Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Sunday, October 21, 2012

~~Hidup Ini Penuh dengan Cubaan dan Ujian~~

Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh, jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung, jika hati seindah bulan, hiasi dia dengan IMAN...

Musibah, Ujian dan Kesusahan...

UJIAN YANG DIBERIKAN ALLAH

Hidup di dunia penuh dengan cubaan dan ujian. Kita akan diuji dengan ujian ketakutan terhadap musuh dan orang jahat, mungkin diuji dengan keperitan hidup (kemiskinan), penyakit, kehilangan orang yang disayangi dan sebagainya.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155 hingga 156 yang bermaksud :

“Demi sesungguhnya ! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”


Dan firman Allah dalam ayat 157 yang bermaksud :

“Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.”

KEsUsAhan DAN mUSiBAH

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( Ayat 11 : Surah at-Taghaabun )

bagaimana dapat kita menghadapinya? bukan mudah nak tenangkan fikiran dan jiwa dengan kata-kata bujukan hati.. Allah telah sediakan caranya dengan lengkap, antaranya ayat berikut:-

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah! Dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia." (QS: Ar-Raad: Ayat 28)

kata Sheikh Ahmad Athaillah:-
TIDAK MENINGGALKAN SEDIKIT PUN DARI KEBODOHAN BAGI SESIAPA YANG BERKEHENDAK MENGADAKAN PADA SESUATU MASA SESUATU YANG LAIN DARIPADA APA YANG DIJADIKAN ALLAH S.W.T PADA MASA ITU.


janganlah kita bodohkan diri dengan mengharapkan suatu keadaan lain bila ALLAH telah tentukan satu keadaan buat kita, samada ia baik atau buruk, kerana DIA lah yg lebih mengetahui setiap perkara terbaik buat kita yang sering kita lupa akan hikmahnya kerana hawa nafsu telah menguasai akal fikiran..

Rindu pada Allah..

Melalui hidup yang sebentar di dunia...
Menghadapi ujian yang tidaklah sehebat mana..

Buatkan aku terasa begitu rindu..
Pada sahabat-sahabat Rasulullah seribu tahun dahulu..

Begitu kuat iman mereka..
begitu kental hati mereka..
begitu cekal kehendak mereka..
Setelah cinta Allah disambut oleh mereka..

Subhanallah,
rindunya pada Sang Pencipta..
sanggup mereka korbankan apa saja..
kerana jelas dan terang kefahaman mereka..

................

Ya ALLAH,
sesungguhnya hidup ini sementara..
tapi ujian yang sementara ini benar-benar menguji emosi dan fikiranku..

Tanggungjawab syahadatul haq tidak akan ku lupakan.
Sampai bila-bila.
Demi cinta dan rindu pada Allah..
Biarlah tiada siapa pun yang akan membantu.
kerana bantuan ALLAH itu dekat!

Hadirmu..

Gambar ini diambil semasa umurnya genap 1 bulan
Muhammad Syamil Nazhan...

Hadirmu...
Hanya seketika....
Yang memberi sinar sekejap...
Cahaya yang hadir hanya sementara....
Puas ku mencari-cari...
Namun tak berupaya menahannya...
Kau terus jauh dan menjauh....
Tiada terdaya diriku menggapainya....
Hatiku luka dan pasrah....
Kau menghilang tanpa di duga....
Tanpa di minta olehku....
Mungkin ...
Ada hikmah disebaliknya...
Ketentuan Ilahi tiada siapa dapat menghalang.....
Moga dirimu bahagia di sana...
Ummi pasrah...al-Fatihah... 

Thursday, October 11, 2012

:::Ummi ada beriTa GembiRa:::

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun Muhammad Syamil Nazhan pergi meninggalkan kami sekeluarga... Doa tak putus-putus ummi dan abi sentiasa mengharapkan kita semua akan bertemu kembali di alam sana dalam suasana yg lebih baik... Alhamdulillah, setiap ujian yang diberi pasti ada hikmah di sebaliknya...

Ummi n abi pun dah dikurniakan adik Nazhan, Sufi Amani. Seorang anak yang sangat comel, cerdik, bijak, petah berkata-kata. Ummi n abi mengharapkan Sufi Amani akan jadi anak yang solehah yang taat pada perintah Allah dan berbakti kepada ummi dan abi suatu hari nanti. Mudah-mudahan..amin...

Syukur alhamdulillah, rezeki tak putus-putus. Nazhan akan dapat adik lagi..tahun depan.Ummi mengharapkan tarikh lahirnya sama dengan Nazhan. Apepun, ummi belum jumpa doktor pakar, sama ada ummi boleh bersalin normal ataupun kena operate lagi..huhu..apepun caranya, ummi harap semuanya akan selamat. Ummi dan abi sangat mengharapkan Allah akan kurniakan seorang adik lelaki untuk Nazhan dan Amani..Sekurang-kurangnya kerinduan ummi pada Nazhan tidaklah keterlaluan..Tak bermakna ummi tak akan rindukan Nazhan, rindu pada Nazhan sentiasa, setiap saat..hanya itu yang ummi mampu. Ummi tak mampu lagi memeluk Nazhan, mencium Nazhan sebagaimana ummi lakukan pada Sufi Amani. Ummi hanya mampu membayangkan... Ummi sangat-sangat berharap kali ini ummi dan abi memperoleh seorang lagi anak lelaki. Jika ummi dikurniakan anak lelaki, taklah ummi terlalu risaukan Sufi Amani pabila ummi dan abi tiada lagi di sini.

Ya, Allah, kau makbulkanlah doa-doa kami...Sesungguhnya Engkaulah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Mu ini...amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::