Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Thursday, December 01, 2011

POWER PUMPING MEMBANTU PROSES PENGHASILAN SUSU

Power pumping dan Hyperstimulation - Cepatkan proses pengeluaran susu


Hyperstimulation dan power pumping sebenarnya adalah satu kaedah atau teknik yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu.  Ramai ibu-ibu baru kurang faham apakah power-pumping sebenarnya.

Daripada beberapa pembacaan dan juga pengalaman diri sendiri ia adalah di mana kita mengepam kedua-dua breast serentak atau dipanggil kaedah double-pumping selama 60 minit. Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit berehat-10 minit mengepam-10 minit berehat dan dilakukan selama 60  minit(1 jam).  
Kaedah ini sangatlah disarankan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah susu sedikit atau ketika period atau apabila bayi menghadapi growth spurt (beralih bulan di mana bayi akan consume lebih banyak dari biasa) dan boleh buat seminggu sekali dan jika ada banyak masa lapang boleh buat hari-hari.  Sebaiknya lakukan kerana ketika itu hormon prolaktin kita sangatlah tinggi dan kandungan susu kita pada waktu 12 tengah malam hingga 6 pagi sangat-sangat berlemak (kalau rajin buatlah solat sunat minta dimurahkan rezeki alang-alang dah bangun tengah malam kan). Susu kita pada waktu itulah yang selalunya mempengaruhi kenaikan berat badan anak kita (sebab itu kita disarankan makan vitamin di waktu malam di mana ibu akan perasan susu akan pekat dan banyak, Insya Allah disebabkan pengambilan alfafa)--->>>{ALFALFA Merupakan supplement Penggalak Susu dalam penghasilan susu kerana mempunyai banyak khasiat. Alfalfa Memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan jugak tindakbalas pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Juga untuk melawaskan pembuanagan air besar dan kecil.Juga membuang angin dalam badan.secara automatik kesan baik untuk Baby.Elak dari kembung perut.Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sbagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. Merawat keputihan,keintiman (SEX).Ia jugak sesuai utk pengemar-pengemar seafood bagi mengelak GAUT.}

Bagi ibu-ibu baru kena faham konsep power-pumping ini di mana apa yang kita pam hasilnya kita tidak akan nampak masa itu juga. Sekurang-kurangnya kita akan nampak pertambahannya dalam masa seminggu 2 dengan syarat kena sabar, konsisten dan istiqamah di mana prinsipnya juga sama seperti pengambilan suplemen. 

Perlu banyakkan rangsangan seperti kekerapan mengepam 3 jam sekali ataupun banyakkan direct feeding. Ada juga di antara ibu-ibu kurang minum air masak tapi mahukan output susu yang banyak. Kena ada keseimbangan keduanya, banyakkan minum air masak at least 3 liter, jadual mengepam 3 jam sekali dan bykkan direct feeding serta jangan lupa berdoa agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. Setiap apa yang kita lakukan perlu displin, sabar dan istiqamah.  Jangan mengharapkan susu akan keluar memancut-mancut jika ibu sendiri tidak ada usaha untuk perbanyakkan susu.

Mommies yang guna manual pump atau single pump pun tiada alasan untuk tidak buat power pumping ye!! Pokok pangkal USAHA!! 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::