Monday, October 11, 2010

SENI BERBICARA DENGAN BAYI

WALAUPUN masih bayi & belum mengerti utk bercakap, ibubapa berperanan utk membantu bayi mengembangkan kemampuannya utk berbicara...Bagaimana ya? Di sini saya ingin berkongsi dgn anda semua beberapa teknik & panduan utk mengembangkan kemampuan bayi utk bercakap:-

1.Memperkenalkan Nama Benda
Perkenalkan segala sesuatu di sekitar anda kpd bayi. Mulakan dgn cara yg mudah seperti bentuk wajah. Ajar tangannya utk menyentuh wajah anda & memperkenalkannya dgn bahagian wajah seperti mata, jari jemari dll..Anda juga boleh memperkenalkan pd bayi objek di sekelilingnya seperti meja, kerusi, kereta dan sebagainya.

2.Menjadi Pendengar
Walaupun bayi masih belum mampu mengungkapkan keinginannya menerusi kata2, kita harus menjadi pendengar yg setia sekalipun tak memahami apa yg disebutkannya. Tak salah utk anda berusaha utk memahami apa yg mahu disampaikan oleh bayi. JANGAn lupa berikan respon yg bagus seperti "Oh! Bagusnya anak ummi ni!" atau boleh juga dgn balasan senyuman atau ketawa yg memberitahu bahawa anda sedang mendengarinya.

3.Memperkenalkan Konsep
Segala yg berlaku di sekitar bayi merupakan sesuatu yg baru baginya. Sebagai ibubapa, kita memainkan peranan utk mengenalkan segala di sekeliling kita melalui pelbagai kaedah dan konsep seperti panas sejuk, naik turun, masuk keluar, berdiri duduk, basah kering, besar kecil dll..Pengenalan konsep ini boleh dilakukan dgn mudah melalui aktiviti seharian. Contohnya, sewaktu menggantikan lampinnya, beritahu dgn lembut.."lampin sayang dah basah, sebab tu ummi kena tukar yg baru yg lebih kering".

4.Menjelaskan Sebab-Akibat
Anda boleh mulakan dgn menjelaskan pelbagai fungsi di dlm rumah dan sebab n akibatnya. Contoh, suis lampu. Beritahu pd anak bahawa apabila suis ditekan, ruang akan menjadi terang, tapi jika tidak ditekan..ruang akan menjadi gelap. Sambil menerangkan, anda boleh menunjukkan contohnya.

5.Memperkenalkan Warna
Warna boleh ditunjukkan sambil memperkenalkan benda. Contoh, "Baby, tengok belon itu. Warnanya merah seperti warna baju kamu".

6.Mengulangi Kata-Kata
Agar bayi mampu mengingati ttg sesuatu yg diajar, sebaik2nya kata2 yg diperkenalkan itu selalu diulang2..

7.Memperkenalkan Kata Yang BENAR
HINDARI kata2 pasar atau disebut 'kata2 bayi'.Contohnya 'mamam' utk makan.Gunakan perkataan yg sebenar dlm mengajar anak berbicara. Ini membantu bayi memahami konsep yg sebenar utk bercakap apabila mereka besar kelak!

8.Memancing Respon
Banyak cara utk memancing bayi agar memberi respon atau menjawab pertanyaan kita. Contoh dgn memberi pelbagai pilihan atau meminta bayi memilih salah satu antaranya. Misalnya, "Sayang nak pakai baju merah atau biru?".

9.Hindari Paksaan
Jika bayi menjawab dgn ekspresi atau bahasa tubuh atau mungkin tak menjawab langsung, bantulah dgn memberinya pilihan.

10.Menyederhanakan
Arahan yg sukar boleh membingungkan bayi. Jadi, sampaikan arahan dgn cara mudah satu persatu.

11.Membaca Bersama
Mula perkenalkan si kecil dgn buku bacaan bergambar. Ajak dia bersama2 anda utk menunjukkan gambar2 tersebut sambil membacanya. Lakukan aktiviti ini sekerap mungkin, lama kelamaan si kecil akan akrab dgn buku tersebut dan jadi lebih tertarik utk belajar perkara baru.

12.Mengenalkan Angka
Terlalu kecil utk mengajar bayi anda mengira, tetapi tak salah utk mula memperkenalkan dia dgn angka sambil bermain.

13.Menyanyi
Menyanyi adalah cara mudah utk merakamkan beraneka penggunaan kata di benak bayi. Apabila mendengar melodi yg disukainya, ia akan mula menyanyi juga. Sekalipun butir bicaranya belum jelas, tapi ia salah satu cara utk bayi mengasah kepetahannya berbicara...

SELAMAT BERAMAL YE!

No comments:

Post a Comment