Ketika Kamu Menangis, Ketika Kamu Disakiti, Ketika Kamu Tak Kuat Lagi, Ketika Doamu Seakan Tak Terjawab...Percayalah Dan Yakinlah Olehmu Bahawa ALLAH Menghampirimu Saat Itu...

Thursday, October 21, 2010

~Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."~

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Wednesday, October 20, 2010

GOLSHAN


Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.
Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.
Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.

Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99
Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

HARGA SEPEKET RM2
1-20KOTAK : RM65
21-30 KOTAK : RM60
31-50 KOTAK : RM55


SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI DEALER... SILA CONTACT KAMI....
AFZAN : 017-6900738
SOFIA : 017-3714002

Friday, October 15, 2010

BARAKA

Harga pasaran RM14.90 sekotak (termasuk kos penghantaran). Mengandungi 24 sofgel capsule.
Habbatus Sauda jenama BARAKA.Sesiapa berminat bole pm saya. Harga pasaran RM14.90 sekotak (termasuk kos penghantaran - utk Semenajung sahaja). Pastikan anda membeli BARAKA yg mempunyai pelekat HOLOGRAM KEMENTERIAN KESIHATAN M'SIA & COP HALAL dari Jawatankuasa Fatwa Halal Universiti Al-Azhar, Mesir.Terdapat ramai di luar sana yg menjual BARAKA yg diseludup dr Mesir. Any inquiry please email to baraka.habbatussauda@gmail.com TQ



Kami sendiri telah pun mencuba dan hasilnya sangat memuaskan..! kepada ibu2 yg sedang menyusukan anak, BARAKA adalah supplement yg sangat berkesan untuk menambah penghasilan susu anda..bagi mereka yg sedang berusaha untuk kurus n awek muda pula...insya Allah dengan mengambil BARAKA, impian anda akan tercapai!

Untuk mendapatkan BARAKA. sila hubungi kami Afzan (017-6900738) dan Sofia (0173714002)

Thursday, October 14, 2010

Teknik Betul Beri SIP oleh Pengasuh

Susu ibu merupakan makanan bayi & kerjasama pengasuh amat diperlukan sepanjang 2 tahun tempoh penyusuan. Panduan ini perlu diberikan kpd pengasuh yg diharap sedikit sebanyak dpt membantu dia mengendalikan penyusuan bayi dgn baik....sama2 kita share info ini....

- Elak memberikan SIP jika bayi menangis. Pengasih perlu tukar lampin,dakap @ bermain dgn bayi. Bayi mungkin hanya memerlukan perhatian pengasuhnya.

- Lihat tanda2 bayi mahukan susu seperti kelihatan resah & mula menghisap jarinya. Berikannya SIP berdasarkan tanda2 tersebut & bukannya mengikut jadual.

- berikan bb minum secara menegak n kepalanya diampu menggunakn tangan n bukannya lengan.

-jangan tolak nipple ke dlm mulut bb...tp biarkan bb memasukkannya sendiri ke dlm mulutnya.

-biarkn bb berhenti minum n rehat pd setiap penyusuan. ini boleh mengelakkan bb minum terlalu laju.

- bb yg akn menentukn bila dia patut berhenti minum. Jangan paksa dia habiskn kesemua SIP yg ada dlm botol.

- jika bb kelihatan resah gelisah, minta pengasuh berikn sesudu SIP sementara anda pulang.

- pd usia bb 3 - 6 bulan, lebih byk SIP  diperlukan bg membantu pengasuh mengawal keadaan bb yg mungkin kerap meragam....

***INFO PENTING SIMPAN SIP***

** 4jam - Suhu Bilik
** 8jam - Suhu aircond
** 5 hari - Peti Ais (bahagian bawah, rak paling atas)
** 2 minggu - Peti Ais beku 1 pintu
** 3 bulan - Peti Ais Beku 2 pintu
** 6 bulan - deep freezer

**** JANGAN LUPA****
        >> INGATKAN PENGASUH BAHAWA SIP YG CAIR PERLU DIHABISKAN DLM
             TEMPOH 24 JAM.
       >> SIP YG TELAH DIPANASKAN PULA PERLU DIBUANG JIKA MELEBIHI 1 JAM.

Tuesday, October 12, 2010

TIP TINGKATKAN DAYA TAHAN BAYI

Assalamualaikum semua....sihat ke hari ni? Errmmm..hari ni saya nak kongsi ngan korang sume tentang beberapa tip bagaimana nak tingkatkan daya tahan bayi.... Ok,,,ramai yg tahu, dah menjadi tanggungjawab ibubapa utk membantu memperkuatkan daya tahan atau sistem imunisasi bayi dr pelbagai penyakit terutamanya demam dan flu...juga jangkitan kuman atau gejala penyakit merbahaya....

Berikut ada beberapa tip utk menguatkan daya tahan baby anda:

1. Pastikan baby mendapat sistem imunisasi sepenuhnya. Imunisasi merupakan cara yg penting agar baby tetap sihat & menjauhkannya drp beberapa penyakit seperti hepatitis TBC, polio dll.

2. Berikan baby SUSU IBU kerana susu ibu paling berkesan utk memperkuatkan sistem kekebalan tubuh baby. Susu ibu mengandungi antibodi utk melawan sebarang jangkitan penyakit. Menyusukan bayi dgn susu ibu juga mengurangkan tempoh jangkitan & tahap keseriusan sesuatu penyakit yg biasa menyerang bayi seperti infeksi telinga.

3. Sebelum bayi berusia 6 bulan, JANGAN BIARKAN BAYI DiPEGANG OLEH RAMAI ORANG. Ini untuk mengelakkan dr jangkitan virus @ jangkitan penyakit dr org yg memegangnya.

4. PERHATIKAN SIAPA YG MENDUKUNG SI KECIL ANDA. Siapa pun yg mendukungnya, haruslah dalam keadaan sihat.

5. SENTIASA MENCUCI TANGAN ANDA sebelum memegang bayi. Mencuci tangan secara teratur adalah cara terbaik utk mencegah penyebaran penyakit.

6. Ajaklah si kecil jalan2 agar tidak mengalami stres yg boleh melemahkan sistem kekebalan tubuhnya.

7. Beri vitamin C dgn cara menyertakan sayuran & buah-buahan dlm menu makanan hariannya. Vitamin C diyakini dpt membantu memulihkan sistem kekebalan tubuh bayi.

8. JAGA PENGAMBILAN GULA anak anda. Kajian menunjukkan bahawa kandungan gula boleh menyebabkan sel-sel darah putih kurang aktif & responnya terhadap kuman adalah lemah.

Diharap dgn info ini...kita akan lebih peka terhadap kesihatan baby kita... (^^)\/

Monday, October 11, 2010

SENI BERBICARA DENGAN BAYI

WALAUPUN masih bayi & belum mengerti utk bercakap, ibubapa berperanan utk membantu bayi mengembangkan kemampuannya utk berbicara...Bagaimana ya? Di sini saya ingin berkongsi dgn anda semua beberapa teknik & panduan utk mengembangkan kemampuan bayi utk bercakap:-

1.Memperkenalkan Nama Benda
Perkenalkan segala sesuatu di sekitar anda kpd bayi. Mulakan dgn cara yg mudah seperti bentuk wajah. Ajar tangannya utk menyentuh wajah anda & memperkenalkannya dgn bahagian wajah seperti mata, jari jemari dll..Anda juga boleh memperkenalkan pd bayi objek di sekelilingnya seperti meja, kerusi, kereta dan sebagainya.

2.Menjadi Pendengar
Walaupun bayi masih belum mampu mengungkapkan keinginannya menerusi kata2, kita harus menjadi pendengar yg setia sekalipun tak memahami apa yg disebutkannya. Tak salah utk anda berusaha utk memahami apa yg mahu disampaikan oleh bayi. JANGAn lupa berikan respon yg bagus seperti "Oh! Bagusnya anak ummi ni!" atau boleh juga dgn balasan senyuman atau ketawa yg memberitahu bahawa anda sedang mendengarinya.

3.Memperkenalkan Konsep
Segala yg berlaku di sekitar bayi merupakan sesuatu yg baru baginya. Sebagai ibubapa, kita memainkan peranan utk mengenalkan segala di sekeliling kita melalui pelbagai kaedah dan konsep seperti panas sejuk, naik turun, masuk keluar, berdiri duduk, basah kering, besar kecil dll..Pengenalan konsep ini boleh dilakukan dgn mudah melalui aktiviti seharian. Contohnya, sewaktu menggantikan lampinnya, beritahu dgn lembut.."lampin sayang dah basah, sebab tu ummi kena tukar yg baru yg lebih kering".

4.Menjelaskan Sebab-Akibat
Anda boleh mulakan dgn menjelaskan pelbagai fungsi di dlm rumah dan sebab n akibatnya. Contoh, suis lampu. Beritahu pd anak bahawa apabila suis ditekan, ruang akan menjadi terang, tapi jika tidak ditekan..ruang akan menjadi gelap. Sambil menerangkan, anda boleh menunjukkan contohnya.

5.Memperkenalkan Warna
Warna boleh ditunjukkan sambil memperkenalkan benda. Contoh, "Baby, tengok belon itu. Warnanya merah seperti warna baju kamu".

6.Mengulangi Kata-Kata
Agar bayi mampu mengingati ttg sesuatu yg diajar, sebaik2nya kata2 yg diperkenalkan itu selalu diulang2..

7.Memperkenalkan Kata Yang BENAR
HINDARI kata2 pasar atau disebut 'kata2 bayi'.Contohnya 'mamam' utk makan.Gunakan perkataan yg sebenar dlm mengajar anak berbicara. Ini membantu bayi memahami konsep yg sebenar utk bercakap apabila mereka besar kelak!

8.Memancing Respon
Banyak cara utk memancing bayi agar memberi respon atau menjawab pertanyaan kita. Contoh dgn memberi pelbagai pilihan atau meminta bayi memilih salah satu antaranya. Misalnya, "Sayang nak pakai baju merah atau biru?".

9.Hindari Paksaan
Jika bayi menjawab dgn ekspresi atau bahasa tubuh atau mungkin tak menjawab langsung, bantulah dgn memberinya pilihan.

10.Menyederhanakan
Arahan yg sukar boleh membingungkan bayi. Jadi, sampaikan arahan dgn cara mudah satu persatu.

11.Membaca Bersama
Mula perkenalkan si kecil dgn buku bacaan bergambar. Ajak dia bersama2 anda utk menunjukkan gambar2 tersebut sambil membacanya. Lakukan aktiviti ini sekerap mungkin, lama kelamaan si kecil akan akrab dgn buku tersebut dan jadi lebih tertarik utk belajar perkara baru.

12.Mengenalkan Angka
Terlalu kecil utk mengajar bayi anda mengira, tetapi tak salah utk mula memperkenalkan dia dgn angka sambil bermain.

13.Menyanyi
Menyanyi adalah cara mudah utk merakamkan beraneka penggunaan kata di benak bayi. Apabila mendengar melodi yg disukainya, ia akan mula menyanyi juga. Sekalipun butir bicaranya belum jelas, tapi ia salah satu cara utk bayi mengasah kepetahannya berbicara...

SELAMAT BERAMAL YE!

SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN.....

SALAM...terbaca dalam utusan online bertarikh 7 Oktober 2010....sekadar nak berkongsi info dgn rakan2....berita ni leh kita jadikan panduan sama ada kepada ibubapa yg hendak menghantar anak ke taska dan juga kepada mereka yg ingin membuka taska...

JKM tiada kuasa tutup taska ‘maut’
 Oleh NORLIZA ABD. RAHMANpengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 6 Okt. – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai kuasa menyenaraihitamkan pusat asuhan kanak-kanak (taska) walaupun premis tersebut pernah terlibat dengan kes kematian bayi tercekik susu.
Fakta mengejutkan itu didedahkan sendiri oleh Ketua Pengarah JKM, Datuk Meme Zainal Rahid yang mengakui bahawa kuasa agensi itu hanyalah mengarahkan taska tersebut menutup sementara operasi bagi membolehkan siasatan dijalankan.
‘‘Sekiranya pengusaha terbabit membuka taska baru dan permohonannya diluluskan oleh agensi teknikal iaitu pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kementerian Kesihatan, kita tiada halangan untuk mengeluarkan permit.
‘‘Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan taska yang dipilih mempunyai permit dan mereka dinasihatkan tidak meletakkan nyawa anak dalam risiko,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau mengetuai operasi menyita taska di Presint 18 yang pernah mengakibatkan kematian adik Nur Amiera Mohd. Shahrul Niezam, sembilan bulan, 20 September lepas.
Taska tersebut diberi Notis Penutupan Sementara mulai 27 hingga 29 September lepas selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 20A (1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1983.
Meme seterusnya berkata, taska yang mempunyai lesen operasi lebih terjamin keselamatannya dan memenuhi kriteria ditetapkan oleh agensi teknikal.
Antara punca kegagalan mendapatkan permit ialah nisbah pengasuh dengan kanak-kanak yang tidak mencukupi.
‘‘Kegagalan berbuat demikian boleh mengundang risiko kepada anak jagaan mereka, sekiranya ada taska yang beroperasi tanpa lesen, ibu bapa boleh membuat aduan kepada JKM berhampiran,” katanya.
Menurut beliau, inisiatif terkini yang dilakukan oleh JKM ialah menubuhkan pasukan khas di setiap negeri dan daerah yang terdiri daripada pegawai JKM sendiri untuk memantau dan memeriksa 2,077 buah taska yang belum berdaftar.
Dalam menguatkuasakan akta tersebut, JKM menyediakan buku garis panduan bagi pendaftaran taska untuk memudahkan pengusaha membuat rujukan serta membantu mempercepatkan proses pendaftaran.
Meme menambah, bagi memudahkan urusan pendaftaran, penurunan kuasa meluluskan perakuan pendaftaran daripada Ketua Pengarah kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat negeri telah dilaksanakan.
Selain itu, tempoh sah perakuan pendaftaran juga dilanjutkan daripada 12 bulan kepada 60 bulan.
Tegas beliau, pengusaha dan bakal pengusaha perlu mendapatkan maklumat mengenai keperluan penubuhan taska sebelum memulakan operasi bagi mengelak masalah mendapatkan kelulusan daripada tiga agensi teknikal dan JKM semasa membuat permohonan pendaftaran.
‘‘Pendekatan JKM ialah memberi galakan dan bimbingan secara berterusan tetapi tindakan undang-undang akan tetap diambil jika berlaku kecuaian atau pengusaha masih enggan atau tidak berusaha untuk mendaftar,” katanya.
Beliau turut mengakui walaupun JKM terpaksa mengambil tindakan menutup operasi taska tidak berlesen, pihaknya masih menerima rayuan daripada ibu bapa untuk mahu terus menghantar anak mereka atas alasan tiada pengasuh ketika keluar bekerja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:::Pelawat dari Syurga:::

:::Penyeri Hidup Kami:::