Friday, April 08, 2011

SAYA X DAPAT MENGHASILKAN BANYAK SUSU...JANGAN BIMBANG...

Kebanyakan ibu yang merasakan dirinya mempunyai masalah penyusuan sebenarnya bukan bermasalah.
Sesetengah ibu mengadu yang dia penat mengepam dan masih tidak dapat menghasilkan susu yang ‘cukup’ untuk anaknya.
Katanya susu itu ’sikit’ jika dibandingkan dengan jumlah yang diminum oleh anaknya semasa beliau berkerja.
Setelah semua minuman/makanan penambah susu diambil
Dan semua usaha telah dilakukan, namun tidak berjaya juga ‘membanyakkan susu’.
Biasanya ibu memilih beralih kepada susu formula, walaupun ianya bukanlah penyelesaian (dan mungkin membawa banyak masalah lain).


Saya merasakan ianya adalah suatu isu kuantitatif di mana berapa ‘banyak’ ialah ‘banyak’ dan berapa ’sikit’ ialah ’sikit’ mengikut definisi masing masing.
Rata rata ibu mahukan jawapan dalam bentuk angka seperti “pam susu 20 minit sebelah payudara” walau jawapan sebenarnya ialah “pam/perah susu sehingga payudara kosong”.
Dan “anak minum 3 oz sekali” berbanding hakikatnya “anak minum mengikut kehendaknya dan berbeza beza”.


Secara puratanya, bayi dibawah 6 bulan akan minum susu dalam 19 ke 30 oz sehari siang dan malam.
Katakan bayi minum 10 kali sepanjang hari (dibawah 6 bulan)
Jadual (anggaran 2-3 jam sekali minum) – semasa ibu outstation sepanjang hari :

(1) 7 pagi
(2) 10 pagi
(3) 1 tgh
(4) 4 ptg
(5) 7 ptg
(6) 10 mlm
(7) 1 mlm
(8) 4 pagi
(9) & (10) reserve untuk jadual yang mungkin lari

Mengikut kira kiranya, bayi anda akan minum 2.5 oz (paling banyak 3 oz) sekali minum. Iaitu 25 oz ke 30 oz sehari.Katakan anda meninggalkan bayi sepanjang berkerja (12 jam)
Jumlah yang ditinggalkan sepanjang bayi di rumah pengasuh/nursery ialah 12.5 oz sehingga 15 oz sahaja. Iaitu 5 botol yang berisi 3 oz susu setiap satu
Dan jarang kita meninggalkan anak selama 12 jam (bagi yang berkerja 8 jam sehari, 1 jam lunch, 1 jam travel jadi lebih kurang 10 jam)
Ianya tidak perlu  sebanyak yang disangkakan kan.

3 oz memadai untuk fungsi normal tubuh bayi anda.

Cadangan:

  • Sekiranya anda meninggalkan bayi anda pada pukul 8 pagi, susukannya terlebih dahulu.
  • Beritahu pengasuh bahawa susu yang sudah dipanaskan (3 oz) tahan selama 2 jam.
  • Usah paksa bayi menghabiskan kesemua susu tersebut serentak, simpan susu ditepi dan offer lagi bila bila perlu.
  • Gunakan cup kecil, picagari mahupun sudu untuk lebih mudah mengawal kuantiti susu yang anak akan minum.
  • Jika memilih menggunakan botol, gunakan puting bersaiz paling kecil dan jangan tukar saiz puting walaupun bayi sudah besar.
  • Minta pengasuh untuk mengelakkan memberi bayi minum susu setiap kali dia ‘berbunyi’, sebaliknya tukar lampinnya (jika basah), angkatnya (jika bayi bosan) etc etc, tepuk2 perlahan untuk menenangkannya (macam Iki pujuk Dzakwan supaya tidur)
Bayi berusia 6 bulan ke atas akan mengambil susu yang lebih kurang begitu juga bagi bayi yang di atas satu tahun.
Dan jika bayi anda minum kurang sepanjang siang, mungkin beliau adalah jenis Reverse Cycling dimana dia suka minum dengan banyak secara terus dari ibunya (pada waktu malam).

Jangan susah hati ya!
Teruskan menyusui, doa saya bersama anda!
(Perhatikan perkembangan kecergasannya begitu juga keadaan kesihatan bayi anda ya)

No comments:

Post a Comment