Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Friday, August 26, 2011

TERSEDAK SUSU : Ketahui cara beri bantuan kecemasan

Terbaca artikel ni...teringat kat arwah Nazhan...bagaimanalah saat dia menghadapi keadaan itu...ummi mohon maaf x mampu menyelamatkan...huhu..apapun Nazhan dah pun bahagia di sana...sama2lah kita sedekahkan al-Fatihah di bulan yg mulia ini buat arwah Muhammad Syamil Nazhan yg amat dirindui dan dikasihi....

KES kematian akibat menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru. Hampir setiap bulan, kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilaporkan media yang kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak.

Ia sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri. Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian.

Menurut Pakar Kanak-Kanak, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi, Dr Nik Rosenorleyaney Nik Ibrahim, kes kematian akibat menyusu ketika tidur atau sedar berpunca daripada bayi yang ditinggalkan menyusu bersendirian tanpa pengawasan.
Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

“Dalam tubuh manusia, terdapat dua saluran iaitu pernafasan pada bahagian hadapan manakala saluran makanan pada bahagian belakang. Apabila bayi minum dalam keadaan tergesa-gesa atau mungkin lubang puting botol yang terlalu besar, susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.

“Sudah tentu bayi tidak mempunyai daya untuk menarik botol itu sendiri menyebabkan susu memasuki saluran pernafasan, seterusnya ke dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, biasanya bayi akan tersedak atau batuk iaitu tindakan refleks yang menunjukkan bayi memerlukan pertolongan atau perlindungan.

“Namun, bagi bayi yang ditinggalkan berseorangan, sudah tentu tidak mendapat maklum balas menyebabkan bayi lemas kerana tidak dapat bernafas. Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ini sudah cukup untuk melemaskan mereka.

“Dalam masa beberapa saat saja jika tidak diberi bantuan kecemasan segera, bayi akan terus meninggal dunia,” jelasnya mengulas beberapa kejadian yang berlaku, baru-baru ini.

Tambahnya, sebagai penjaga sama ada pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu kemudian mereka meninggalkan bayi minum sendirian tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana, ia boleh meningkatkan risiko bayi lemas. Sepatutnya, ibu bapa dan pengasuh menyusukan bayi mereka dengan cara yang betul.

“Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

“Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
“Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur,” katanya.

Selain bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga boleh mengalami sesak nafas disebabkan tercekik makanan seperti kacang atau gula-gula. Ini disebabkan mereka makan sambil bermain dan akhirnya makanan itu masuk ke dalam saluran pernafasan, seterusnya ke bahagian paru-paru.
Sama seperti kes tersedak susu, jika tidak diberi rawatan segera, mangsa akan terus meninggal dunia.
Menurut Dr Nik Rosenorleyaney, bagi mengelak bayi meninggal dunia akibat tersedak susu atau tercekik makanan, ibu bapa dan penjaga perlu mempunyai pengalaman melakukan rawatan kecemasan di rumah.
“Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa.
“Ini menandakan mereka sudah boleh bernafas. Bagi bayi yang tercekik makanan, sekiranya makanan yang ada dalam mulut kanak-kanak tidak keluar, korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu.
“Tindakan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit pertama sebelum mangsa dibawa ke hospital. Dikhuatiri kelewatan melakukan bantuan kecemasan ini akan menyebabkan anda kehilangan orang yang tersayang,” katanya.
Selain tersedak susu dan tercekik makanan, kebanyakan kematian mengejut membabitkan bayi dan kanak-kanak berpunca daripada sindrom goyangan bayi, tidur meniarap dan kecederaan bilik mandi.

Ramai ibu bapa tidak tahu hayunan di dalam buaian boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi. Ini kerana di dalam otak bayi masih mempunyai ruang di antara tengkorak dan otak. Gegaran yang kuat akan menyebabkan berlakunya pendarahan, seterusnya menyebabkan kematian.
“Kebanyakan ibu bekerja menggunakan buaian untuk memudahkan kerja. Namun ada yang menggoyang terlalu kuat mengikut irama suara anak, semakin kuat anak menangis, hayunan lebih kuat. Sebaiknya ajar anak tidak menggunakan buai atau membiarkan buai tidak bergerak.
“Ini termasuk sama ada buaian biasa atau elektrik yang turut memberi risiko sama,” katanya yang mengakui biasanya kes yang dirujuk di hospital menunjukkan bayi tidak mengalami demam atau sawan tetapi meninggal secara tiba-tiba.
Daripada imbasan dijalankan, didapati berlaku pendarahan otak yang sukar diselamatkan.

Tambahnya, ada juga kes bayi yang meninggal ketika tidur yang boleh dikategorikan sebagai sindrom kematian mengejut. Ini berlaku bagi bayi yang tidur meniarap.
“Menidurkan bayi secara meniarap boleh menyebabkan bayi lemas dan akhirnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Ini berlaku bagi bayi yang masih belum berupaya mengangkat dan memusingkan kepala sendiri. Biarkan bayi tidur terlentang bagi mengelak lemas.
“Pastikan alas digunakan lembut dan tidak tenggelam. Elakkan penggunaan selimut kerana turut memberi risiko sekiranya kain itu menutupi muka bayi,” katanya.
Perkara yang jarang diambil perhatian ialah keselamatan di bilik mandi. Sekiranya anak sudah pandai merangkak dan berjalan, sentiasa pastikan pintu bilik air tertutup dan tiada baldi atau besen berisi air.
Walaupun air di dalamnya hanya berisi enam inci, ia sudah cukup melemaskan bayi sekiranya muka bayi termasuk di dalamnya dan seterusnya menyekat saluran pernafasan.
Ibu bapa bekerja yang menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak harus memastikan pusat penjagaan itu mempunyai sijil yang sah juga pengasuh berpengalaman yang mempunyai pengetahuan mengenai bantuan kecemasan.
Di samping itu, tinjau kawasan sekitar seperti tandas, dapur, tempat tidur dan tempat bermain yang selamat untuk anak mereka.

Panduan keselamatan ketika di pusat penjagaan kanak-kanak:

> Pastikan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menggunakan buai.
> Setiap bayi tidur di dalam katil masing-masing dan diasingkan mengikut usia bagi mengelak bayi terlanggar atau terpijak.
> Menggunakan peralatan tidur yang selamat misalnya tilam yang tegang dan rata supaya bayi senang bergerak.
> Mempunyai peralatan untuk mensterilkan susu sama ada untuk susu formula atau ibu bagi mengelak keracunan makanan.
> Orang yang menyediakan susu adalah orang yang sama. Ini bagi mengelak tertukar susu terutama bagi bayi yang alah dengan susu lembu.
> Pemberian susu botol harus diberikan secara orang perseorangan mengikut posisi menyusu badan. Elakkan memberi susu ketika bayi berbaring.
> Tempat menguruskan bayi harus diasingkan daripada dapur atau memasak makanan di tempat lain kemudian dibawa ke pusat penjagaan kanak-kanak. Ini bagi memastikan kebersihan serta mengelak kanak-kanak bermain dengan peralatan berbahaya di dapur.
> Elakkan penggunaan cerek, sebaiknya gunakan termos yang boleh dikunci.
> Pastikan mainan yang tidak berbucu atau bersegi yang boleh menyebabkan kanak-kanak menggunakannya untuk mengetuk kepala kanak-kanak lain.
> Hanya menggunakan barang permainan yang tidak mempunyai pewarna berbahaya.
> Anak patung haruslah yang mudah dibasuh serta tidak menyebabkan alahan terutama penyakit asma.

Tuesday, August 16, 2011

MaSa BeRKuALiti UnTuK AnAk-ANaK...

Orang sibuk tahu menggunakan masanya dengan cekap, optimum dan berkesan.
Sebaiknya peruntukkan masa secara konsisten untuk anak-anak.
Walau pun masa di rumah mungkin terbatas, namun gunakanlah secara berkualiti.
Masa berkualiti ialah masa yang digunakan secara optimum dan mencapai tujuannya.
Kadang-kadang kita mengadu bahawa kita tidak cukup masa. Namun jika kita semak, berapa banyak masa yang kita gunakan untuk anak-anak secara optimum.

Di sini beberapa cara yang boleh digunakan untuk menjadikan masa kita berkualiti:
  • Apabila pulang dari kerja, hadkan dari melakukan aktiviti yang bersifat sendirian seperti menonton televisyen atau membaca surat khabar, terutama jika masa sudah suntuk. Sebaliknya gunakan masa itu untuk bersama-sama dengan anak. Perlu diingat, menonton TV 'bersama-sama' anak, hakikatnya tidak dikira bersama anak, dan biasanya tidak membawa impak pendidikan.
  • Lakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar, bersukan, bersama-sama anak mengikut kesesuaian umur mereka.
  • Jika kita mempunyai urusan atau program sampingan di luar, seboleh-bolehnya ajak anak bersama-sama, serta gembirakan dan raikan dia, agar dia tidak serik untuk mengikut lagi pada masa akan datang.
  • Bila bersama-sama dalam kenderaan, gunakan masa itu untuk berbual-bual, bertanya tentang kawan-kawan, membuat teka teki atau bercerita. Usah biarkan kita dan anak berdiam diri melayan perasaan masing-masing.
  • Sentiasa fikirkan aktiviti yang serampang dua mata, iaitu satu aktiviti yang boleh mencapai dua matlamat. Contohnya, kita mahu menyihatkan badan dengan bersenam, maka kita ajak anak kita untuk meriadah bersama-sama. Atau, sebagai guru, kita mempunyai tugasan untuk menanda kertas jawapan, maka kita boleh bekerjasama dengannya untuk mengira dan mengisi markah. Berikan ganjaran jika sesuai.

Kenapa terlalu sibuk?

Kesibukan yang dialami bukanlah alasan untuk kita abaikan anak-anak.

Jika kesibukan itu kerana kerja-kerja ukhrawi seperti berdakwah, melakukan aktiviti Islami dan seumpamanya, maka kita perlu ingat bahawa mendidik anak itu juga kerja ukhrawi. Keutamaannya tidak boleh dinafikan.
Mana mungkin kita sibuk mengajak orang mendekati agama, jika keluarga kita sendiri dibiarkan tanpa pedoman.
Bukankah menyampaikan kebenaran kepada yang hampir itu amat penting, di samping menyampaikannya kepada khalayak yang jauh.
Jika kesibukan itu kerana urusan mengumpul kekayaan, membina kerjaya dan mengembangkan empayar bisnes, maka ingatlah semua itu tidak akan ke mana.
Bila kita meninggalkan dunia, harta akan menjadi milik orang, kerjaya akan luput dan nama hanya menjadi kenangan.
Jika kita mendidik anak, anak-anak bisa terus-menerus melaburkan pahalanya kepada kita selepas kita pergi.

Doa-doa mereka bisa mengubah nasib kita kelak nanti.
Dan dengan kita mendidik anak sehingga dia menjadi soleh, kita dapat mengelakkan diri kita dari dibalun oleh Munkar Nakir dan dibakar di akhirat nanti. Ingatlah pesan Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka; yang kayu bakarnya ialah manusia dan batu-batu; penjaganya ialah Malaikat yang kasar, bengis, serta mereka tidak pernah mengengkari apa yang Allah suruh, dan mereka laksanakan apa jua yang Allah arahkan." - Surah al-Tahrim:6

Baginda Rasulullah pula bersabda:
"Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu pimpin. Seorang suami bertanggungjawab atas isterinya, maka dia akan dipertanggungjawabkan atas perkara itu. Seorang isteri bertanggungjawab atas urusan rumah suaminya, maka dia akan dipertanggungjawabkan atas perkara itu." - Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Tanggungjawab Ibu Bapa

Tegasnya, kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab atas usaha pendidikan ini.
Bapa sebagai pemimpin keluarga adalah pihak utama yang perlu berperanan.
Ibu pula perlu menggunakan segala potensi keibuannya untuk mendidik anak menjadi soleh dan solehah.

Jangan sampai anak itu menjadi terabai dan 'yatim sebelum yatim', akibat ibu bapa mereka 'mati sebelum mati', sebagaimana diungkap dalam syair Arab, yang diolah seperti berikut:

Bukanlah yatim itu
Si anak yang ibu ayahnya telah pergi...
Hidup perit tidak terperi
Dan ditinggalkannya dalam sepi
Sebetulnya yatim itu...
Si anak yang punya ibu, namun tiada peduli
Dan punya ayah, namun sibuk tak henti-henti.

Thursday, August 04, 2011

Pengaruh TV

Artikel ni saya share dari blog darwishndarwisya...saya kagum dgn cara didikan penulis kepada anak2nya...Saya rasa artikel ni sangat memberi dorongan dan semangat kepada kita...Tv, radio dan media elektronik lain ada baiknya sekiranya kita tahu menggunakannya untuk anak2...Selamat membaca ye...^^"

Dulu, saya tak ingat bila, saya bershopping di Tesco dan terjumpa buku Peter and Jane. Saya belek dan dapati ianya menarik juga untuk kanak-kanak baru mengenal huruf. Saya pun beli buku '1a' dan buku '1b' memandangkan anak saya ABC pun pada waktu itu baru dapat menghafalnya sampai habis. Untuk pengetahuan, saya tak mengajarnya ABC, dia yang menghafal dan mengenalnya sendiri melalui Video CD yang dilihatnya setiap hari (VCD Barney n Friends dan lain-lain). Cuma saya selalu ikut menyanyi lagu ABCnya kalau dia menyanyikannya ketika bermain bersama. Yang menyeronokkan saya, pada suatu hari anak saya sedang membelek buku Peter n Jane unit ’Ia’ dan membacanya dengan lancar! Alhamdulillah, dia dah boleh baca buku Peter n Jane unit asasnya iaitu '1a' sampai habis. Unit ‘1b’ pun boleh tapi agak tersekat di tengah buku kerana ianya sudah bermula perkataan yang panjang dan agak susah. Yang boleh saya kongsikan adalah, saya belikan VCD lagu mengenal huruf kaedah phonic untuk ditontonnya. VCD ni tak dapat di kedai jual CD/VCD biasa. Terbitan Al Amin Serve. Ada banyak VCDnya. Tapi saya cuma beli unit asas. Saya juga membeli set VCD readeasy phonics dengan set 8 bukunya yang harga tak sampai RM50. Apa yang ada ditonton di VCD dan apa yang di dalam buku adalah sama gambar dan hurufnya menyebabkan anak saya suka menyelak buku dan membacanya. Kita juga perlu rajin kalau pergi mana-mana tu contohnya selepas anak saya sudah mengenal huruf, jika saya memandu dan nampak signboard TESCO, saya akan tunjuk dan tanya dia huruf apa yang ada dan apa bunyinya dalam perkataan tersebut. Kalau nampak perkataan yang mudah dalam title akhbar yang tulis besar-besar yang sedang kita baca, kongsikan dengan dia. Apa pun, saya rasa bersyukur menjadi ibu zaman sekarang.. Ajar anak pakai TV dan radio paling banyak. Dari mengenal ABC sampailah dia boleh membaca. Boleh disimpulkan TV dan radio ni pembantu peribadi sayalah. Bukan sahaja mengajar anak saya membaca Quran sebelum umur 3 tahun, malah membaca bahasa Inggeris juga. TV memang boleh menjadi pembantu ibu bapa yang baik sebagaimana dia boleh menjadi musuh ibubapa yang teruk kerana boleh memasukkan unsur negatif pada anak kita. Terpulang kepada cara kita menggunakannya. Pernah saya lihat di kedai barangan runcit di sebuah stesen mengisi minyak seorang kanak-kanak menangis menjerit mahu ibunya membelikan 'sesuatu' yang selalu diiklankan di TV. Anak saya yang berumur 3 tahun pula cuma melihat dan bertanya 'What is in that thing mama?' Anak saya tak tahu pun makanan itu adalah junk food yang di sukai kanak-kanak zaman sekarang kerana tak pernah melihatnya di TV seperti kanak-kanak lain. Bukankah ini buktinya TV boleh menyusahkan diri kita sendiri bila anak-anak jadi begitu? Seperti yang telah saya perkatakan dibawah, saya akan mendedahkan anak-anak saya pada dunia sebenar televisyen. Tetapi setelah roh al quran di serapkan dalam hati mereka. Maka dengan itu fokus saya adalah untuk pendidikan alqurannya. Mudah-mudahan anak sulung saya dapat menghafal seluruh Juzuk Amma sebelum umurnya 4 tahun. Bila otaknya sudah terlatih, saya yakin pelajaran duniawi akan menyusul mudah sahaja untuk dia samada membaca Bahasa Inggeris, Malaysia, Matematik, Sains dan lain-lain.

Ramadhan 1432H

Tahun ni kali kedua Ramadhan bersama-sama Sufi Amani dan kali ketiga tanpa Muhammad Syamil Nazhan dan tahun keempat Ramadhan bersama hubby tercinta...hihi...

Alhamdulillah raya kali dapat "green light" dari maktok suh raya kat Taiping dulu...jadinya dua kali berturut-turutlah raya di Taiping...dapatlah ummi ziarah pusara Nazhan di pagi raya nanti...tak tahulah kali ni ummi boleh tahan ke tak...ummi sedih bila terkenangkan peristiwa tu...maSih segar lagi di ingatan ummi saat2 memandikan Nazhan, mengkafankan dan sembahyangkan Nazhan....paling perit saat nak kebumikan Nazhan...sampai sekarang ummi masih nampak lagi tubuh kecil Nazhan dibawa masuk ke liang lahad...pakcik tu buka sikit muka Nazhan...Ya, Allah...pastinya Nazhan tenang dan damai di dalamnya....ummi pasti dan yakin. Setiap hari ummi x putus berdoa mohon pada Ilahi...moga pusara Nazhan seperti taman2 di Syurga...ummi pasti..itu janji Allah padamu sayang...tambahan Nazhan masih suci bersih...bertuahnya dirimu wahai anak....

Ummi harap Sufi Amani dapatlah berjalan Ramadhan ni...sekarang pun dah pandai jalan cumanya masih mengharapkan ummi n abi pegang tangan...sekali sekala je anak ummi ni berani nak lepas tangan...Insya Allah berkat doa ummi n abi, Amani pasti dapat jalan juga.bak kata pepatah..."Biar lambat asal selamat"...hihi...ape nak diheran dgn anak orang yg jalan cepat...anak kita adalah anak kita.."biar lambat jalan...tapi pandai baca dan hafaz al-Quran" bak kata puan Lina masa ummi gi Kursus Mengajar al-Quran kepada bayi dan kanak-kanak....Anak dia pun lambat jalan sampai kawan2 mengata kenapala nak ko ni lambat jalan...tapi Allah dah tunjuk...berkat kesabaran dan didikan anak dgn al-Quran....anak dia dapat hafal quran di usia seawal 3 tahun dan lebih cerdik dari anak kawannya yg cepat jalan tuuuu....memang ummi kagum dgn semangat Puan Lina tu...ummi cuba ambil tips2 yg dia bagi untuk didik Sufi Amani dgn al-Quran...sedikit demi sedikit ummi dah nampak hasilnya....betul kata Puan Lina tu....ummi harap sangat2 Sufi Amani akan jadi seorang hafizah nanti....insya Allah...semoga Allah permudahkan usaha ummi n abi ni...

Biarpun ummi x dapat melihat Nazhan membesar di depan mata...ummi bersyukur kerana diberi peluang untuk mendidik Sufi Amani...ummi tak akan sia-siakan peluang yg diberi ni...Bukan mudah untuk menimang seorang cahaya mata...apabila dikurniakan...pasti akan kudidik ia sebaik-baik didikan. Pengalaman kehilangan cahaya mata pertama sememangnya memberi kesan yang mendalam dalam jiwa dan itu tidak mematahkan semangatku untuk mendidik anugerah kedua ini menjadi insan yang berjiwa al-Quran...insya Allah....Ya Allah...Kau permudahkanlah urusan mendidik anakku ke jalan yg Engkau redhai...amin....

Setiap kenangan bersamamu tak akan ummi lupakan sepanjang hayat

Dirimu memberi sinar baru dalam hidup ummi
Tanpamu pasti ummi dan abi tak setabah ini...Syukur ke hadrat-Mu Ilahi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::