Menghadapi ujian yang tidaklah sehebat mana..
Buatkan aku terasa begitu rindu..
Pada sahabat-sahabat Rasulullah seribu tahun dahulu..
Begitu kuat iman mereka..
begitu kental hati mereka..
begitu cekal kehendak mereka..
Setelah cinta Allah disambut oleh mereka..
Subhanallah,
rindunya pada Sang Pencipta..
sanggup mereka korbankan apa saja..
kerana jelas dan terang kefahaman mereka..
................
Ya ALLAH,
sesungguhnya hidup ini sementara..
tapi ujian yang sementara ini benar-benar menguji emosi dan fikiranku..
Tanggungjawab syahadatul haq tidak akan ku lupakan.
Sampai bila-bila.
Demi cinta dan rindu pada Allah..
Biarlah tiada siapa pun yang akan membantu.
kerana bantuan ALLAH itu dekat!
Allah menguji. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui. Tabah dan sabar,insyaALLAH,kita di jalanNya.
ReplyDelete