Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Monday, December 30, 2013

♡INDAHNYA TAHUN 2013 ♡

Pejam celik pejam celik..tinggal 3 hari je lagi cuti tanpa gaji ummi...start 2 January 2014 ni..bermulalah rutin ummi sebagai isteri..ummi dan wanita bekerjaya...setahun cuti..duduk di rumah..melihat anak2 membesar depan mata...merupakan saat2 paling manis..paling membahagiakan...syukur alhamdulillah. ..terima kasih Allah atas rezeki yg kau berikan..atas nikmat yg kau berikan ini...bukan semua orang dapat peluang macam ini...inilah antara hikmahnya...banyak lagi hikmah2 yg lain...
Pastinya ummi akan merindui sufi amani dan syamil najhan sepanjang di ofis nanti...semoga Allah permudahkan urusan ummi utk berulang alik ke taska utk menyusukan Syamil Najhan...amin....
Segala kenangan manis 2013..pastinya akn sentiasa terpahat di hati ummi..2013 yg memberi sejuta makna dan pengertian dlm keluarga kecil ini....apa yg dihajati selama hampir 4 tahun...telahpun Dia berikan...syukur alhamdulillah. ..
Tiada kata yg dpt diungkapkan betapa rasa bersyukur..rasa gembira...rasa bahagia.. .hanya Dia Maha Mengetahui....
Subhanallah. ..alhamdulillah. ..Allahu Akbar

Friday, November 08, 2013

Moga rindu sampai ke syurga

Moga rindu sampai ke syurga. ..amin....
Sejak kehadiran Syamil Najhan ni...ummi jarang update blog ni....busy menguruskan Najhan n Amani...masing2 memerlukan perhatian dgn cara yg tersendiri....
Pejam celik pejam celik..dah 8 bulan pun usia Najhan...alhamdulillah. ..fully direct feeding...sangat aktif, cerdas, cerdik, bijak dan segala2 yg positif utk najhan...
Terima kasih ya Allah..kurniakan kami insan terpilih ini. ..Kau jadikanlah anak2 kami Sufi Amani dan Syamil Najhan insan2 yg cemerlang yg berjasa pada agama Islam..berkatilah hidup mereka di dunia dan akhirat. .Kau limpahkanlah kepada Syamil Najhan dan Sufi Amani ilmu yg bermanfaat, rezeki yg halal, jodoh yg soleh dan solehah, keturunan yg baik2, teguhkan iman di hati2 mereka yg Allah...Jauhkan mereka dari segala kejahatan dan kemungkaran...Kau peliharalah mereka dgn sebaik2 perlindungan walau di mana mereka berada...amin ya Rabbal 'alamin...

Thursday, October 03, 2013

Syamil Najhan

Alhamdulillah. ..Syamil Najhan kini dah 7 bulan umurnya...berkat doa ummi dan abi...Najhan membesar dgn sihat..cerdas dan cergas...hari ni Najhan berjaya berdiri dengan memegang sofa...setelah beberapa kali mencuba...Tahniah!
Ummi dan abi doakan Syamil Najhan menjadi anak yg soleh yg membahagiakan ummi dan abi...Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup Syamil Najhan sebagai seorang huffaz yg berjaya di dunia dan akhirat...
Ummi janjikan yg terbaik utk kamu dgn susu anugerah Ilahi yg tiada tandingannya..mudah2an pengorbanan ummi mengambil cuti tanpa gaji hingga usiamu setahun diberkati Ilahi...
Terima kasih wahai suamiku Saiful Afzan yg sangat2 menyokong penyusuan susu ibu...Jasamu..pengorbananmu mencari rezeki utk kami bertiga (daku..Sufi Amani & Syamil Najhan) sangat2 dihargai..akanku kenang hingga akhir hayat...Semoga ianya mendapat keberkatan dari-Nya. 
Amin....
Rindu Muhammad Syamil Nazhan. ..Al-Fatihah. ..

Thursday, June 20, 2013

Belajar minum EBM...

ALhamdulillah...hari ni 20.6.2013..genap Syamil Najhan 4 bulan...dah lama rasanya ummi x update blog...dan dah lama juga x ajar Najhan minum EBM dgn botol...alhamdulillah syukur pada Allah...Najhan cepat belajar dan tak mudah lupa walaupun hampur 3 bulan dah ummi x bg Najhan minum susuibu dgn botol...masa dlm pantang Najhan x nak minum EBM dari dlm freezer tu..mmg sedih la ummi kejap...tapi hari ni...ummi seronok sangat...Najhan tak memilih...sampai terlena haaa.... (◇•◇)\/

Thursday, May 30, 2013

Yang dirindui selalu

30 mei 2013

Alhamdulillah masih diberi kesempatan mensykuri nikmat Allah...hari ini genaplah usia perkahwinan kami yg ke5 dan ulangtahun kelahiran sufi amani yg ke3...

Wednesday, February 27, 2013

anugerah terINDAH

benarlah kata orang, kali ketiga operation memang menyakitkan...2 hari menunggu di hospital adalah saat-saat yang amat mendebarkan, mana tidaknya menanti untuk dibedah hidup-hidup..pengalaman yang ada mungkin tidak sama dengan pengalaman kali ini...18.2.2013 ummi terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendengar nasihat-nasihat dari doktor-doktor di Hospital taiping ni...mana taknya, ramai doktor tidak bersetuju dengan keputusan ummi kerana tak mahu buat BTL (ikat rahim secara kekal). Hampir 3 hingga 4 orang doktor dah kaunseling ummi dan abi, keputusan kami tetap 'tak nak BTL'. Hinggalah keesokan harinya 19.2.2013, specialist datang bertemu ummi menyatakan benda yang sama, bahaya jika tak buat BTL. namun apakan daya doktor-doktor di situ, keputusan tetap di tangan ummi dan abi...segala risiko akan ummi tanggung semuanya...masih ada banyak cara untuk tidak pregnant lagi..

20.2.2013 tarikh yang dinantikan..semalamnya ummi kena puasa bermula jam 2.00 pagi..klo ikut jadual ummi adalah orang yang keempat yang akan dibedah..tapi apakan daya banyak pulak kes-kes kecemasan..entah ummi orang yang keberapa,akhirnya pada jam 4.00 petang nama ummi dipanggil ke bilik OT...ummi pun salin baju yang nurse bagi..setelah diberi bermacam-macam ubat dan suntikan, ummi diusung ke bilik OT..di sana ingatkan ummi akan terus dibedah, rupanya ada lagi patient yang belum keluar..hampir sejam ummi menunggu di sana...dalam jam 5.00 petang ummi diusung masuk..segala peralatan bedah telah disediakan..ummi diberi suntikan bius. malang sungguh doktor2 praktikal di situ masih belum mahir,hampir 7 kali suntikan tidak berjaya, sakitnya Allah sahaja yang tahu...kali kelapan baru berjaya..bermulalah sesi pembedahan...semasa sesi luka lama dibuka semula tu, tak lah berapa sakit, yang paling sakit saat anak ummi dikeluarkan, doktor tu tekan perut ummi hampir putus nyawa ummi...mesin pernafasan pun dah tak leh nak wat bacaan...dah nyawa-nyawa ikan...mujur Allah masih memberi kesempatan pada ummi untuk terus hidup, dalam kesakitan keluarkan baby, kesakitan untuk dijahit semula tuuu amatlah perit...ummi terpaksa menahan kesakitan itu dengan nafas yang tercungap-cungap, akhirnya doktor berjaya melepasi semua itu..ummi dan baby pun selamat...hampir 15 minit jahitan dibuka dan baby dikeluarkan, manakala untuk menjahit semula jahitan mengambil masa 30 minit...
staff nurse tunjuk pada ummi, alhamdulillah yang tak terhingga, ummi dan abi dapat baby boy..nurse bagi ummi cium syamil najhan...sungguh ummi syukur yang amat-amat sangat hingga mengalir air mata ummi saat itu...impian yang selama ini dimaklbulkan Allah..terima kasih Allah!

Itulah Syamil Najhan..pengganti Muhammad Syamil Nazhan..wajahnya sangat-sangat mirip wajah abangnya..beratnya 2.66kg..sama berat dengan abangnya...panjangnya 48cm...alhamdulillah Syamil Najhan dilahirkan sihat sempurna...ummi akan teruskan misi ummi untuk menyusukan Najhan sehingga 2 tahun sama seperti Sufi Amani...cuti tanpa gaji selama 3 bulan juga akan ummi ambil untuk penyusuan secara eksklusif...sama seperti yang ummi buat semasa menyusukan Sufi Amani..ummi tak nak ada perbezaan untuk itu, ummi nak kesemua anak ummi mendapat khasiat dari susu ibu sepenuhnya..biarlah apa orang nak kata, yang penting ummi berasa puas hati dengan apa yang ummi buat...semuanya bagi menebus segala apa yang ummi tak dapat buat pada Muhammad Syamil Nazhan...i miss u so much....


MUHAMMAD SYAMIL NAZHAN
SUFI AMANI
SYAMIL NAJHAN

"malam sebelum kelahiran syamil najhan,telah mendapat satu mimpi,di sebuah rumah yang penuh dengan anak-anak kecil,kemudian datang seorang wanita yang sama seperti mimpi terdahulu,memberikanku kembali muhammad syamil nazhan untuk dibawa pulang...dengan hati yang gembira kami menerima kehadiran nazhan kembali...syukur alhamdulillah Kau kembalikan semula anak lelaki kami.wajahnya serupa,lahir di hari yang sama,berat yang sama,mudah-mudahan Najhan menjadi anak yang soleh yang menggembirakan hati ummi dan abi..permata hati kami>>Muhammad Syamil Nazhan, Sufi Amani & Syamil Najhan<<"


Tuesday, February 12, 2013

Saat Menanti Kelahiran Bab IV

Assalamualaikum semua..alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk hidup dan menikmati serta mensyukuri segala nikmat-NYA...Alhamdulillah, telah diberi kekuatan oleh-NYA..Mudah-mudahan apa yang dipilih itulah yang datang dari-NYA...

Kami dah pun decide semula, tak jadi nak ikat..Encik Hubby telah bertukar fikiran sejak balik kampung ni...I pun sebenarnya berbelah bahagi untuk ikat ni...Macam-macam yang difikirkan...Apalah salahnya jika tak ikat pun..Rasanya lebih baik kottt...Harap-harap macam tu lah....

14 Feb 2013 ni nak kene jumpa doktor tu lagi untuk beri keputusan yang muktamad...Sedihnya, encik hubby tiada di sisi...Terpaksalah diri ini mendengar ceramah dari doktor tu nanti...Yelah, bila patient tak nak dengar cakap doktor, semestinya kena dengar leterannye kannn...Gasaklah...yang nak dibedah diriku...bukan dia..yang nak merasa sengsara, adalah diriku jua...apa yang kuharapkan, bakal doktor yang nak bedah tu nanti mestilah menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh hati-hati dan teliti, agar diriku tidak dicederakan...huhuhu...Ya, Allah kumohon pada-Mu agar semuanya berjalan dengan lancar...berilah daku doktor yang benar-benar berpengalaman, bertanggungjawab dan teliti dalam menjalankan tugasnya...Kumohon Kau selamatkanlah anakku dan diriku...amin...


Friday, February 08, 2013

Saat Menanti Kelahiran Bab III

Assalamualaikum NAzhan....semalam Nazhan dapat kawan baru ye...Namanya Adam Syukri...Dia pergi kerana menghidapi penyakit kancer sayang...pagi tadi ummi tengok kisahnya di MHI TV3, x henti-henti ummi menangis sepanjang slot tu...Bukan ape, ummi teringat saat-saat mamandikan, mengkafankan dan mensolatkan Nazhan di Masjid Putra 7 Julai 2009 yang lalu...Nazhan, ummi rindu yang amat sangat kat Nazhan....

Untuk pengetahuan Nazhan, ummi bakal dibedah kali ke-3 untuk lahirkan adik Nazhan yang baru ni...8 Februari 2013 yang lepas ummi pergi berjumpa dengan doktor Hospital Taiping, doktor tu nasihatkan ummi supaya ummi ikat selepas lahirkan adik baru nanti..Doktor ada alasan kukuh, rahim ummi nipis...ummi tahu itu, doktor yang bedah ummi semasa ummi lahirkan Sufi Amani dah cakap dulu. Ummi ingatkan ianya tak serius..Rupanya ia memberi kesan yang sangat serius. Jika ummi pegnen kali ke4, risikonya amat2 tinggi yang boleh membahayakan diri ummi dan baby yang ke4 nanti...

Ummi dan abi mohon pada doktor agar beri kami masa untuk fikir dan doktor set appointnment 14 Februari 2013 ni datang jumpa dia balik..Ummi dan abi ambil peluang tu untuk bertanya kepada mereka yang berpengalaman dan mencari sedikit sebanyak ilmu tentang hal ini..di samping solat istikharah..Mohon Allah beri petunjuk agar ummi n abi tak buat keputusan yang salah..setelah cari dan mencari, hati berat menyatakan kesihatan ummi pada masa akan datang adalah lebih penting. Kalau apa2 jadi pada ummi kemudian hari, siapalah yang nak menjaga dan mendidik Sufi Amani dan adik baru ni...Abi pun menyuarakan pendapat dia, supaya ummi ikat, dengar nasihat doktor. Bila abi dah cakap macam tu, hati ummi rasa tak berbelah bahagi lagi. Sememangnya ummi sebolehnya taknak ikat. Tapi bila difikir-fikir, tentang abi, Sufi Amani dan adik baru ni, ummi kena berkorban demi kebahagiaan mereka semua. Kalau ummi sakit kemudian hari nanti, tak siapa tahu kann..(yelah,ajal maut di tangan Allah, ummi hanya mampu merancang). Apa yang ummi mampu saat ini, hanyalah berusaha, berdoa dan tawakkal..Ummi harap tiada penyelasalan dengan keputusan ini di kemudian hari..Opah juga nasihatkan ummi supaya ikat. Mungkin kata hati ummi, ummi merasakan ummi mampu untuk dapatkan anak ke4, tapi hanya doktor yang tahu kemampuan badan ummi. Mereka ada rekod bedah ummi yang lepas. Mereka tahu apa yang terbaik untuk ummi. Allah maha mengetahui, setiap apa yang dirancangkan untuk famili kita...

saat ini, ummi hanya perlu berehat untuk kuatkan mental dan fizikal ummi bagi menghadapi pembedahan yang ke3 nanti 20 Februari 2013...Tarikh yang amat-amat ummi harapkan..Tarikh kelahiran Muhammad Syamil Nazhan...Ummi berharap apa yang doktor scan selama ini, adalah tepat. Semoga baby yang bakal lahir nanti adalah baby boy...Ya, Allah..Kau makbulkanlah doa-doaku selama ini...

Andai ini yang telah ditakdirkan untuk keluarga kita, ummi berharap abi redha dan pasrah..PAsti ada hikmah disebalik semua ini..Walaupun keluarga kita tidak besar, ingatlah..hakikatnya kita bukan ada 2 anak...kita ada TIGA anak..Walau orang lain tidak tahu, keluarga terdekat tahu, sahabat-sahabat terdekat tahu dan DIA yang lebih-lebih tahu... Anggaplah semua ini tanda kasih sayang DIA kepada kita semua...

Walau hati ini sedih..tapi apakan dayaku...cumalah manusia biasa..hamba-Nya yang dhaif...yang tidak mengharapkan apa-apa melainkan redha-NYA dan kasih-sayang-NYa..Ya, Allah, Kau kuatkanlah iman kami, Kau redhalah hati-hati kami, Kau bahagiakanlah kami di dunia dan di akhirat..Kau jadikanlah kedua nak kami ini anak yang sentiasa taat kepada-Mu, anak yang berjasa kepada kedua ibu bapa dan agama..amin....


Wednesday, February 06, 2013

CoReTaNku...

Assalamualaikum anak ummi Sufi Amani...maafkan ummi andai sejak akhir-akhir ini ummi selalu je marah2 Sufi Amani..Ummi sedang kusut sangat sekarang ni..kusut untuk membuat keputusan..Ummi tahu ummi salah untuk marahkan anak ummi yang tak tahu apa-apa..Ummi tak sengaja...Ummi sayang sangat-sangat anak-anak Ummi...


Andaikata ummi tiada lagi..Sufi Amani jagalah diri baik-baik...Jadilah anak yang solehah, anak yg menghafaz Al-Quran, anak yang sentiasa taat pada perintah Allah, jangan tinggal solat, jauhkan perkara-perkara maksiat...Selalulah doakan kesejahteraan ummi...doamu amat-amat ummi perlukan di alam sana...

Kepada abi, jadilah abi yang baik kepada Sufi Amani dan baby baru ini. Jagalah mereka dengan penuh kasih sayang, berikan mereka didikan agama yang sempurna sebagaimana yg ummi impikan..Hantarlah mereka ke sekolah tahfiz yang ada juga pelajaran akademik. Biar mereka dapat keduanya..Abi lebih arif tentang itu.. Maafkan ummi andai ada banyak salah dan silap..Halalkan segala-galanya...Selalulah doakan kesejahteraan ummi di sana..Doakan ummi dapat bertemu dengan Nazhan semula...Doakan kita semua akan bertemu semula di Sana...

Ya, Allah...panjangkanlah umurku, selamatkanlah daku dan anakku semasa operation nanti. Masih terlalu banyak dosaku pada-Mu..Ampunilah segala dosa-dosaku...Aku pasrah dan redha dengan setiap ujian-Mu..Kutahu, dikau amat menyayangi diri ini. Tak putus-putus ujian yang Kau berikan. Itu semua tanda kasih sayang-Mu pada kami, supaya kami tak mudah alpa....

Ya, Allah, panjangkanlah umurku Ya, Allah, supaya daku dapat mendidik dan membesarkan amanah-Mu dengan sebaik-baiknya...Andai itu takdir-Mu, anak kami hanya Kau kurniakan dua, aku redha Ya, Allah. tapi kumohon agar kedua anak ku ini menjadi insan yang soleh dan solehah yang sentiasa taat pada perintah-Mu, Ya Allah...Terangkanlah hati-hati mereka agar mudah mempelajari setiap ajaranmu, agar mudah menghafaz setiap bait-bait ayat dalam Kitab-Mu..Itulah harapanku...Itulah Cita-citaku...Jauhkanlah anak-anakku dari perkara-perkara maksiat Ya, Allah...Murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah umur mereka dan peliharalah mereka serta lindungilah mereka dari segala bahaya...

Amin..amin...Ya rabbal alamin....

Tuesday, February 05, 2013

Saat Menanti Kelahiran Bab II

sambungan entry yang lepas Saat Menanti Kelahiran...

Semalam 4 Feb 2013, appointment di Hospital Taiping, kesnya sebab nak booking tarikh operation...kenalah jumpa doktor...Memanglah luluh rasa hati ni bila doktor tak sarankan ummi preggy kali ke-4. Cukup sampai tiga kali czer je..Mengikut rekod operation ummi yang lepas (rekod kelahiran Sufi Amani),  rahim ummi nipis...

Andai itu takdirnya...andai telah ditakdirkan anak ummi hanya 3-1 = 2 je...ummi pasrah, ummi terima dengan redha...Abi pun tak kesah andai czer kali ni ummi kena ikat...Ummi harapkan abi juga pasrah dan redha dengan segala ketentuan ini..Pasti ada hikmah disebalik semua ini...Memang berat ujian kesabaran yang berpanjangan ini, namun apakan daya, kita ini hanya hamba-Nya...

Ku pasrah.....

Tuesday, January 22, 2013

Saat Menanti Kelahiran

Hari ni 22 Januari 2013...Semalam appointment di Hospital Putrajaya...kata doktor, ummi kena bersalin awal...maybe 38 minggu dah kena bersalin...area 15 Februari 2013...selamba ummi minta dekat doktor nak tarikh 20 Februari....(tarikh kelahiran Muhammad Syamil Nazhan)..Doktor kata, bergantung dengan keputusan doktor di Hospital Taiping. Ummi nak bersalin di Taiping...Tempat kelahiran Sufi Amani...ummi memang dah serik bersalin area-area sini...tak kira lah di Hospital Serdang ker...Hospital Putrajaya ke...apatah lagi Hospital Kajang...semuanya pengalaman ngeri buat ummi...Biarlah di Hospital Taiping, harap-harap ianya berjalan dengan baik dan sempurna seperti mana ummi lahirkan Sufi Amani....amin...Doktor pun buat surat untuk ummi booking Hospital Taiping...Kena apply cuti lah jawabnye...

Tak sabar pula rasanya menantikan kelahiran anak ummi ni...Semakin hampir semakin rasa teruja...Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan Ilahi...Ummi mengharapkan seraut wajah yang 100% seiras dengan Muhammad Syamil Nazhan...huhuhu...Ya, Allah...kabulkanlah doaku ini, moga terubat segala kerinduanku pada si dia....Hanya Engkau yang maha mengetahui apa yang daku rasai....ameen....

Monday, January 07, 2013

^^SaaT TeRiNdAH^^

Saat yang paling indah pabila Sufi Amani yang kini genap 2 tahun 8 bulan datang kepadaku dan memelukku sambil mengatakan..."Ummi, saaaaayaaang ummi"...Sayunye hati.....

Friday, January 04, 2013

[ Bila hati Berbicara ]

Nazhan...

Kamu TAHU satu-satunya ALASAN mengapa Allah memisahkan kita?
~♥> Karena kita terlalu DEKAT, melampaui yang seharusnya .

Kamu tahu alasan mengapa Allah mencipta JARAK antara kita?
~♥> Karena Allah ingin kita saling MENDOAKAN , dalam jauhnya pandangan sekalipun .
...
Kamu tahu alasan adanya kelopak pada mata?
~♥> Untuk membiarkannya terpejam , BERISTIRAHAT dari memandangmu dalam NYATA 

Miss U....al-Fatihah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::