Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...
Showing posts with label DOA DAN AMALAN. Show all posts
Showing posts with label DOA DAN AMALAN. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

PaSRaH SeGaLANyA...


RiNDu Dia...


RINDUNYA PADAMU YA RASULULLAH.....

Sunday, October 21, 2012

Rindu pada Allah..

Melalui hidup yang sebentar di dunia...
Menghadapi ujian yang tidaklah sehebat mana..

Buatkan aku terasa begitu rindu..
Pada sahabat-sahabat Rasulullah seribu tahun dahulu..

Begitu kuat iman mereka..
begitu kental hati mereka..
begitu cekal kehendak mereka..
Setelah cinta Allah disambut oleh mereka..

Subhanallah,
rindunya pada Sang Pencipta..
sanggup mereka korbankan apa saja..
kerana jelas dan terang kefahaman mereka..

................

Ya ALLAH,
sesungguhnya hidup ini sementara..
tapi ujian yang sementara ini benar-benar menguji emosi dan fikiranku..

Tanggungjawab syahadatul haq tidak akan ku lupakan.
Sampai bila-bila.
Demi cinta dan rindu pada Allah..
Biarlah tiada siapa pun yang akan membantu.
kerana bantuan ALLAH itu dekat!

Friday, January 20, 2012

KELEBIHAN SEORANG UMMI, IBU, MAMA, EMAK ~~


1♥ 2 rakaat wanita hamil lebih baik dari 80 wanita yang tak   hamil.
2♥ Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.
3♥ Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya dapat satu pahala haji.
4♥ Satu titik susu yang disusukan kepada anak itu dikira satu pahala.
5♥ Wanita yang memberi susu badan pada anaknya yang menangis, Allah beri satu tahun pahala solat dan puasa.
6♥ Wanita yang menyusu anaknya sehingga tempoh 2 tahun, maka syurga wajib untuknya.
7♥ Seorang ibu yang tidak selesa tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8♥ Seorang ibu yang tidak cukup tidur malam kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan seluruh dosanya.
9♥ Bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala.
10♥. Apabila seorang wanita membasuh pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan dan diampunkan 2000 kesalahan dan setiap yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat.

Wednesday, April 06, 2011

DOA AMALAN BAGI IBU2 BF

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk anakku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

 Maksud firman ALLAH;

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Thursday, December 09, 2010

ALLAH ENGKAU DEKAT, PENUH KASIH SAYANG

Allah Engkau dekat
Penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan
Hamba-Mu menangis

Kerna kemurahan-Mu
Karena kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa-jiwa
Yang rela dia kekasih-Mu

Kau yang slalu terjaga
yang memberi segala

Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

Disetiap nafas disegala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu

Kau yang slalu terjaga
Yang memberi segala...

Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

Setiap makhluk bergantung pada-Mu
dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahya-Mu

Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi
Alloh Rohman, Alloh Rohim
Allohu Ya Ghofar Ya Nurul Qolbi

Ya Alloh Ya Romah Ya Alloh 3x
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::