Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Tuesday, November 30, 2010

TePi GuNunG...

Tepi gunung...Air terjun...
Tempat orang memancing...
Tinggal sorang...tukang kebun..
dan anaknya... Syamil Nazhan...

Sungguh comel...
Sopan santun...
Hidung mancung...seludang..
Betis bagai...bunting padi...
tak jemu memandangnya...

Tidur malam...Mimpi-mimpi...
Syamil Nazhan datang..ke rumah..
Kalau dia sudah pergi..
Hati ummi...gelisah...

Bidadari kecil itu tak kan pernah sendirian...

Bidadari kecil itu takkan pernah sendirian...
Kerana ummi telah bekalkannya sepotong kalbu...
Kerana abi telah bekalkannya sehiris restu...
Dan kita telah bekalkannya senaskhah doa sayu...

Bidadari kecil itu takkan pernah sendirian...
Kerana dibawa bersamanya secebis kenangan..
Kerana dipikul bersamanya segulung kekuatan...
Kerana dibimbit bersamanya seikhlas pengorbanan...
Dan dijunjung bersamanya sebuah kerelaan..

Bidadari kecil itu takkan pernah sendirian...
Kerana di sepanjang jalannya diiringi pepari..
Kerana di setiap likunya dihiasi pelangi...
Kerana di dasar lembahnya dilitupi kasturi...
Dan diakhir garisnya ditemukan infiniti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::