SALAM..pertama sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara mara dan sahabat2 yg selama ini memberi sokongan n semangat kepada kami...atas sokongan korang semua..kami akhirnya membuat keputusan utk mendedahkan kes kematian putera sulong di Taska Indera Cemara tahun lalu...juga atas permintaan Puan Mazliana yg kematian anak keduanya di taska yg sama pada 20 September 2010. Beliau meminta kami supaya mendedahkan perkara tersebut bagi memberi pengajaran kepada penyelia taska itu. Kami berharap dengan pendedahan ini..pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera menutup taska yg tidak berlesen itu dan mendakwa penyelia yg tidak berhati perut itu!!!
Berikut adalah berita lanjut dalam Utusan Malaysia bertarikh 2 Oktober 2010...anda semua juga boleh dapati berita ini dalam Harian Metro dan Berita Harian tarikh yang sama.
Pasangan pertama anak mati tercekik susu buat pendedahan
Dakwa pusat asuhan cuai
Oleh NAZMIL NASIRUDDINpengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 1 Okt. - Sebelum ini, pasangan suami isteri ini enggan tampil memberi kenyataan walaupun anak mereka meninggal dunia kerana didakwa tercekik susu di sebuah pusat asuhan di sini tahun lepas.
Tetapi kerana bersimpati dengan nasib yang dialami oleh satu lagi pasangan suami isteri yang kehilangan anak kerana sebab yang sama di pusat asuhan, mereka akhirnya bersetuju untuk membuat pendedahan mendakwa sebab kecuaian pusat asuhan itu.
Sofiah Noor Yahya, 27, dan suaminya, Saiful Afzan Abdul Rashid, 27, yang kehilangan anak sulung, Muhammad Syamil Nazhan Saiful Afzan berumur empat bulan pada Julai tahun lalu, kesal kerana tiada tindakan yang diambil selepas berlaku satu lagi kes kematian bayi.
Sofiah berkata, sehingga sekarang dia dan suaminya tidak dapat menerima alasan sama yang diberikan oleh pemilik pusat asuhan berkenaan yang mendakwa bayinya sebelum ini memang tidak sihat.
"Alasan yang mengatakan anak saya tidak sihat adalah tidak benar sama sekali dan dia begitu ceria gelak ketawa ketika itu, kami sempat bermain-main sebelum menghantarnya ke pusat asuhan itu.
"Saya berasa sangat sedih dan terkilan kerana itulah rupanya kali terakhir saya dapat bermain-main dan memeluk ciumnya," kata ibu itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita mengenai kematian anak pertamanya tahun lepas yang didakwa akibat kecuaian sebuah pusat asuhan di sini hari ini.
Sofiah berkongsi nasib malang dengan pasangan Mazliana Nordin, 27, dan suaminya, Mohd. Shahrunniezam Reihan, 36, yang kehilangan anak mereka, Nuramierah Mohd. Shahrunniezam di pusat asuhan yang sama pada 20 September lalu.
Muhammad Syamil merupakan bayi malang pertama yang terkorban di pusat asuhan berkenaan sebelum Nuramierah.
Sofiah berkata, dia dimaklumkan oleh doktor bertugas bahawa anaknya sudah tidak bernyawa apabila tiba di Hospital Putrajaya berdasarkan keadaan kulitnya yang sudah kebiru-biruan.
Dia turut kesal dengan tindakan pihak pengurusan pusat asuhan tersebut yang menyebarkan khabar angin mengatakan anaknya memang sudah sakit apabila dihantar ke situ.
"Saya amat terkilan dengan sikap pusat asuhan tersebut yang lepas tangan selepas kejadian tersebut.
"Saya sedia membantu dan memberi sokongan kepada Mazliana yang mengalami nasib yang sama," kata Sofiah yang juga merupakan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Sementara itu, suaminya, Saiful Afzan berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu memandang serius terhadap kes kematian itu agar tidak berlaku lagi pada masa hadapan.
Saiful yang bertugas sebagai guru berkata, disebabkan kejadian yang menimpa anak pertamanya itu, mereka kini fobia mahu menghantar anak keduanya yang berumur empat bulan ke mana-mana pusat asuhan kerana takut tragedi buruk itu berulang.
Salam, saya Fariza ibu kpd Adelia bt Muhammad Nizzam yg meninggal di Taska Seksyen 10 Shah Alam..org yg mengalami kehilangan anak spt kita ini shj yg tau hati dan perasaan yg menanggung kesedihan..jika tak keberatan blh kongsi cerita dan tindakan Puan slps kejadian? Email saya seperti berikut; mommyalesha@gmail.com
ReplyDeleteterima kasih sudi follow blog sy...
ReplyDeleteSemalam yg sy jumpe tu anak kedua Sofia ke? Ya Allah...Takziah di atas pemergian Muhammad Syamil Nazhan. Sy sgt terkejut dan sedih bile terbaca kisah ni..Moga roh Nazhan dicucuri rahmat oleh-Nya. Allah lebih menyayangi nya...
ReplyDeleteJKM ade amik tindakan x lepas laporan ni dibuat? taska ni kat mana Sofia?
JKM tak ambil tindakan masa kes anak saya..laporan n siasatan polis hanya tinggal laporan n siasatan saja...mmg sedih..disebabkan penyelia taska tu ank dato' vs menteri..dorang takut nak ambil tindakan.mmg zalim kan?bila dah jadi kes kedua..barula terhegeh2 nak ambil tindakan.tak de gunenye dahhh
ReplyDeletekerajaan mmg xadil..kita ni manusia sama jer,xguna pangkat tu..akan mati dtmpat yg sama gak..mntang2la pangkat vvip..nk takot apa,,negara ada undang2..guna pakailar..brapa ramai bayi lagi yg kena mati,baru boleh buka mata hati pihak berkuasa ni...
ReplyDelete