Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Friday, July 06, 2012

7 JULAI 2009

Assalamualaikum...
Esok 7 Julai 2012...maka genaplah pemergian putera ummi n abi ke rahmatullah 3 tahun...semoga dirimu sentiasa bahagia di alam sana...ummi pasti...doa ummi n abi takkan pernah putus sampai bila2...Mudah-mudahan kita akan bersatu kembali suatu hari nanti....

Thursday, June 14, 2012

Perkongsian ringkas kisah penyusuan Nabi Muhammad S.A.W

Gambar sekadar hias
Alhamdulillah, walaupun terpaksa bangun di tengah malam untuk update blog (kena tunggu anakanda tidur dulu baru tiada gangguan), saya gagahkan juga sebab hati ini meronta-ronta untuk berkongsi sesuatu yang saya rasa ramai ibu-ibu di luar sana mungkin tidak tahu. Ianya tidak lain tidak bukan, tentang kisah penyusuan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Ceritanya begini ... mengikut sejarah, Nabi Muhammad S.A.W mempunyai dua orang ibu susuan iaitu Thuwai­bah yakni hamba kepada Abu Lahab yang menyusukan Baginda selama 8 hari terawal selepas kelahirannya dan Halimah al-Saadiah yang menyusukan Baginda selepas itu. Kenapa boleh jadi begitu? Pernahkan anda terfikir mengapa Baginda diberikan kepada ibu susuan dan tidak disusui oleh ibunya sendiri?

Sebelum saya berikan jawapannya, tahukah anda amalan penyusuan ini telah dipraktikkan oleh masyarakat sejak dari zaman jahiliah lagi. Dan ianya telah menjadi kebiasaan golongan bangsawan Arab di Mekah apabila seorang anak dilahirkan mereka akan segera mencari wanita-wanita dari kawasan pedalaman untuk menyusukan anak.

Persoalannya mengapa? Jawapannya mudah saja ... kerana Aminah (ibu kepada Rasulullah) duduk di kota dan Halimatul al-Saadiah tinggal di luar kota. Adalah dipercayai susu ibu yang dihasilkan di luar kota jauh lebih baik tanpa pencemaran serta datangnya dari sumber makanan segar yang terdapat di luar kota.
Daripada cerita ringkas penyusuan Baginda di atas, dapat dirumuskan bahawa:
  • Dalam apa juga keadaan dan situasi, memang tidak disangkal lagi bahawa SUSU IBU adalah yang TERBAIK berbanding susu formula yang paling mahal yang terdapat di pasaran
  • KHASIAT susu ibu BERKAIT RAPAT dengan PEMAKANAN dan PERSEKITARAN si ibu yang menyusukan
  • GAYA HIDUP kita sekarang JAUH BERBEZA dengan puluhan dan ribuan tahun yang lalu
  • Selari dengan arus pemodenan masa kini, didapati terdapat LAMBAKAN MAKANAN yang DIPROSES dan pelbagai HORMON mahupun BAHAN KIMIA digunakan dalam penghasilan makanan kita seharian (seperti contoh makanan segera, bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan dan sebagainya)
  • Kesihatan adalah anugerah Allah dan sakit juga datangnya dari Allah, namun tidak salah untuk kita berbuat sesuatu bagi meningkatkan mutu kesihatan dan kualiti hidup kita agar satu kehidupan yang lebih sempurna dapat diperolehi. Lagi pun bukankah MENCEGAH itu LEBIH BAIK dari MENGUBATI?
Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, penjagaan makanan oleh seorang ibu menyusu adalah penting bagi memastikan khasiat susu ibu yang sampai kepada anak berada pada tahap terbaik yang dapat kita berikan. Oleh kerana itulah, PENGAMBILAN SUPLEME SANGAT-SANGAT DISYORKAN bagi mengisi kekosongan yang mungkin terjadi akibat kekurangan pengambilan gizi yang seimbang. Di samping itu, melalui pengambilan vitamin dan suplemen, badan si ibu akan menjadi lebih sihat sekaligus membantu penghasilan susu dengan lebih lancar dan mudah. Renung-renungkan .....
Boleh lihat http://saifulsofiashaklee.blogspot.com/ untuk lihat produk-produk shaklee

bERJaYA MiliKi PHD BrEaStFeEDiNG

Alhamdulillah....

tanggal 30 Mei 2012M bersamaan 9 Rejab 1433H, hari rabu...

Genaplah sudah misi penyusuan eksklusifku buat Sufi Amani yang amat dikasihi lagi dicintai....

Happy Birthday ummi n abi ucapkan....

Harapan ummi n abi,
 
Semoga Sufi Amani menjadi anak yang Solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat...

Monday, April 02, 2012

2 bulan lagi nak grad PhD in Breastfeeding...




Inilah rupe budak yang nak grad PhD Penyusuan Susuibu...
Tahniah Sufi Amani... kerana dirimu telah menguatkan semangat ummi utk terus bersemangat menyusukan Sufi Amani sehingga 2 tahun...lagi 2 bulan aje lagi...

” Ya Allah, panjangkanlah umur anak kami ini,
terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, baguskanlah amal perbuatannya, lapangkan rezekinya, dekatkanlah dia menuju kebaikan, jauhkanlah dia dari keburukan.
Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak kami menjadi anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya”
Amin ya rabbal ‘Alamin


I-CITY

dah berbulan rasanya tak update blog..hari ni terpanggil nak update blog...aktiviti terkini....jalan2 ke i-city, shah alam....memang best klo masuk rumah salji laa..hihi....

Terbaik!!! Tq abi..belanja kitorang main salji...len kali kita datang lagi dengan pakaian yg lengkap...hihi...idokle terketor2 kaki berjalan atas ais...

Friday, February 24, 2012

Rindu sangat sangat

Malam ni ummi rasa rinduuuuu sangat sangat sangat kat Nazhan...rindu rindu rindu......


hari hari terakhir bersama Muhammad Syamil Nazhan...sampai mati pun ummi tak akan lupa wajah ini....






Al-Fatihah...Moga dikau bahagia di sana....

Ummi akan sentiasa merinduimu sampai bila-bila....


Doa ketika dukacita dan sedih


Ya Allah....

Andai ini ujian-Mu utk menjadikan aku manusia yg lebeH baik dari hari ini, aku redha Ya Allah....

Andai ini peringatan-Mu atas seme perbuatan dosa2ku, aku juga redha Ya Allah....

Andai masih ada kesempatan utkku perbetulkan kesilapan ini, tunjukkan aku caranya Ya Allah...


Sungguh aku tak mampu menahan keperitannya...

Sungguh aku tak mampu menerima kekalahnnya...

Suñgguh aku tak mampu berdiri menampungnya...


Kuatkan semangatku Ya Allah

Tabahkan hatiku Ya Allah

Kentalkan jiwaku Ya Allah


Ku mohon.....................

Monday, February 20, 2012

Happy Birthday Nazhan...

Happy Birthday yang Ketiga Nazhan...
Teringat ummi saat-saat melahirkan Nazhan...
Walaupun saat gembira itu hanyalah seketika...
Ummi dan abi redha....

Tiada kek..tiada coklat...tiada apa-apa....
Hanyalah secebis doa dan ayat-ayat suci al-Quran
yang mampu ummi dan abi hadiahkan...
Semoga ia bermakna buatmu sayang...

Semoga Nazhan Bahagia di Alam Sana...
Ummi dan abi di sini sentiasa mendoakan Nazhan...
Semoga kita akan bertemu semula di Sana nanti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::