Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Thursday, February 24, 2011

Tips melahirkan suami yang menyokong penyusuan susuibu.

Apa jua yang kita lakukan untuk menjayakan sesuatu memang memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Mengambil iktibar dari sirah Rasullah s.a.w bagaimana dan betapa sabarnya Rasullah s.a.w menyebarkan agama Islam selama hayatnya.

Ibu memang suka part yang berkaitan dengan penyusuan susuibu kerana satu kepuasan bagi ibu menjayakan sepenuhnya susuibu. Syukur alhamdulillah makin ramai ibu-ibu yang menyedari kebaikan susuibu. Bagi yang belum terbuka hati untuk melahirkan anak seterusnya menyusukan anak dengan susuibu, hanya DOA yang ibu mampu kirimkan setiap hari semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayah kepada golongan ini seperti mana yang telah ALLAH berikan kepada semua wanita yang bergelar isteri dan ibu kepada si manja yang disusukan dengan susuibu.

Memang tidak dinafikan setiap orang punyai cabaran menyusu yang berlainan dan percayalah ALLAH berikan mengikut kemampuan kita sebenarnya. Antara cabaran dalam menjayakan penyusuan adalah sokongan dari suami. Terdapat segelintir golongan suami yang memang tidak menyokong si isteri memberikan susuibu pada anaknya atas banyak alasan. Namun bak kata orang tua, sebelum menuding jari kesalahan orang lain, mari kita sama-sama muhasabah diri dimana kesilapan kita.

Bersandarkan entry ibu sebelum ini maka ingin ibu kongsikan beberapa TIPS untuk melahirkan seorang suami yang menyokong si isteri menjayakan penyusuan susuibu buat anaknya.

1.Berkongsi kebaikan susuibu bersama suami.
Apabila anda mempunyai niat untuk menyusukan bayi anda, kerapkan berkongsi info kebaikan susuibu dengan suami anda. Maklumkan kepada suami betapa pentingnya pengaliran susuibu membentuk hati si manja agar menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Susuibu juga membantu meningkatkan sistem imun kepada si kecil. Maklumkan juga kepada suami bahawa dengan menjayakan penyusuan secara ekslusif selama 6 bulan pertama sahaja sudah membantu anda menjadi cantik dan punyai bentuk badan asal seperti sebelum mengandung. Ajak suami menghadiri kursus yang berkaitan dengan penyusuan dan banyakkan membeli buku-buku yang berkaitan keibubapaan, penyusuan kerana dengan membaca sendiri akan membantu suami memahami kebaikan dan kepentingan susuibu buat si kecil nanti.

2. Jadilah isteri yang kuat semangat dan energetic.
Elakkan dari merungut keletihan dalam kehidupan seharian. Para suami sebenarnya tidak suka mendengar rungutan dan rengekan yang memeningkan kepala mereka. Lelaki sangat suka wanita yang berdikari dan membuktikan diri mereka super dalam banyak aspek kehidupan. Mak saya selalu bercerita, suami sangat suka jika isteri pandai menguruskan semua urusan rumah dan jika mahu meminta pertolongan dalam membantu urusan rumahtangga bagi yang bekerjaya, minta tolonglah dengan penuh kasih sayang dan hormat dan bukan dengan cara mengherdik atau meninggikan suara. Jika berkemampuan, dapatkan supplement supaya badan kita mendapat cukup zat dan khasiat serta membantu kita kekal aktif. Cuba elakkan menangis berkaitan dengan penyusuan. Adakala suami lebih suka anaknya diberi susu formula kerana tidak suka melihat isterinya menangis kerana susu tersumbat, susu merundum dan sebagainya. Maka si ibu kena kuat semangat dan sentiasa bertenaga membantu suami yakin isterinya boleh menjayakan penyusuan.

3. Berikan layanan terbaik buat suami.
Tidak dinafikan, ibu yang menyusukan anaknya mempunyai masalah kedinginan dan ada juga yang mempunyai masalah ini dengan sangat serius. Ini berlaku lanjutan daripada masalah hormon prolaktin yang lebih tinggi dari progestrone. Namun isteri tidak boleh mengabaikan hak suami. Pernah saya ajukan soalan ini kepada kaunselor peribadi kami, dan beliau menyatakan bahawa punca suami tidak menyokong penyusuan kerana keperluan "bersama" itu tidak diatasi dengan baik. Isteri mengadu tidak punyai mood "bersama" dan isteri mudah lena apabila menyusukan anaknya. Untuk mengatasi masalah ini, para isteri disarankan mengambil supplement yang boleh membantu masalah kedinginan ini iaitu dengan vitamin E serta Alfalfa. Apabila keperluannya dipenuhi, insyaALLAH akan melahirkan suami yang memahami dalam urusan rumahtangga dan hubungan kasih sayang suami isteri lebih terjaga. Apabila seorang isteri itu dekat dengan pencipta, insyaALLAH kita tidak akan memandang remeh tentang masalah keintiman dalam rumahtangga.


4. Jaga penampilan diri
Semua lelaki sangat suka melihat wanita yang cantik dan pandai bergaya. Pastikan dalam menjayakan penyusuan, si ibu menjaga amalan pemakanan seharian, tidur yang mencukupi agar tidak merosakkan kecantikan wajah dan diri yang sedia ada. Tidak dinafikan jika amalan pemakanan tidak dititikberatkan si ibu yang menyusukan anaknya boleh kelihatan murung, nampak kulit yang kusam, rambut yang mudah gugur dan banyak lagi. Amalkan memakan buah setiap hari dalam menu atau dapatkan makanan tambahan yang membantu kita nampak muda seperti vitamin C dan E, memakai wangi-wangian di rumah bukan sekadar bila jalan keluar. Ibu yang menyusu tetapi tidak menjaga penampilan diri boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Elakkan makanan yang boleh menghasilkan bau badan yang kurang enak seperti halba (jika anda melalui situasi ini) kerana ia boleh menghasilkan bau badan yang tidak menyenangkan kepada isteri dan bayi yang disusukan.
Elakkan memakai baju yang lusuh beserta kain batik yang tidak nampak cantik supaya suami hanya tertarik dengan isterinya sahaja walau beribu wanita cantik yang ditemuinya seharian. Pakailah pakaian yang menarik mata dan perhatian suami namun jika hidup serumah dengan mertua, pakailah yang bersopan agar tidak menyebabkan fitnah dan zina mata dengan ahli keluarga yang bukan muhrim.

5. Pandai bahagikan masa untuk suami bermanja.
Bermanja di sini bukanlah semestinya melakukan hubungan intim, namun ia lebih kepada masa kualiti untuk bersembang dan mengenal hati budi masing-masing. Elakkan mencari alasan, bayi mengempeng sehingga tiada masa untuk bermanja bersama suami. Suami adalah ibarat anak kecil yang perlukan perhatian dan belaian kasih sayang. Usahakan sesuatu agar anak tidak mengempeng atau melekat setiap malam. Mak saya kata, kalau kita ada usaha pasti ALLAH bukakan jalan. Si ibu boleh cuba amalkan pemakanan berkhasiat yang kaya dengan protien dan zat vitamin selepas makan malam, agar apabila menyusukan anak, anak mudah kenyang dan tidur dengan lena.


6. Masakkan makanan kegemarannya.
Adakah anda biasa dengar, untuk menjaga kesejahteraan rumah tangga, amalkan menjaga 3 perkara ini untuk suami ....memenuhi 1) keperluan untuk bersama, 2) menjaga makanannya dan 3)menjaga tidurnya. Bagi si surirumah: belajarlah cara2 memasak dengan cepat terutama waktu si kecil tidur. Jika perlu bangkit awal, bangkitlah awal agar dapat menguruskan masa memasak tanpa gangguan. Belajarlah resepi2 yang ringkas tetapi sedap apabila dinikmati. Bagi ibu dan isteri yang bekerjaya kita bekerja atas redha suami maka apa pun yang kita buat perlulah win-win situation. Jika tak larat nak masak, keluarkan sedikit belanja dari gaji untuk membeli makanan. Jika suami kata membazir, katakan padanya sementara sahaja memadangkan hari itu tak larat nak masak. Namun jangan pula minta suami yang keluarkan belanja makan pasti mengamuk sakanlah si suami tadi kerana mengharapkan isteri bekerja membantunya tetapi sebaliknya yang berlaku.


7. Banyakkan berdoa.
Berusaha, berdoa dan bertawakal. Minta dan banyaklah berdoa kepada ALLAH agar mengurniakan suami yang memahami dan bertanggungjawab serta memberi sokongan dalam menjayakan penyusuan. Segala yang saya nyatakan di atas adalah sebahagian usaha untuk melahirkan suami yang menyokong penyusuan. Namun tidak boleh kita lupa taufik hidayah itu datangnya dari ALLAH jua. Semoga atas niat baik kita menyusukan anak tadi ALLAH memberi kelapangan urusan terutama yang melibatkan suami. InsyaALLAH.



Mungkin ada sesetengah suami suka menzahirkan rasa bangganya apabila si isteri menyusukan anaknya. Namun bukan semua suami begitu sebab mulut lelaki dihatinya tetapi hati wanita dimulutnya. Lelaki lebih suka menzahirkan perasaannya melalui perbuatannya maka sebagai isteri kita perlu tahu gaya lenggok suami kita dalam apa jua urusan kehidupan dan rumahtangga.
Akhir kata, saya suka ingin berkongsi pendapat emak saya....katanya dalam rumahtangga, isteri itu ibarat rel keretapi manakala suami adalah keretapi. Hakikatnya isteri yang membentuk keperibadian seorang suami. Maka layanlah suami sebaik mungkin dan letakkan hak suami di tempat yang betul dan utama untuk bahagia dunia dan akhirat.

Sekian, sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH dan kekurangan itu adalah dari saya sendiri. Wassalam.

Wednesday, February 23, 2011

20 PERKARA YANG PERLU TAHU TENTANG PENYUSUAN

  1. Penyusuan pertama seelok2nya dilakukan secepat mungkin slps bayi dilahirkan,utk meransang penghasilan dan pengeluaran
  2. Sebelum menyusukan bayi,ibu haruslah melembutkan payudara dgn meletakkan tuala hangat pada payu dara
  3. Susu badan mengandungi 87.5 peratus  air.Oleh itu,bykkan minum air sekurangnya enam hingga l...apan gelas sehari.
  4. Semakin kerap ibu menyuskan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.
  5. Ibu yg menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar
  6. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan mkn apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya.Ibu harus mengawal  mengambilan kafein, gula krn ia mudah meresap dlm tubuh
  7. Ibu2 digalakkan kerap menyusukan anak waktu mlm kerana tahap prolaktin tinggi
  8. Ibu hendaklah berhati hati semasa mencuci payudara.Elakkan drpd menyapu sabun pd bghn aerola dan puting
  9. Mencuci payudara dgn air suam adalah terbaik
  10. Payudara yg penuh dan tidak  diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa
  11. Bayi yg minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit krn susu ibu mengandungi antibody yg berupaya  melawan penyakit
  12. Vitamin A,B kompleks,C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi
  13. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula
  14. Menyusukan bayi dgn susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat
  15. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
  16. Hormon oxytocin yg terkandung dlm susu ibu membantu mengecutkan rahim
  17. 80 peratus sel  dlm susu  ibu terdiri drpd 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi utk membunuh bakteria,fungus dan virus
  18. Menyusukan bayi dgn susu ibu  mengurangkan risiko obesiti di kalangan kanak kanak
  19. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak,karbohidrat,dan protein yg tepat utk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka 
  20. Ibu yg menyusu  tidak boleh mengambil ubat-ubatan  tanpa nasihat doktor 

Monday, February 21, 2011

JOM KENALI Ads4bucks

Ads4bucks Networking Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan penjualan produk portal pengiklanan iaitu:
ADS4BUCKS ialah ringkasan kepada perkataan Advertisement for Bucks/Money”. Ads4bucks merupakan gabungan:
PORTAL IKLAN + LAMAN WEB SOSIAL + PROGRAM AFILIAT.
  • PORTAL IKLAN; menyediakan platform pengiklanan percuma.  Sesiapa sahaja boleh mengiklankan apa jua produk, servis dan informasi tanpa batasan sempadan (selagi tidak menyalahi undang-undang Negara, Moral dan Agama). Ianya sangat membantu para usahawan mengembangkan perniagaan masing-masing secara online di persada dunia, 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.
  • LAMAN WEB SOSIAL; Ads4bucks; mempunyai fungsi yang sama sebagaimana Facebook membolehkan anda berhubung dengan rakan-rakan anda secara maya. Ia disertai dengan radio streaming  Funker.fm
  • PROGRAM AFILIAT; menyediakan peluang kepada sesiapa yang berminat menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa sebagai ejen pengiklanan Ads4bucks.

BUKAN Multi Level Marketing (MLM),

BUKAN Direct Selling,

BUKAN Skim Piramid,

BUKAN Skim Cepat Kaya

Ads4bucks secara konsepnya menggabungkan elemen : INTERNETTELECOMMUNICATION + NETWORKING

Gabungan ketiga-tiga elemen di atas membolehkan Ads4bucks menjadi portal/laman web yang terkemuka setanding dengan portal lain di dunia. Ianya mengambil peluang di dalam arus perdana revolusi e-dagang yang baru sahaja bermula.

OBJEKTIF ADS4BUCKS

Memastikan portal ini popular dan mendapat ‘ HIT’  yang tinggi seterusnya mewujudkan sebuah komuniti perniagaan yang berjaya.

PERANCANGAN & SASARAN

  • Rangkaian I Bucks Cafe
  • Rangkaian Travel Agensi
  • Rangkaian Bas Express
  • Rangkaian Hypermall
  • Rangkaian E-Mall
  • Rangkaian Program Merchant

PROFIL SYARIKAT

Network Marketing @ e-Commerce merupakan sebuah perniagaan yang berlandaskan Internet dan Networking yang mana telah terbukti berjaya melahirkan  sangat ra­mai jutawan di dunia ini… Orang Malaysia pun ada, Irfan Khairi jadi jutawan hanya dengan menjual peta Malaysia sahaja. Mudah bukan? Inilah apa yang diba­wa oleh Program Afiliat ADS4BUCKS.











Program Afiliat ADS4BUCKS ini merupakan cetusan idea dari seorang Networker yang berhasrat untuk melahirkan ramai orang yang berjaya. la diasaskan oleh En. Ameer Noraizeedin bin A.Wahab. Di bawah pengurusan Ads4bucks Network Sdn Bhd (863787-X) dan beribu pejabat di Ampang (berhampiran TESCO Ampang), program ini telah mula berkembang pesat dan telah mempunyai ibu peja­bat di Jakarta, Indonesia.












ADS4BUCKS diasaskan agar dapat memberi kemudahan untuk mengiklankan produk dan juga perkhidmatan secara PERCUMA. Tujuannya adalah untuk menjadikan portal ini sebagai sebuah portal pengiklanan yang paling popular di dunia sehebat Yahoo.com, Google.com, Amazon.com, E-Bay.com. Paling tidak pun, sehebat Lelong.com atau Mudah.my agar pelanggan benar-be­nar dapat menjual produk-produk dan perkhidmatan mereka dengan efektif.
Bagi merealisasikan hasrat ADS4BUCKS ini ADS4BUCKS telah me­nyediakan pelbagai produk online yang sangat-sangat berguna dan penggunaan kaedah ‘Word of Mouth’ yang banyak diamalkan dalam dunia perniagaan dari dulu sehingga sekarang.
Sebagai sebuah syarikat berdaftar yang menjalankan perniagaan berasaskan portal internet turut mendapat lesen sah daripada Suruhannjaya Komunikasi dan Multimedia mengikut akta 1998 (CMA) pada 7 Januari 2010.



















Thursday, February 10, 2011

PETUA MELAHIRKAN ANAK2 YANG HEBAT MELALUI TEKNIK MENYUSU YANG HEBAT....

 Alhamdulillah....selesai sudah 2 hari berkampung di JPM...baru selesai Kursus Induksi Khusus..baru nak berkursus...ape nak buat....macam biasalah...mula2 masuk ofis, mesti check email dulu....saja nak berkongsi email yang baru dapat hari nie...orang yang hantar email ni gitau mak dia tengok rancangan kat tv 9 tu..alaaa rancangan Tanyalah Ustaz tuuu...dalam rancangan tu...ustaz tu cite tentang sorang mother nie dia hantar ank dia hafal Quran, amazingly budak tu hafal within 1 month je..Ustaz pun pelik tak pernah dia jumpa budak sehebat tu. Ustaz tanya how mother tu didik ank dia….


Puas lar mother tu pikir..pikir punya pikir..akhirnya dpt jawapan..best giler jawapan dia..
“Setiap kali sebelum breastfeed saya mesti amik wuduk”…..  subhanallah hebatnya…
so kawan2 bukan susu ibu sahaja yg hebat, tapi teknik menyusu tu pun mampu mempengaruhi jiwa dan sahsiah ank2…
 best dapat cerita ni..jd satu muhasabah yg baik dlm diri.. cukup hebat ke aku utk melahirkan ank yg hebat…


utk Sufi Amani, doakan ummi jd hebat utk didik Amani menjadi hebat..perjuangan kita dlm penyusuan susu ibu perlu diteruskan..ayuh baby ummi..kita berusaha!!!!

Bakal menjadi seorang hafizah yang solehah suatu hari nanti...ummi n abi sentiasa doakan yang terbaik untuk Sufi Amani



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::