur ummi & abi setiap kali ummi dtg menziarah Nazhan...entah macam mana bunyinya yer..:) maafkan ummi saying... ummi tak dpt mendengar setiap yang diperkatakan Nazhan...dan maafkan ummi jika Nazhan sering lihat ummi menangis di sisi pusara Nazhan...--
“Dianjurkan berziarah ke kuburan itu hari Jumaat. Kerana pada hari Jumaat itu biasanya roh berada di kuburnya”.
“Adapun arwah orang yang telah meninggal itu datang ke rumahnya atau berada di kuburnya itu pada malam Jumaat. Pada hari jumaat itu sehari-harian dia di sana, dan pada hari Sabtu setelah terbit matahari baru dia berangkat. Sesampainya di kubur itu disunatkan berselawat, membaca Al-Quran, dan berdoa. Boleh menangis tetapi di larang meratap”.
--Nazhan yang ini ummi kurang pasti..kerana kebanyakkan petikan yg ummi jumpa menyatakan bahawa ..roh tidak balik ke rumah..dan tidak ada apa2 yang pasti tentang roh..kerana ianya tidak pernah dinyatakan..dan roh itu sebenarnya adalah urusan Allah.--
“Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak meninggal dunia, sampai hari berbangkit”.
“Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sebentar saja”.
“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan diizinkan memberi minum kepada ibu bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.
“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayahbondanya di pintu syurga”.
“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jalil. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan
ke dalam syurga Jannatun Naim”.
“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampung halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda
mereka yang selama ini mereka lupakan”.
“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.
“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah bondanya. Mereka berjalan ke sana sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.
”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.
“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.
“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.
“Setelah bertemu dengan anak di pintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”
Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.
(Ad-Dahr: 11)
Nazhan… biarlah..40 hari..100 hari...atau sejuta ratus hari sekalipun...namun kasih sayang ummi tak akan pernah terpadam...malah semakin membara terhadap Nazhan..
dikesempatan ini...ummi nak Nazhan tahu yg Nazhan dah pun ada adik...namanya Sufi Amani...kelahirannya telah mengubat kerinduan ummi pada Nazhan...izinkan dia memakai baju-baju Nazhan...wajahnya saling tak tumpah macam Nazhan juga walaupun tak 100%, tapi tetap ada...pertama kali ummi dengar Sufi Amani menangis sewaktu kelahirannya...ummi menangis...suaranya betul-betul macam suara Nazhan...ummi betul-betul rindukan Nazhan ketika itu...tapi x sepatutnya ummi macam tu pada Sufi Amani...dia berhak mendapat kasih sayang ummi juga...ummi cuba tabahkan hati. Ummi akan berikan yg terbaik untuk adik Nazhan ni...ummi akan jaga dia, asuh dia menjadi insan yg solehah..semoga kita sekeluarga dapat bertemu kembali di suatu alam yg bahagia dan kekal abadi...
Ohhh hati..tabah dan bersabarlah...semoga akan tiba hari yg paling dinantikan itu.... Nazhan doakanlah ummi, abi dan adik Amani agar tidak selalu leka... sesungguhnya ummi hanya insan biasa dan mudah lupa....
Al-Fatihah buat Muhammad Syamil Nazhan...yg sangat2 ummi sayangi...Amin.
Ohhh hati..tabah dan bersabarlah...semoga akan tiba hari yg paling dinantikan itu.... Nazhan doakanlah ummi, abi dan adik Amani agar tidak selalu leka... sesungguhnya ummi hanya insan biasa dan mudah lupa....
Al-Fatihah buat Muhammad Syamil Nazhan...yg sangat2 ummi sayangi...Amin.
2 comments:
fiya...shieda tak tau pe yang awak lalui tp shieda doaka awak sentiasa tabah....
shida...mmg susah nk rasai apa yg kami alami...hanya yg senasib dpt memahami n merasai apa yg kami lalui...
Post a Comment