Tuesday, October 12, 2010

TIP TINGKATKAN DAYA TAHAN BAYI

Assalamualaikum semua....sihat ke hari ni? Errmmm..hari ni saya nak kongsi ngan korang sume tentang beberapa tip bagaimana nak tingkatkan daya tahan bayi.... Ok,,,ramai yg tahu, dah menjadi tanggungjawab ibubapa utk membantu memperkuatkan daya tahan atau sistem imunisasi bayi dr pelbagai penyakit terutamanya demam dan flu...juga jangkitan kuman atau gejala penyakit merbahaya....

Berikut ada beberapa tip utk menguatkan daya tahan baby anda:

1. Pastikan baby mendapat sistem imunisasi sepenuhnya. Imunisasi merupakan cara yg penting agar baby tetap sihat & menjauhkannya drp beberapa penyakit seperti hepatitis TBC, polio dll.

2. Berikan baby SUSU IBU kerana susu ibu paling berkesan utk memperkuatkan sistem kekebalan tubuh baby. Susu ibu mengandungi antibodi utk melawan sebarang jangkitan penyakit. Menyusukan bayi dgn susu ibu juga mengurangkan tempoh jangkitan & tahap keseriusan sesuatu penyakit yg biasa menyerang bayi seperti infeksi telinga.

3. Sebelum bayi berusia 6 bulan, JANGAN BIARKAN BAYI DiPEGANG OLEH RAMAI ORANG. Ini untuk mengelakkan dr jangkitan virus @ jangkitan penyakit dr org yg memegangnya.

4. PERHATIKAN SIAPA YG MENDUKUNG SI KECIL ANDA. Siapa pun yg mendukungnya, haruslah dalam keadaan sihat.

5. SENTIASA MENCUCI TANGAN ANDA sebelum memegang bayi. Mencuci tangan secara teratur adalah cara terbaik utk mencegah penyebaran penyakit.

6. Ajaklah si kecil jalan2 agar tidak mengalami stres yg boleh melemahkan sistem kekebalan tubuhnya.

7. Beri vitamin C dgn cara menyertakan sayuran & buah-buahan dlm menu makanan hariannya. Vitamin C diyakini dpt membantu memulihkan sistem kekebalan tubuh bayi.

8. JAGA PENGAMBILAN GULA anak anda. Kajian menunjukkan bahawa kandungan gula boleh menyebabkan sel-sel darah putih kurang aktif & responnya terhadap kuman adalah lemah.

Diharap dgn info ini...kita akan lebih peka terhadap kesihatan baby kita... (^^)\/

No comments:

Post a Comment