Friday, October 17, 2014

Besar dah anak ummi....

Cepatnya masa berlalu. ..setahun 8 bulan dah berlalu...besar dah adik Nazhan dan Sufi. ...Najhan. ..comel pulak tu...cerdik...bijak....semoga Najhan menjadi anak yg soleh. ..

cELotEh JuMaAT

Muhammad Syamil Nazhan.....

Sufi Amani....

Syamil Najhan....

Permata hati...permata Syurga..Ummi dan Abi...

Semoga kamu semua adalah aset ummi dan abi untuk ke syurga nanti....

Jadilah hamba-Nya yang soleh dan solehah...

Abang kamu berdua Muhammad Syamil Nazhan sedang menunggu kita semua di Syurga sana...

Semua yang berlaku ini...pasti ada hikmahnya....




5 tahun dah pun berlalu,,, pedih di hati DIA sahaja yang tahu...

Sufi Amani & Syamil Najhan~~~

Kehadiran mereka sangat berharga...seumpama hidup ini hanyalah untuk mereka sahaja...Semoga yang baik2 saja untuk mereka...Doa ummi dan abi sentiasa mengiringi kamu bertiga setiap nafas ummi dan abi....


Rindu pulak kat dorang bertiga ni....walaupun yg sorang  tu nuuuunnnn jauh di sana.....

Tapi kami sentiasa merasakan dia sentiasa berada disisi kami.....





>>>ANAK KAMI TIGA ORANG OKEYYY...BUKAN 2.....


ASSALAMUALAIKUM....




Monday, July 07, 2014

7 Julai Menggamit Kenangan

7 Julai Kembali Lagi. ..5 tahun dulu 7 Julai 2009 bersamaan 14 Rejab 1430...kini 7 Julai 2014 bersamaan 9 Ramadhan 1435...kenangan pahit yg tak akan ummi abi lupakan sepanjang hayat...

7 Julai 2009 yg lalu...jam 9.30 pagi ummi dikejutkan dgn panggilan taska yg menyuruh ummi ke taska.tanpa diberitahu apa sebabnya..ummi bergegas ke taska..setelah sampai...ummi digesa suruh ke hospital pula...penuh tanda tanya...waktu itu abi berkursus di KL.

Setiba di hospital yg parking nya susah laaa sangat nak cari...ummi yg keseorangan terus menuju ke Unit Kecemasan. Setibanya di sana..penyelia tak beritahu apa2 pun ttg keadaan Syamil ketika itu. Dengan susahnya utk masuk ke dalam..walaupun ibu sendiri...hmmmm...sehinggakan Syamil dah menghembuskan nafas terakhir jam 10.30 pg barulah ummi dibenarkan masuk!! Tak masuk akal! Tak de hati perut! Terjelepok ummi di bilik menunggu mendengar perkhabaran dari doktor...

Sungguh!! Tidak percaya...di saat pagi 7 Julai 2009 itu ummi abi menghantar Syamil dalam keadaan sihat walafiat. .tersenyum ceria..Rupanya. .itulah senyuman terakhir...itulah renungan terakhir...itulah pelukan terakhir..Tiada lagi selepas itu...

Bermulalah saat menguruskan jenazah Syamil di Masjid Putra, Putrajaya. ..alhamdulillah rakan taulan..saudara mara jauh dan dekat hadir memberikan semangat kpd ummi dan abi...di Situ ada sedikit kekuatan...Sepanjang perjalanan menuju ke kampung utk pengebumian...hujan tersangatlah lebat menjemput sang penghuni syurga bertemu pencipta-Nya.

Selama 4 bulan saja kita dapat bersama...selama 4 bulan sahaja Allah pinjamkan Muhammad Syamil Nazhan utk ummi abi mengenal erti seorang ummi dan seorang abi...

Kini tiada lagi Muhammad Syamil Nazhan. .yg ada hanyalah Sufi Amani dan Syamil Najhan..Pengubat segala kerinduan ummi abi tika merasa rindu pada Syamil...Sudah pastinya mereka mendapat lebih kasih sayang..lebih pelukan...lebih segalanya...

Ummi tahu..Muhammad Syamil Nazhan mendapat lebih baik dari ummi abi di Sana..di bawah pemeliharaan Dia yg Maha Esa...ummi abi tak ragu ragu. .Kamu bahagia di Sana...kamu gembira di sana..kamu mendapat cukup kasih sayang...cukup pelukan..cukup segala galanya. .lebih dari apa yg ummi dan abi mampu berikan...

Semoga kita sekeluarga akan bertemu kembali dalam keadaan yg lebih baik...lebih mulia...lebih bahagia...Sama2 kita berdoa...

Al-Fatihah buat arwah anak sulong kami
Muhammad Syamil Nazhan ( 20 Feb 2009-7 Julai 2009)

Wednesday, July 02, 2014

JULAI OH JULAI.....8 (


Bulan Julai penuh nostalgia. .
penuh kisah duka...
kali ini Julai datang dalam bulan Ramadhan. .
Syahdu pilu rasa hati...
Rindu Si Comel Muhammad Syamil Nazhan 
(20 Feb 2009-7 Julai 2009) 
5 hari lg genap 5 tahun dia menghuni Syurga Ilahi... 

Wednesday, June 04, 2014

VIDEO TERAKHIR MUHAMMAD SYAMIL NAZHAN

PUNYALAAA LAMA UMMI CARI VIDEO NI...INGATKAN DAH HILANG...MEMANG FRUST SANGAT...HARI NI TERGERAK HATI NAK TENGOK CD2 GAMBAR YANG UMMI SAVE SATU MASA DULU...START DARI CD MAJLIS KAHWIN UMMI DAN ABI HINGGA LAH HARI KELAHIRAN MUHAMMAD SYAMIL NAZHAN DAN SUFI AMANI....GAMBAR2 NAZHAN SEMUANYA UMMI DAH CUCI DAN SIMPAN DALAM ALBUM KHAS...GAMBAR AMANI JE BELUM SEMPAT UMMI NAK CUCI...UMMI INGAT NAK CUCI SEKALI DENGAN GAMBAR2 ADIK NAJHAN...SO...UMMI KENE GELEDAH DULU CD2 YANG BANYAK NI...UNTUK PILIH GAMBAR2 YANG NAK DICUCI....(DAH BERTAHUN NIAT NAK CUCI GAMBAR TAK KESAMPAIAN...ISK..ISK TERUK!)

INILAH VIDEO TERAKHIR YANG DIRAKAM SEBELUM PERGINYA SEORANG YANG SANGAT DIRINDUI.....HUHUU...RINDUU.....

SYAMIL NAZHAN SENTIASA DI HATI UMMI DAN ABI...KAMI RINDU KAMU SELALU...BERBAHAGIALAH KAMU DI SISI DIA YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANYANG....

ESOK UMMI, ABI, ADIK AMANI DAN ADIK NAJHAN NAK BALIK TAIPING...KITA JUMPA DI SANA NANTI YE....UMMI PASTI RASA BAHAGIA JIKA ALLAH BERIKAN RUANG UNTUK UMMI ZIARAH NAZHAN PADA HARI JUMAAT...ALHAMDULILLAH, ALLAH SENTIASA BERI UMMI DAN ABI KESEMPATAN ITU....PAGI2 LAGI UMMI AKAN BERTOLAK KE KAMPUNG...DOAKAN UMMI, ABI, ADIK AMANI DAN ADIK NAJHAN SELAMAT SAMPAI KE SANA NANTI....

TAK SABAR RASANYAAAA.....LAMA SUNGGUH TAK JUMPA NAZHAN....


Wednesday, May 14, 2014

GENAP 5 TAHUN PEMERGIAN...

Pejam celik...pejam celik....dah 5 tahun pemergian Muhammad Syamil Nazhan 14 Rejab 1430H - 14 Rejab 1435H...klo ikut kalendar Masihi 7 Julai 2009 - 7 Julai 2014...Tapi ummi ikut kalendar hijrah kebetulan hari ini 14 REJAB 1435H hari Rabu...hari pemergian Syamil 14 Rejab 1430H tuuu hari Selasa...Hari Kelahiran hari Jumaat, penghulu segala hari....

Rindunye rasa...apapun ummi bersyukur..kini ummi ada pengubat rindu Nazhan...adik Syamil Najhan dan adik Sufi Amani...lebih2 lagi laa pada adik Syamil Najhan yang wajahnya seiras kamu....memandang wajahnya..memeluknya seumpama ummi memeluk dan memandang kamu...huhuu....walaupun usia kamu jika masih ada sudah pun 5 tahun...tapi ummi rasa kamu baru je lahir...tetap dengan usia pemergian kamu 4 bulan...memanglah...nanti ummi akan jumpa kamu dengan usia itu juga...

Hanya doa mengiringi setiap nafas ummi dan abi...Semoga kita akan bertemu kembali di hari yang dijanjikan itu...Ummi mengharapkan sesuatu yang bahagia untuk kita sekeluarga suatu hari nanti...Teruslah berdoa berdoa dan berdoa...


Renungan penuh makna sebelum pemergian Muhammad Syamil Nazhan..2 hari sebelum meninggal.

Setiap detik kenangan bersamanya takkan pernah luput dalam ingatan....
Ya, Allah...hadiahkanlah kepada kami kesabaran dan ketabahan dalam setiap hembusan nafas kami dalam mengharungi kehidupan ini...UjianMu kami terima sebagai sesuatu yang istimewa...Hanya Engkau yang Maha Mengetahui yang Terbaik untuk kami...Kami menantikan saat yang paling istimewa itu...


Inilah dia abang Sufi Amani dan Syamil Najhan..Inilah dia abang yang selalu ditanya2 oleh Sufi Amani...Miss U forever...

Monday, April 28, 2014

Jom pergi library!


Salah satu aktiviti yang menarik juga...bawa anak2 pergi library.  Banyak juga buku2 di perpustakaan awam kompleks kejiranan presint 11 ni....anak2 pun happy...macam2 jenis buku boleh dibaca dan dipinjam....best!

WOWWW...besarnya buku!



Puas hati dia dapat baca buku banyak-banyak....

Adik pun seronok nak baca buku....hihi....

Friday, April 18, 2014

TIPS DIDIK ANAK MUDAH BELAJAR AL-QURAN

Tips-tips ini mesti ada kerjasama di antara kedua ibubapa dan saudara-mara atau adik beradik yang tinggal bersama, demi mencapai tujuan pembentukan anak-anak al-Quran. Di antara tips-tipsnya ialah seperti berikut :

1) Kedua ibubapa itu sendiri mesti terbuka hati dan minat terhadap al-Quran dengan pelbagai cara yang ada samada melazimkan membaca al-Quran pada setiap Subuh atau Maghrib dengan kadar yang sedikit tetapi berterusan dan memahami makna-maknanya dengan melihat terjemahan al-Quran yang ada.

Begitu juga dengan cara mengikuti kelas-kelas al-Quran yang terdapat di kawasan sekitar. Ini kerana anak yang sering melihat kedua ibubapanya melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh akan memberi impak yang besar dalam aktiviti kehidupan mereka secara langsung.

Hal ini, perlu dipandang lebih penting untuk ibu yang sedang mengandungkan anak. Cuba semampu mungkin untuk mengkhatamkan al-Quran banyak kali, atau sentiasa melihat makna-makna ayat al-Quran dan memahaminya, atau membaca surah-surah yang sinonim untuk ibu yang sedang mengandung seperti :

i) Surah Yusuf ketika umur janin mulai memasuki minggu ke-16, pada masa itu roh mula ditiupkan kepadanya dan proses pembentukan janin bermula. Niatkan untuk memperoleh anak yang cantik akhlak dan fizikalnya.

ii) Surah Luqman ketika umur janin mulai masuk minggu ke-24, perkembangan otak bayi sedang berkembang dengan pesat. Niatkan untuk mendapat anak yang bijak dan cerdas mindanya.

iii) Surah Maryam ketika janin mulai masuk minggu ke-36. Bayi semakin matang dan bersedia untuk dilahirkan. Niatkan untuk tanamkan aqidah yang betul dan sempurna kepada bayi, dan dipermudahkan proses bersalin yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.

2) Mengajar anak membaca al-Quran atau menghantarnya ke kelas al-Quran yang ada dengan jadual setiap hari. Lazimnya waktu yang sesuai selepas Asar atau Maghrib.

Bagi ibubapa yang mampu untuk mengajar al-Quran kepada anak sendiri adalah lebih baik kerana di situ wujud contoh ikutan bagi si anak secara tidak langsung. Lebih baik lagi, kalau mampu rumah kita dijadikan kelas mengaji untuk jiran tetangga kita.

3) Sentiasa memasang bacaan ayat suci al-Quran di rumah, dalam kereta dan sebagainya. Hidupkan rumah kita dengan alunan al-Quran, hindarkan dari bunyi bising muzik-muzik yang melalaikan. Begitu juga filem-filem yang tidak memberi faedah yang banyak dalam jiwa anak-anak melainkan kerosakan cuba ditinggalkan.

Dan petua dari Juara Akademi al-Quran sesi pertama, Abdullah Fahmi katanya arwah ayahnya sentiasa memasang kaset bacaan al-Quran bertarannum Syekh al-Mutawalli, Surah Yusuf di mana sahaja beliau berada samada di rumah, dalam kereta dan sebagainya, dari beliau masih kecil hingga sebelum ayahnya menghembuskan nafas terakhir. Akhirnya dia secara automatik terikut suara merdu syekh tersebut, dan itulah idolanya katanya.

Thursday, April 17, 2014

HOMESCHOOL

ISk...isk...tengah duk belek note II ni..sedar tak sedar...rupenye dah banyak aktiviti homeschool yg dah kubuat utk anak2. ..
Nak share lah sikit aktiviti tu kt kawan2 di luar sana..idea tak seberapa..harap boleh jadikan panduan. Tak perlu kos yg banyak..hanya gunakan apa yg ada di rumah....
Banyak lagi idea homeschool yang akan dikongsikan...ini intro jeeee...hihi....tunggu yeee
Selamat mencuba!
Sufi Amani ni dah dibiasakan dengan pensil sejak awal umurnya setahun...alhamdulillah dia dah pandai control color,tak keluar, ok!
Khusyuk menyiapkan aktiviti mewarna...her favourite aktivities...
Syamil ni banyak meniru aktiviti kakaknye...klo kakak baca buku..dia pun nak baca buku...kakak mewarna..dia pun nak mewarna...he he he...bijak...bijak...

Friday, February 21, 2014

SELAMAT HARI ULANG TAHUN

Alhamdulillah...genap sudah umur Syamil Najhan setahun pada 20 Februari 2014 bersamaan 20 Rabiulakhir 1435H hari Khamis.... 

Setahun sudah Syamil Najhan mendapat penyusuan susu ibu secara eksklusif...bermula dari lahir 20 Fberuari 2013 hinggalah sekarang...Ummi bersyukur, Allah memberi ummi kekuatan ini dan rezeki yang melimpah ruah, ummi dapat cuti tanpa gaji...dapat lah Syamil Najhan direct feeding selama hampir sebelas bulan...insha Allah...ummi akan pastikan Syamil Najhan akan mendapat susu ibu sepenuhnya sehingga umur 2 tahun seperti kakaknya Sufi Amani...

Hari ini juga dalam sejarah...Syamil Najhan dapat berjalan pada 1st birthday dia...Surprise!!! Thanks Allah...kurniakan kami anak yang sihat, cerdik, cerdas, bijak, dan mudah-mudahan akan menjadi anak yang soleh, yang di dalam hatinya sentiasa dengan Al-Quran...sentiasa menjaga solatnya...

Semoga Allah memberi kami kekuatan dan kesabaran dalam mendidik amanah ini....Rasa syukur yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata....

Tanggal tarikh yang sama juga merupakan tarikh lahir abang kepada Syamil Najhan iaitu Muhammad Syamil Nazhan, yang kini telah pun menjadi penghuni Syurga yang kekal abadi...Seandainya dia masih ada...genaplah sudah usianya 5 tahun....Dalam setiap ujian, pasti ada hikmahnya...besarnya hikmah yang Dia berikan...Mudah-mudahan kami sekeluarga sentiasa di landasan kesabaran dan keredhaan...


Pra 1st Birthday Party...
Gambar atas>>Syamil Najhan
Gambar bawah>>Muhammad Syamil Nazhan (20.02.2009-07.07.2009)