Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Thursday, October 07, 2010

PENGORBANANKU UNTUK SUFI AMANI BINTI SAIFUL AFZAN

KETIKA mendapat anak pertama, saya akui tidak begitu arif tentang penyususan susuibu...namun begitu, saya cuba sedaya upaya memberi yg terbaik untuknya. tidak terlintas langsung di fikiran untuk memberinya susu selain susu ibu..namun apakan daya..saya hanya mampu menyusukannya selama 4 bulan sahaja...dia telah pergi utk selamanya...al-Fatihah...
Buat para ibu, semua kemahuan adalah perkara yg paling utama,anda perlu mahu memberi susuibu dan JANGAN sesekali mengatakan TIDAK CUKUP SUSU! Anak manusia seharusnya diberi minum susu manusia. Adalah hak setiap bayi menikmati susu ibunya sendiri. saya percaya anak yg diberi susuibu jauh lebih rapat dgn ibunya, hubungan penuh kasih dan suci ini TIDAK dapat anda rasai jika anda tidak menyusu. hubungan ini begitu istimewa dan tak dapat dijual beli, 2 bulan memanglah tak memadai!! terbukti anak yg diberi susu ibu jauh lebih bijak dan lebih sihat, lebih gembira dan ceria serta lebih berkeyakinan! Siapalah kita utk menidakkan hak ini?? Darah daging yg dibentuk di dlm badan anak anda adalah dari anda sendiri bukan dari haiwan ataupun bahan tiruan.
Anda bekerja? Saya juga bekerja, ramai lagi ibu2 di luar sana juga begitu! Ada pelbagai cara untuk kita meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan pertama bayi..ada yg menggunakan teknik perahan,dgn menyimpan seberapa banyak stok susu untuk bayi mereka. Tetapi pada saya, pengalaman yg dulu amat cukup memberi pengajaran dan pelajaran. tidak mahu lagi saya memberi susu perahan kepada pengasuh kemudian bayi akan minum menggunakan botol susu. puting susu tiruan akan membuatkan bayi anda keliru!!saya juga risau akan sikap pengasuh yg kebanyakannya sambil lewa dalam memberi susu perahan kepada bayi...pengalaman dulu membuat saya tidak berapa yakin lagi untuk mengulangi perkara yg sama.
Untuk itu..saya membuat keputusan untuk meneruskan penyususan susuibu utk Sufi Amani secara direct..ia lebih selamat.walaupun terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama 3 bulan selepas cuti bersalin,saya berasa berbaloi!walaubagaimanapun,setelah mengambil cuti tersebut,saya dapati 3 bulan tidak mencukupi untuk meneruskan penyusuan.saya perlu menyambung cuti tersebut selama lebih kurang 2 bulan lagi. sehingga Disember 2010 ini, genaplah Sufi Amani 7 bulan, dan pada ketika itu barulah saya berasa yakin utk membenarkan pengasuh menjaga dia.kepada mereka yg menganggap CUTI TANPA GAJI adalah sekadar untuk suka2 dan untuk melepaskan tanggungjawab di pejabat...ANDA SEMUA SILAP!!CUTI yg saya ambil ini adalah 1 PENGORBANAN yg tak ternilai saya hadiahkan utk Sufi Amani bagi meneruskan penyusuannya...mereka yg tidak senasib dgn saya tidak akan mengerti apa yg saya rasai!!
kepada para ibu dan bakal ibu di luar sana, percayalah..bahawa setiap cabaran yg dihadapi pasti ada penyelesaiaanya sekiranya kita mendapat SOKONGAN.JANGAN BERPUTUS ASA DAN JANGAN SESEKALI MENDENGAR KATA2 NEGATIF YG MAMPU MELEMAHKAN SEMANGAT ANDA.DAPATKAN SOKONGAN DARI MEREKA YANG POSITIF!! susuibu tidak ternilai harganya dan saya berharap anda semua dapat merasai nikmat dan kebahagiaan tatkala menyusukan anak sendiri! Ketahuilah, menyusu itu dtgnya dari pengalaman dan dari pengetahuan. Kita hanya akan jadi LEBIH BAIK dgn PENGALAMAN. Tanpa PENGORBANAN, JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN, dan usah angankan kejayaan.
gembira melihat Sufi Amani membesar dengan sihat dan cerdas..
sayangnye...abi kat Sufi Amani...mmmmmuuaaahhhh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::