Tuesday, June 14, 2011

9 waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun untuk seminit...

9 waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun untuk seminit... petik dari ceramah Dr Fadzilah :-

1. Sebelum tidur - saya sedang mengamalkannya… sambil tidurkan anak2, bagi good night kiss & bagi salam... Berdoa semoga hari esok adalah lebih baik dari hari ini... Ungkit semula segala perlakuan yang dah dilakukannya... cth: jangan tolak adik, kena sayang adik, kena jaga adik...

2. Sedang tidur (bisikkan di telinga) - yang ni pun sedang dipraktis… so selawat dan baca kursi ke telinga dia)

3. Selepas bangun tidur - bagi salam & nyanyikan lagu good morning... Skarang bila Sufi Amani bangun pasti tersenyum lebar... seronok dia bila siang sbb boleh buat macam-macam... paling tak tahan siap cakap "jom jom" sudah pandai ajak nak gi jalan... Mood suh mandi biasanya ok jer, jarang dia moody nak mandi...paling dia suka mandi dalam kolam dia.

4. Selepas mandi - skarang ni anak-anak paling suka bila letak minyak telon ke perut & tapak kaki... siap suruh kita buat lagi... so masa nih berdoa semoga anak-anak sentiasa ceria & sihat2 sejahtera serta terpelihara dalam rahmat Ilahi...

5. Selepas solat - saya suke baca alfatihah & doa sesama anak-anak, pastu hug & kiss... juga amalkan baca a latif 3x dan tiup ke ubun2 anak2

6. Selepas baca al-Quran - Baca depan anak-anak agak anak2 dapat dengar skali... kalo boleh ajak skali duduk sesama baca walaupun sekejap takpe... lama-lama sebati la dalm jiwa anak2, InsyaAllah...

7. Selepas berdoa - doa sama2… selalu kata ke anak2 agar bykkan berdoa

8. Selepas riadah - haa...yang ni kalau weekend suka bwk anak2 jalan2… Klo boleh lepas balik ajar anak say Thank you ummi & abi sbb bawak jalan2...

9. Ketika emosi anak terangsang - contohnya selepas memarahi anak especially bila time tengah nangis... nasihat agar jangan ulangi lagi...Sufi Amani klo kne marah menangis selalu...pastu nasihatkan dia jangan buat lagi...nyatakan sebab2 kenapa x boleh buat itu dan ini...bukan marah sebarang marah ye....klo bleh lepas marah anak..peluklah dia balik...insya Allah... 

No comments:

Post a Comment