Friday, December 28, 2012

PUSARA BARU NAZHAN

Assalamualaikum Nazhan...Maafkan ummi kerna terpaksa buat baru puasara Nazhan..memang dari awal pembinaan pusara pertama Nazhan tu ummi x berapa puas hati dengan pembinaannya..Kedudukannya tidak menepati kedudukan asal kubur Nazhan...hampir 3 tahun ummi cuba pertahankan juga pusara pertama tu...tapi akhirnya ummi terpaksa bina yang baru, yang lebih tepat kedudukannya dan lebih kemas...Akhirnya....siap juga pusara Nazhan yang baru...biarlah apa orang nak kata...yang penting ummi merasakan ia perlu sebagai tanda kasih ummi pada Nazhan...dahla Nazhan pergi sejak kecil lagi, apalah salahnya...ummi selalu doakan dan sedekahkan surah2 pada Nazhan, harap2 sampailah pada mu sayang...huhuhuhu....


Ooohhh, si anak kecil, engkau seolah-olah memahami akan hakikat kehidupan ini...Moga dirimu (Sufi Amani) menjadi khalifah Allah yg solehah, berjaya di dunia dan di akhirat..Inilah pusara abangmu Muhammad Syamil Nazhan yang telah pun dijanjikan Allah sebagai bidadara Syurga..kita semua pasti akan bertemu dengannya suatu hari nanti...Insya Allah...

‎((20.02.2009 vs 07.07.2009 ---- 20.02.2013 vs 07.07.2013))


Friday, December 14, 2012

Sekadar Luahan...

Bergolek-golek budak kecik dalam nie, bila ummi pasang laungan ayat-ayat suci al-Quran...Ya, Allah, kabulkanlah doa kami, doa mak abah yang dah sampai di tanah kebesaran-Mu (Makkah)..mudah-mudahan dengan doa mereka Engkau makbulkan segala hajat kami yang hampir mencecah 4 tahun (tahun depan)...mudah-mudahan baby di dalam ini adalah pengganti Muhammad Syamil Nazhan...rindunye...untuk memeluk seorang baby boy...wajahnya mirip, matanya bulat...pendek kata semuanya tentang Nazhan, tiada perbezaannya....Hanya Engkau yang maha mengerti apa yang tersirat di hati ini...tak dapat kubayangkan betapa syukurnya jika hajat ini dimakbulkan....Ummi sayang Nazhan, Sufi Amani dan baby yang bakal lahir ini..Moga-moga baby ini akan lahir dengan selamat dan sihat....



Tuesday, December 04, 2012

Tak Sangka dah 7 Bulan...

Assalamualaikum Nazhan & Amani....memang tak sangka kandungan ummi dah masuk 7 bulan. Ummi ingatkan baru 6 bulan. Semalam ummi pergi check up bulanan seperti biasa...alhamdulillah, tiada apa2 masalah...hari ni pula terasa nak pergi scan jantina baby n nak tau sepenuhnya tentang perkembangan baby...alhamdulillah, baby sihat...jantina baby pun dah nampak...jeng~jeng~jeng~~~

Petang ni ummi terasa nak basuh baju baby. Disebabkan semalam ummi dah kena berleter dengan nurse di Klinik Kesihatan Presint 11 tu sebab ummi tak ready langsung tentang baju baby...baju baru baby pun ummi x shopping lagi. Bukan tak excited, cuma ummi belum ada rasa nak shopping betul2 baju baru baby...tapi hari ini ummi bersemangat...sebab...ummi dah tahu jantina baby...apepun, ummi tak percaya 100% dengan result scan tu...ye lah, kuasa Allah..apapun ummi hanya mampu berdoa moga2 doa ummi dan abi dimakbulkan....

Bermulalah sesi memunggah baju Nazhan dan Amani...ummi pilih yang elok-elok je, yang dah agak kekuningan tuuu, ummi tak ambillah...Ummi sangkakan ummi kuat untuk pilih baju-baju tu semua...setiap baju mengingatkan ummi pada Nazhan dan Amani masa baby2 dulu...Lebih-lebih lagi ummi terkenangkan kenagan bersama Nazhan...ummi terlalu rindu Nazhan...dalam pilih memilih baju, akhirnya berguguran juga air mata ummi...sungguh,,,ummi belum cukup kuat mengahadapi semua ini walau hampir 3 tahun Nazhan tinggalkan ummi...

Ummi rindukan Nazhan pakai baju-baju tu semua...ada lagi baju-baju Nazhan yang belum sempat dipakai...Memang ummi tak kasi Amani pakai baju-baju Nazhan...sebab Amani girl...biarlah ummi simpan untuk baby baru ini seandainya dia boy...kalau baby ni girl, hanya tinggal harapan ajelah buat ummi...Sedih...Terkilan....semua ada....

Antara baju-baju yang menjadi pilihan ummi....

Baju-baju yang sedia untuk dibasuh...


Monday, November 05, 2012

Check Up 5 Bulan

Assalamualaikum Nazhan n Amani,

Hari ni ummi g check up baby...nurse kata perut ummi kecik, dia x puas hati. Nurse suruh ummi jumpe doktor. Lepas nurse check tekanan darah n jantung baby, ummi pun pergila jumpa doktor. Kena scan lagi...Tapi kali ni ummi suka sebab doktor kali ni doktor sudi nak cari jantina baby...Cari punya cari, doktor kata 'baby Boy'. Dalam hati ummi, Alhamdulillah...syukur yang amat sangat...Harap2 bila baby keluar nanti betul2 lah baby boy..Moga Allah makbulkan doa ummi, abi, tokwan n opah masa di Makkah..juga doa2 tokbah n maktok serta sedara mara yang lain...amin...Doktor kata, baby ok, x kecik pun, membesar dengan sihat selari dengan umur dia 5 bulan dan sangat aktif masa scan tadi...Alhamdulillah....

Memang style perut ummi yang kecik..hihi...macam ummi pegnen Nazhan n Amani jugalah, perut ummi bukannye beso mana pun...kawan2 yang x tahu ummi pregnen, memang x akan tahu ummi pregnen...hihi....Ummi syukur sangat diberi perut yang kecik masa pegnen...x perlulah ummi beria-ia nak cari baju pregnen yang besau2...ekekek...

Apepun, ini satu berita gumbira buat ummi n abi...Abi yang paling gembira...ummi tahu, abi memang mengharapkan baby boy...Moga2 dengan kelahiran baby boy ni nanti, akan menceriakan lagi hidup ummi n abi...walaupun tanpamu Muhammad Syamil Nazhan...Moga2 wajah baby ini betul2 sama dengan wajahmu sayang.....

Ummi rindu kamu sangat-sangat...Ummi juga sayang Sufi Amani sangat-sangat...!

LOVE U MUHAMMAD SYAMIL NAZHAN
LOVE U SUFI AMANI

Sunday, October 21, 2012

~~Hidup Ini Penuh dengan Cubaan dan Ujian~~

Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh, jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung, jika hati seindah bulan, hiasi dia dengan IMAN...

Musibah, Ujian dan Kesusahan...

UJIAN YANG DIBERIKAN ALLAH

Hidup di dunia penuh dengan cubaan dan ujian. Kita akan diuji dengan ujian ketakutan terhadap musuh dan orang jahat, mungkin diuji dengan keperitan hidup (kemiskinan), penyakit, kehilangan orang yang disayangi dan sebagainya.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155 hingga 156 yang bermaksud :

“Demi sesungguhnya ! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”


Dan firman Allah dalam ayat 157 yang bermaksud :

“Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.”

KEsUsAhan DAN mUSiBAH

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( Ayat 11 : Surah at-Taghaabun )

bagaimana dapat kita menghadapinya? bukan mudah nak tenangkan fikiran dan jiwa dengan kata-kata bujukan hati.. Allah telah sediakan caranya dengan lengkap, antaranya ayat berikut:-

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah! Dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia." (QS: Ar-Raad: Ayat 28)

kata Sheikh Ahmad Athaillah:-
TIDAK MENINGGALKAN SEDIKIT PUN DARI KEBODOHAN BAGI SESIAPA YANG BERKEHENDAK MENGADAKAN PADA SESUATU MASA SESUATU YANG LAIN DARIPADA APA YANG DIJADIKAN ALLAH S.W.T PADA MASA ITU.


janganlah kita bodohkan diri dengan mengharapkan suatu keadaan lain bila ALLAH telah tentukan satu keadaan buat kita, samada ia baik atau buruk, kerana DIA lah yg lebih mengetahui setiap perkara terbaik buat kita yang sering kita lupa akan hikmahnya kerana hawa nafsu telah menguasai akal fikiran..

Rindu pada Allah..

Melalui hidup yang sebentar di dunia...
Menghadapi ujian yang tidaklah sehebat mana..

Buatkan aku terasa begitu rindu..
Pada sahabat-sahabat Rasulullah seribu tahun dahulu..

Begitu kuat iman mereka..
begitu kental hati mereka..
begitu cekal kehendak mereka..
Setelah cinta Allah disambut oleh mereka..

Subhanallah,
rindunya pada Sang Pencipta..
sanggup mereka korbankan apa saja..
kerana jelas dan terang kefahaman mereka..

................

Ya ALLAH,
sesungguhnya hidup ini sementara..
tapi ujian yang sementara ini benar-benar menguji emosi dan fikiranku..

Tanggungjawab syahadatul haq tidak akan ku lupakan.
Sampai bila-bila.
Demi cinta dan rindu pada Allah..
Biarlah tiada siapa pun yang akan membantu.
kerana bantuan ALLAH itu dekat!

Hadirmu..

Gambar ini diambil semasa umurnya genap 1 bulan
Muhammad Syamil Nazhan...

Hadirmu...
Hanya seketika....
Yang memberi sinar sekejap...
Cahaya yang hadir hanya sementara....
Puas ku mencari-cari...
Namun tak berupaya menahannya...
Kau terus jauh dan menjauh....
Tiada terdaya diriku menggapainya....
Hatiku luka dan pasrah....
Kau menghilang tanpa di duga....
Tanpa di minta olehku....
Mungkin ...
Ada hikmah disebaliknya...
Ketentuan Ilahi tiada siapa dapat menghalang.....
Moga dirimu bahagia di sana...
Ummi pasrah...al-Fatihah... 

Thursday, October 11, 2012

:::Ummi ada beriTa GembiRa:::

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun Muhammad Syamil Nazhan pergi meninggalkan kami sekeluarga... Doa tak putus-putus ummi dan abi sentiasa mengharapkan kita semua akan bertemu kembali di alam sana dalam suasana yg lebih baik... Alhamdulillah, setiap ujian yang diberi pasti ada hikmah di sebaliknya...

Ummi n abi pun dah dikurniakan adik Nazhan, Sufi Amani. Seorang anak yang sangat comel, cerdik, bijak, petah berkata-kata. Ummi n abi mengharapkan Sufi Amani akan jadi anak yang solehah yang taat pada perintah Allah dan berbakti kepada ummi dan abi suatu hari nanti. Mudah-mudahan..amin...

Syukur alhamdulillah, rezeki tak putus-putus. Nazhan akan dapat adik lagi..tahun depan.Ummi mengharapkan tarikh lahirnya sama dengan Nazhan. Apepun, ummi belum jumpa doktor pakar, sama ada ummi boleh bersalin normal ataupun kena operate lagi..huhu..apepun caranya, ummi harap semuanya akan selamat. Ummi dan abi sangat mengharapkan Allah akan kurniakan seorang adik lelaki untuk Nazhan dan Amani..Sekurang-kurangnya kerinduan ummi pada Nazhan tidaklah keterlaluan..Tak bermakna ummi tak akan rindukan Nazhan, rindu pada Nazhan sentiasa, setiap saat..hanya itu yang ummi mampu. Ummi tak mampu lagi memeluk Nazhan, mencium Nazhan sebagaimana ummi lakukan pada Sufi Amani. Ummi hanya mampu membayangkan... Ummi sangat-sangat berharap kali ini ummi dan abi memperoleh seorang lagi anak lelaki. Jika ummi dikurniakan anak lelaki, taklah ummi terlalu risaukan Sufi Amani pabila ummi dan abi tiada lagi di sini.

Ya, Allah, kau makbulkanlah doa-doa kami...Sesungguhnya Engkaulah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Mu ini...amin...

Friday, July 06, 2012

7 JULAI 2009

Assalamualaikum...
Esok 7 Julai 2012...maka genaplah pemergian putera ummi n abi ke rahmatullah 3 tahun...semoga dirimu sentiasa bahagia di alam sana...ummi pasti...doa ummi n abi takkan pernah putus sampai bila2...Mudah-mudahan kita akan bersatu kembali suatu hari nanti....

Thursday, June 14, 2012

Perkongsian ringkas kisah penyusuan Nabi Muhammad S.A.W

Gambar sekadar hias
Alhamdulillah, walaupun terpaksa bangun di tengah malam untuk update blog (kena tunggu anakanda tidur dulu baru tiada gangguan), saya gagahkan juga sebab hati ini meronta-ronta untuk berkongsi sesuatu yang saya rasa ramai ibu-ibu di luar sana mungkin tidak tahu. Ianya tidak lain tidak bukan, tentang kisah penyusuan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Ceritanya begini ... mengikut sejarah, Nabi Muhammad S.A.W mempunyai dua orang ibu susuan iaitu Thuwai­bah yakni hamba kepada Abu Lahab yang menyusukan Baginda selama 8 hari terawal selepas kelahirannya dan Halimah al-Saadiah yang menyusukan Baginda selepas itu. Kenapa boleh jadi begitu? Pernahkan anda terfikir mengapa Baginda diberikan kepada ibu susuan dan tidak disusui oleh ibunya sendiri?

Sebelum saya berikan jawapannya, tahukah anda amalan penyusuan ini telah dipraktikkan oleh masyarakat sejak dari zaman jahiliah lagi. Dan ianya telah menjadi kebiasaan golongan bangsawan Arab di Mekah apabila seorang anak dilahirkan mereka akan segera mencari wanita-wanita dari kawasan pedalaman untuk menyusukan anak.

Persoalannya mengapa? Jawapannya mudah saja ... kerana Aminah (ibu kepada Rasulullah) duduk di kota dan Halimatul al-Saadiah tinggal di luar kota. Adalah dipercayai susu ibu yang dihasilkan di luar kota jauh lebih baik tanpa pencemaran serta datangnya dari sumber makanan segar yang terdapat di luar kota.
Daripada cerita ringkas penyusuan Baginda di atas, dapat dirumuskan bahawa:
  • Dalam apa juga keadaan dan situasi, memang tidak disangkal lagi bahawa SUSU IBU adalah yang TERBAIK berbanding susu formula yang paling mahal yang terdapat di pasaran
  • KHASIAT susu ibu BERKAIT RAPAT dengan PEMAKANAN dan PERSEKITARAN si ibu yang menyusukan
  • GAYA HIDUP kita sekarang JAUH BERBEZA dengan puluhan dan ribuan tahun yang lalu
  • Selari dengan arus pemodenan masa kini, didapati terdapat LAMBAKAN MAKANAN yang DIPROSES dan pelbagai HORMON mahupun BAHAN KIMIA digunakan dalam penghasilan makanan kita seharian (seperti contoh makanan segera, bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan dan sebagainya)
  • Kesihatan adalah anugerah Allah dan sakit juga datangnya dari Allah, namun tidak salah untuk kita berbuat sesuatu bagi meningkatkan mutu kesihatan dan kualiti hidup kita agar satu kehidupan yang lebih sempurna dapat diperolehi. Lagi pun bukankah MENCEGAH itu LEBIH BAIK dari MENGUBATI?
Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, penjagaan makanan oleh seorang ibu menyusu adalah penting bagi memastikan khasiat susu ibu yang sampai kepada anak berada pada tahap terbaik yang dapat kita berikan. Oleh kerana itulah, PENGAMBILAN SUPLEME SANGAT-SANGAT DISYORKAN bagi mengisi kekosongan yang mungkin terjadi akibat kekurangan pengambilan gizi yang seimbang. Di samping itu, melalui pengambilan vitamin dan suplemen, badan si ibu akan menjadi lebih sihat sekaligus membantu penghasilan susu dengan lebih lancar dan mudah. Renung-renungkan .....
Boleh lihat http://saifulsofiashaklee.blogspot.com/ untuk lihat produk-produk shaklee

bERJaYA MiliKi PHD BrEaStFeEDiNG

Alhamdulillah....

tanggal 30 Mei 2012M bersamaan 9 Rejab 1433H, hari rabu...

Genaplah sudah misi penyusuan eksklusifku buat Sufi Amani yang amat dikasihi lagi dicintai....

Happy Birthday ummi n abi ucapkan....

Harapan ummi n abi,
 
Semoga Sufi Amani menjadi anak yang Solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat...

Monday, April 02, 2012

2 bulan lagi nak grad PhD in Breastfeeding...




Inilah rupe budak yang nak grad PhD Penyusuan Susuibu...
Tahniah Sufi Amani... kerana dirimu telah menguatkan semangat ummi utk terus bersemangat menyusukan Sufi Amani sehingga 2 tahun...lagi 2 bulan aje lagi...

” Ya Allah, panjangkanlah umur anak kami ini,
terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, baguskanlah amal perbuatannya, lapangkan rezekinya, dekatkanlah dia menuju kebaikan, jauhkanlah dia dari keburukan.
Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak kami menjadi anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya”
Amin ya rabbal ‘Alamin


I-CITY

dah berbulan rasanya tak update blog..hari ni terpanggil nak update blog...aktiviti terkini....jalan2 ke i-city, shah alam....memang best klo masuk rumah salji laa..hihi....

Terbaik!!! Tq abi..belanja kitorang main salji...len kali kita datang lagi dengan pakaian yg lengkap...hihi...idokle terketor2 kaki berjalan atas ais...

Friday, February 24, 2012

Rindu sangat sangat

Malam ni ummi rasa rinduuuuu sangat sangat sangat kat Nazhan...rindu rindu rindu......


hari hari terakhir bersama Muhammad Syamil Nazhan...sampai mati pun ummi tak akan lupa wajah ini....






Al-Fatihah...Moga dikau bahagia di sana....

Ummi akan sentiasa merinduimu sampai bila-bila....


Doa ketika dukacita dan sedih


Ya Allah....

Andai ini ujian-Mu utk menjadikan aku manusia yg lebeH baik dari hari ini, aku redha Ya Allah....

Andai ini peringatan-Mu atas seme perbuatan dosa2ku, aku juga redha Ya Allah....

Andai masih ada kesempatan utkku perbetulkan kesilapan ini, tunjukkan aku caranya Ya Allah...


Sungguh aku tak mampu menahan keperitannya...

Sungguh aku tak mampu menerima kekalahnnya...

Suñgguh aku tak mampu berdiri menampungnya...


Kuatkan semangatku Ya Allah

Tabahkan hatiku Ya Allah

Kentalkan jiwaku Ya Allah


Ku mohon.....................

Monday, February 20, 2012

Happy Birthday Nazhan...

Happy Birthday yang Ketiga Nazhan...
Teringat ummi saat-saat melahirkan Nazhan...
Walaupun saat gembira itu hanyalah seketika...
Ummi dan abi redha....

Tiada kek..tiada coklat...tiada apa-apa....
Hanyalah secebis doa dan ayat-ayat suci al-Quran
yang mampu ummi dan abi hadiahkan...
Semoga ia bermakna buatmu sayang...

Semoga Nazhan Bahagia di Alam Sana...
Ummi dan abi di sini sentiasa mendoakan Nazhan...
Semoga kita akan bertemu semula di Sana nanti...

Thursday, February 16, 2012

16 SOALAN YANG KERAP DITANYA TENTANG PENYUSUAN SUSUIBU

Bagi ibu2 yg baru mengenali dunia penyusuan susuibu, pelbagai persoalan bermain di fikiran mereka. Adakalanya perkara2 tersebut membuatkan sesi penyusuan utk si comel buahati tersayang akan terganggu. Jom kita semak persoalan yg popular di kalangan ibu2 breastfeed ni, rujukan utk mama juga! ^_^

1.Soalan:

Kenapa menyusu awal itu penting?

Jawapan:

Hisapan di peringkat awal amat penting kerana:

* Dapat merangsang pengeluaran awal susu. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan kemudian.
* Dapat melindungi bayi dari jangkitan. Ketika bayi menyusu di hari-hari permulaan kelahirannya, dia akan menerima kolostrum yang berwarna kekuningan. 

Kolostrum ini dan susu sebenar yang keluar beberapa hari kemudian mengandungi kandungan anti-jangkitan yang tinggi seperti immunoglobulins dan sel-sel putih yang menjadi sumber perlindungan utama dari jangkitan. Perlu ditekankan bahawa bayi yang menyusu dengan susu ibu adalah lebih sihat dan kurang terkena cirit birit atau penyakit lain.

2. Soalan:
 
Bilakah waktu yang sesuai bagi ibu mula menyusukan bayinya?

Jawapan:

Waktu terbaik untuk memulakan penyusuan ialah selepas kelahiran dan perlu dilakukan secepat mungkin jikalau ibu mampu melakukannya. Meletakkan bayi ke dada ibu sebaik sahaja bayi lahir adalah pengalaman yang cukup berharga.

Dalam tempoh dua jam selepas bayi lahir, kemampuan menghisap berada pada tahap yang tinggi. Sesetengah bayi tidak berminat untuk hendak menyusu sebaik sahaja lahir. Jangan bimbang jika mendapati bayi anda mengantuk, membiarkan dirinya dibelai atau dilihat sahaja. Mungkin selepas itu baru dia berkeinginan hendak menyusu. Hisapan bayi pada payudara merangsang pengeluaran hormon yang akan menjadikan rahim menguncup. Ini membantu menyembuhkan sakit selepas bersalin.

3. Soalan:

Berapa lamakah harus saya menyusu pada sebelah payudara?

Jawapan:


Paling baik ialah memberikan penyusuan yang singkat tetapi kerap kerana ini dapat membuatkan susu keluar lebih cepat dan meningkatkan kuantiti susu ibu. Ia juga memberi peluang kepada puting untuk menyesuaikan dengan hisapan bayi. Keinginan bayi menyusu boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu. Bayi akan menentukan dengan sendiri masanya dia ingin menyusu. Melalui cara ini, bayi akan menghisap sebelah payudara sehingga payudara itu kosong. Ini membolehkan dia mendapat khasiat susu yang kaya dan berkrim yang terhasi di hujung penyusuan.

Susu yang keluar di 'akhir' setiap penyusuan digelar "hind milk". Susu akhir ini mengandungi khasiat lemak yang diperlukan untuk pembesaran bayi. Ibu diminta supaya menyusu bayi menggunakan payudara yang sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Bayi akan menunjukkan tanda-tanda sama ada hisapan pada sebelah payudara sahaja mencukupi atau tidak. Jika ia mencukupi, bayi akan menarik mulutnya keluar atau pun tertidur di payudara ibu. Jika bayi masih terjaga dan aktif mencari payudara, ini bermakna dia perlukan susu lagi. Oleh itu, berikan payudara yang sebelah lagi. Di awal kelahirannya, bayi memerlukan penyusuan yang kerap dan banyak bagi menjamin tumbesarannya.

4. Soalan:
 
Bilakah susu mula dihasilkan?



Jawapan:


Diantara hari pertama dan keempat selepas kelahiran, susu sebenar yang berwarna putih akan mula dikeluarkan.Pada peringkat ini, kolostrum akan bercampur dengan susu baru, menjadikan ia kelihatan pekat berkrim. Secara perlahan-lahan, iaitu kira-kira seminggu kemudian, kolostrum akan berkurangan dan susu kelihatan cair, kebiruan dan berkeadaan seperti air. Inilah rupa susu ibu yang sebenar.

Sesetengah ibu mendapati payudara mereka penuh dan berat. Ini dipanggil bengkak susu. Sesetengah bayi akan kehilangan berat dalam tempoh beberapa minggu pertama. Bagaimanapun, berat bayi akan meningkat sebaik sahaja payudara ibu mula mengjasilkan susu.

5. Soalan:

Kenapa bayi tidak diberi susu formula atau air sementara menunggu susu ibu terhasil sepenuhnya?

Jawapan:
Penting untuk dipastikan bayi tidak diberi apa jua penyusuan jenis lain kerana ia akan mengganggu penyusuan susu ibu. Jumlah kolostrum yang sedikit dan susu awal yang diperolehi oleh bayi dari payudara adalah mencukupi untuk tempoh beberapah hari sehingga susu ibu terhasil sepenuhnya dalam kuantiti yang banyak.

6. Soalan:

Apakah yang dimaksudkan dengan 
"Permintaan menyusu"?

Jawapan:

Kajian menunjukkan bahawa faktor paling penting untuk menghasilkan susu ialah membenarkan bayi menyusu sebaik sahaja selepas lahir. Ibu yang mula menyusukan sebaik sahaja selepas bersalin akan cenderung untuk terus menyusu dengan berkesan. Bila penyusuan lewat dimulakan, kebanyakkan ibu akan berasa putus asa untuk meneruskan penyusuan.

Oleh itu, membantu ibu memulakan penyusuan secepat mungkin adalah satu cara paling berkesan bagi seseorang untuk membantu ibu menyusu. Perkara lain yang tidak kurang penting ialah menggalakkan ibu menyusu sekerap mungkin atau selama mungkin. Ini disebut 'permintaan menyusu'(demand) tidak perlu dihadkan berapa lama tempoh menyusu dan jarak diantara setiap penyusuan. Meletakkan bayi dekat dengan ibu di dalam bilik yang samaa akan menjadikan keinginan menyusu semakin meningkat dan mudah. Kini, semakin banyak hospital mendapati cara ini amat praktikal (Bukan sebab nurse malas nak jaga tau!).

7. Soalan:

Mengapa bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap?

Jawapan:

Pada peringkat awal, bayi kelihatan ingin menyusu dengan kerap dan ibu menjadi letih untuk melayan permintaannya. Si ibu perlu berasa yakin bahawa dia perlu meluangkan masa dengan menyusu bayi dalam tempoh dua, tiga atau empat hari yang pertama. Jika dalam tempoh berkenaan, dia kerap melayan permintaan bayi untuk menyusu, susunya akan menjadi semakin banyak dan bayi akan lebih mudah menghisap di kemudian hari. Jika ibu hendak menjarakkan masa antara penyusuan, tempoh maksimum yang biasa dicadangkan ialah tiga jam. Jika jarak antara penyusuan terlalu lama iaitu melebihi empat jam, bayi akan kelihatan meragam dan tidak senang.

8. Soalan:

Bagaimana mengatasi masalah bayi yang tidur dan tidak mahu menyusu?


Jawapan:

Sesetengah bayi sentiasa dalam keadaan mengantuk dan lebih banyak tidur daripada berjaga. Bayi seperti ini perlu dikejutkan untuk penyusuan. Dalam tempoh 24 jam, adalah biasa bagi seorang bayi menyusu sebanyak 12 kali atau lebih. Sekurang-kurangnya, bayi perlu mendapat enam atau tujuh penyusuan sehari. Bayi yang sentiasa mengantuk, mungkin disebabkan oleh jangka masa bersalin yang lama atau kesan ubat-ubatan yang diberikan kepada ibu ketika proses bersalin.

9. Soalan:


Bagaimana memastikan bayi mendapat susu yang cukup:

Jawapan:


Jika ibu menyusu bayi berdasarkan keperluan bayi dan dengan kerap, ibu pasti akan mengeluarkan susu secukupnya. Cara mengenalpasti bayi mendapat susu yang cukup ialah:

*Bayi membuang air sebanyak tujuh hingga lapan kali sehari (hanya dengan meminum susu ibu sahaja tanpa mencampurkannya dengan jus atau susu formula)
* Berat badan bayi bertambah. Berat mingguan perlu diperiksa sepanjang bulan.
* Bayi membuang air besar dalam kadar yang tetap. Tetapi tidak semestinya setiap hari. Sesetengah bayi pula membuang air besar dengan kerap. Manakala ada yang tidak membuang selama seminggu.
* Mata bayi kelihatan bercahaya. Kulit dan ototnya kelihatan berada dalam keadaan baik.

10. Soalan:


Bagaimana jika bekalan susu ibu tidak mencukupi?

Jawapan:
 
Kadangkala ibu beranggapan bahawa pengaliran susu amat kurang dan tidak mencukupi untuk bayi. sebenarnya, anggapan ini salah. Ibu perlu yakin bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Jika ibu terasa susunya kurang, dia boleh menambahnya dengan cara:

* Menyusu dengan lebih kerap. Lebih banyak bayi menghisap payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan. Kekerapan menyusu akan menghasilkan lebih banyak susu.
* Bertenang ketika menyusu akan membantu susu mengalir dengan baik. Ibu boleh makan makanan ringan, minum, membaca buku, mendengar muzik, menonton TV atau melakukan senaman pernafasan ketika bayi mula menyusu. Tumpukan perhatian kepada otot-otot. Cara ini juga boleh menjadikan ibu tenang.
* Berehat pada waktu siang. Ibu perlu tidur lebih di siang hari bagi menggantikan gangguan tidur di waktu malam kerana bayi hendak menyusu. Menjaga bayi baru lahir adalah satu tugas yang meletihkan. Ibu perlu menggalakkan bayi dan anak kecil yang lain tidur bersamanya pada waktu tengahari.
* Makan makanan berkhasiat. Ibu perlu makan makanan seimbang. Bukan makanan ringan atau tidak berkhasiat.
 
11. Soalan:
 
Kenapa susu saya kelihatan cair?
foremilk & hind milk

Jawapan:

Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil 'susu akhir'. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu iibu berikut:

* 'susu pertama' (foremilk) kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.
* 'susu pertengahan' mengandungi lebih khasiat protein.
* 'susu akhir' (hind milk) kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya.

Pastikan ibu mengingati yang dia perlu menyusu dengan payudara sebelah lagi apabila tiba waktu penyusuan berikutnya. Ibu boleh lekatkan pin pada baju dalam untuk memudahkan dia mengingatinya. Bayi yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang siang dan malam.

12. Soalan:


Apakah yang perlu saya lakukan jika susu saya mengalir dengan pantas menyebabkan bayi saya sering tersedak?

Jawapan:
 
Jika bayi sering tersedak kerana susu mengalir terlalu pantas, ibu boleh melakukan perkara di bawah:

* Hentikan penyusuan selama satu minit. Kemudian, masukkan semula puting ke mulut bayi apabila pengaliran susu semakin perlahan. Untuk menarik keluar mulut bayi tanpa menyebabkan puting sakit, ibu boleh masukkan jari bersih dihujung mulut bayi. Satu cara lain untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memerah susu terlebih dahulu bagi mengeluarkan pengaliran susu yang pantas.
* Menyusu pada kedudukan berbaring dengan meletakkan bayi di atas dada ibu akan menyebabkan bayi menghisap susu naik ke atas. Ini bermakna bayi menghisap ke arah bertentangan dengan graviti. Oleh itu, pengaliran susu naik ke atas menjadi agak lambat berbanding pengaliran susu turun ke bawah. Ibu mungkin menggunakan kaedah menyusu cara ini di waktu awal pagi atau diwaktu permulaan penyusuan sahaja dimana pada waktu itu susu biasanya mengalir dengan pantas. Apabila tiba diakhir penyusuan, ibu boleh bertukar kepada menyusu cara duduk. Cara ini lebih menjamin payudara dapat dikosongkan dengan sempurna.

13. Soalan: 

Saya dapati susu saya meleleh dan membasahi baju, apa yang harus saya lakukan?

Jawapan:

Pada peringkat awal, ibu mengalami masalah susu sering meleleh keluar dari payudara di waktu-waktu antara penyusuan. Masalah ini akan berkurangan apabila payudara dapat menyesuaikan dengan jadual penyusuan dan otot-otot disekitar puting berupaya mengawal pengaliran keluar susu di waktu-waktu berkenaan.

Cuci payudara menggunakan air suam atau sejuk dan cuci lelehan itu agar ia tidak mengotorkan baju atau baju dalam. penting untuk menukar pelapik baju dalam dengan kerap agar puting tidak sakit atau berada dalam keadaan lembap. Jangan gunakan pelapik plastik. Selain pelapik baju dalam, ibu digalakkan menggunakan sapu tangan tetapi jangan menggunakan tisu. Ketika menyusu, alaskan dengan lampin bersih atau cawan agar susu boleh meleleh ke dalamnya. Seelok-eloknya, jangan pakai baju dalam agar susu boleh mengalir bebas.

14. Soalan:

Apa yang dikatakan 'keliru puting' yang menyebabkan bayi enggan menyusu?


Jawapan:


Punca utama kenapa bayi enggan menyusu ialah bayi terlebih dahulu diberi susu botol sewaktu dihospital. Bayi menjadi keliru dengan kelainan puting ibu dan tidak mahu menghisap dengan betul di payudara ibu. Dia sukar hendak belajar memasukkan puting ke dalam mulutnya.

Dalam kedudukan menghisap yang baik, puting dan aerola akan meregang keluar bagi membentuk seolah-olah satu puting yang panjang di dalam mulut bayi. Lidah bayi akan menekan areola ke atas sehingga terkena lelangit mulutnya. Cara ini akan menyebabkan susu mengalir keluar.

Dalam kedudukan menghisap yang tidak baik, puting tidak berada cukup jauh ke dalam mulut bayi. Bayi hanya menghisap hujung puting sama seperti kaedah menghisap puting botol. Dengan cara ini, susu tidak akan keluar. Malah menyebabkan puting ibu terasa sakit. Kekeliruan terhadap puting terjadi apabila bayi diberikan sekali atau dua kali penyusuan menggunakan botol, bayi mungkin mempunyai kecenderungan untuk memilih susu botol dan menolak susu ibu.

15. Soalan:
 
Bagaimana jika saya membawa bayi keluar dan saya harus menyusukannya?

Jawapan:

Bayi yang menyusu susu ibu mudah keluar dari rumah bersama ibu. Selalunya, bayi akan dibawa ke tempat-tempat yang memudahkan dia menyusu di mana sahaja. Biasanya, pusat membeli-belah ada menyediakan bilik khas yang sesuai untuk para ibu menyusukan anak. Selain itu kini terdapat alternatif untuk para ibu iaitu kain 'poncho', ia boleh digayakan sebagai fesyen sekaligus, melindungi aurat ibu yang sedang menyusukan dari dilihat umum. contohnya:

16. Soalan:

Bagaimana caranya saya mengetahui kejayaan menyusu bayi?

Jawapan:

Pastikan ibu berada dalam keadaan selesa dan tenang ketika menyusu bayi. Ibu akan tahu bahawa susunya sudah keluar dalam tempoh kira-kira satu atau dua minit selepas bayi mula menghisap. Ini berdasarkan:

* Pola hisapan bayi akan berubah kepada 'hisap dan telan - hisap dan telan'. Ini bermakna bayi sedang minum susu ibu. Keadaan ini pasti akan berlaku setiap kali bayi menghisap.
* Payudara akan menjadi suam panas dan seperti penuh. Ibu akan terasa kawasan sekeliling payudara berdenyut sedikit. Pada masa yang sama, susu dari payudara sebelah lagi mungkin turut menitis keluar. Bagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku setiap kali penyusuan.

Alhamdulillah, lengkap sudah persoalan-persoalan yang kerap ditanya tentang penyusuan susu ibu. Iffa harap ia menjadi panduan buat ibu-ibu semua. InsyaAllah, jika diberikan kesempatan akan Iffa share lebih banyak lagi info-info tentang penyusuan susu ibu dan kesihatan.

Sumber Asal: 
iffa

Thursday, February 02, 2012

Mimpi Nazhan

Assalamualaikum Nazhan, ummi tak sangka malam tadi ummi mimpi Nazhan...
tembam sungguh Nazhan...
putih bersih..
gembira dan ceria je wajah Nazhan...
ummi tahu memang Nazhan sangat-sangat bahagia tinggal di Sana....
18 hari lagi birthday Nazhan...
ummi tak lupa 20 Februari..
tarikh yang menjadikan ummi n abi seorang ibu dan bapa...
ummi n abi tak kan pernah lupa tarikh 20 Februari 2009 dan juga tarikh 7 Julai 2009 sampai bila-bila.
Itulah, andai ada kesempatan 20 Februari nanti..
.ummi akan datang ziarah pusara Nazhan..
ummi tak janji...
tapi memang ummi mengharapkan ada kesempatan untuk itu...
Gembira sangat ummi Nazhan datang juga jenguk ummi kat sini setelah sekian lama kita tak jumpa kan?
memang dah lama ummi tak mimpi Nazhan...
memang ummi tak sangka malam tadi ummi dapat jumpe Nazhan...
Nazhan rindu ummi ye..
ummi pun rindu Nazhan...
semua di sini sangat-sangat rindukan Nazhan...
thanks Allah temukan daku dengan Nazhan walaupun hanya dalam mimpi....

Tuesday, January 31, 2012

Renung-Renungkan..

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”