Friday, December 23, 2011

Rindu Nazhan...

Assalamualaikum Nazhan...
Petang ni ummi, abi, adik Amani nak balik ke kampung..nak hantar opah n tokwan..insya Allah akan sampai malam nanti...
Esok pagi ummi, abi n adik Amani nak bercuti ke Langkawi...sebelum ke sana ummi, abi n adik Amani nak ziarah Nazhan dulu...dah lama ummi tak jumpe Nazhan...rasa rindu sangat...

Malam tadi mak ngah Ani datang umah kita...ummi tengok Luqman, ummi teringat kat Nazhan...Nazhan n Luqman kan sebaya..hanya beza bulan saja...hmm mulalah hati ummi berkata2...kalaulah Nazhan ada..mesti cam Luqman tu...adik Amani pun tak lah keseorangan...huhuhu...tak pelah, dah Allah pilih Nazhan untuk masuk syurga dlu...ummi bersyukur walaupun tak dapat lihat Nazhan membesar depan mata..

Walau apapun, Nazhan sentiasa tetap di hati ummi, abi & adik Amani. Ummi selalu cerita pada adik Amani tentang Nazhan. Nazhan tak kan pernah hilang dalam kehidupan ummi, abi dan adik Amani...

MISS U SO MUCH

Lupa ummi nak cerita kat Nazhan tentang ummi beli penapis air COWAY...rupanya orang yang jual COWAY tu selalu ikuti perkembangan kisah Nazhan dulu...ummi tak sangka ada orang yang ikuti kisah kita masa tu...Orang tu pun tinggal di kuarters Presint 18 tu...dia cakap taska tu dah pun ditutup dan sekarang dah jadi Tadika Kemas, ownernye orang lain. Itulah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Perbuatan jahat pasti dibalas jahat...walaupun pada ummi balasan yang diterima tak lah seteruk mana, sekurang-kurangnya pihak kerajaan tidak lagi memberi dia peluang untuk buka taska lagi. Nama owner taska tu pun dah buruk...walau anak orang kenamaan sekalipun, di sisi Allah tetap sama juga...

~~Semoga Nazhan sentiasa bahagia dan gembira di alam sana~~



Thursday, December 22, 2011

PENGUMUMAN~~~PENGUMUMAN~~~PENGUMUMAN~~

Assalamualikum..Pembaca yang dihormati dan dikasihi.....di sini saya ingin memaklumkan bahawa anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan PRODUK SHAKLEE dengan lebih pantas di blog khusus Shaklee iaitu:http://saifulsofiashaklee.blogspot.com/

Blog tersebut diwujudkan bagi memudahkan pengguna mendapat maklumat dengan lebih mudah...walaubagaimanapun, blog saifulsofia masih lagi beroperasi seperti biasa....sekian terima kasih... 


Monday, December 05, 2011

Karnival Susu Formula Sustagen

Jeng...jeng...jangan salah faham dengan tajuk entry kali ni ya...baru-baru ni kat Alamanda ade wat Karnival Susu Formula Sustagen...sajala nak pegi walaupun Sufi Amani tak minum pun susu formula...saja nak bagi dia try mana-mana game yang ada...nampaknya dia sangat-sangat seronok join setiap game yang ada...jom kita layan aksi-aksi menarik Sufi Amani sepanjang karnival.....

Hai, sayalah Master Chef Malaysia yang Pertama! Jom ikuti pengembaraan saya bersama Sustagen

Uncle tu tengah tolong saya carikan roti..saya nak buat roti bakar..

Yezzzaaa...dah dapat pun roti, mula-mula kita masukkan dalam toaster dulu

Kenapa roti tak keluar keluar lagi ni....

Alahhh ummi nak wat roti bakar lagi...

Kat sini plak kita nak masak bbq, kite nak wat bbq ayam dan ikan..

Kita panggang kat sini dengan suhu 31 darjah celcius

Penat memasak saya kena rasa semua perisa susu Sustagen...ummi kata saya kena cuba, nanti dah 2 tahun, saya kena minum susu formula, tapi saya tak suka laa....

Walau apapun perisa susu-susu ni, original, strawberi or coklat, semuanya saya TAK NAK!

Uuuuhhhh... tak sedapnya susu ni....saya lebih suka Susuibu!

Lega...ummi tak paksa dah saya rasa susu-susu tuu...Now saya nak timbang pula,.saya suka makan dan aktif, sebab tu berat saya maintain je...

Hai, saya nak ukur tinggi pula...berapalah tinggi saya sekarang ni ye....


Pak cik ni kacau betul la saya nak posing kat sini...

Ok...pengembaraan saya utk kali ni sampai di sini saja...Sehingga bertemu lagi di lain entry...Ini lah Abi and Ummi saya...handsome n cun kan???

1st Day @ Taska

Hari ni 5 Disember 2011 hari Isnin..hari bersejarah untuk Sufi Amani...bertemu kawan2 baru, guru baru di tempat yang baru...Agak teruja buat pertama kali tiba di taska...seronok dengan kawasan yang luas dan ceria...ada macam2 jenis permainan memang dia suka lah....Langsung x menangis sebab seronok sangat...tapi ummi x leh pergi kalau Sufi Amani nampak ummi...ummi kene kuar senyap2 nak elak dari Sufi Amani menangis...alaaa ummi yang sedih nak tinggalkan Amani..huhu...mesti Amani tercari-cari ummi nanti...huhu...nanti jam 10am ummi datang jenguk Amani n bf Amani ye...don't worry...ummi akan sentiasa bersama Sufi Amani....hmmm apalah yang Amani buat sekarang ni...seronok kah?sedang menangis kah?huhuhu...susah hatinye....

Mohon sedara mara dan kawan-kawan doakan yang terbaik n baik-baik aje untuk Sufi Amani...moga Allah melindungimu dari segala bahaya sepanjang berada di bawah jagaan pihak taska...ummi memang sangat2 risau...dengan siapa pun Sufi Amani tinggal, ummi tetap risau..yang paling ummi dan abi risaukan ialah orang yang tak sayang mulut, orang yang suka cakap perkara2 negatif, perkara yang tak sepatutnya dicakap..ummi memang tak suka orang yang macam tu!! Orang yang macam tu lah yang selalu buat hati ummi lebih risau dan tak tenteram..Sebagai ummi, ummi memang nak yang terbaik untuk Amani. Harapan ummi, ape pun pilihan ummi dan abi, ia adalah yang terbaik untuk Sufi Amani..Ummi n Abi doa, Allah akan beri kemudahan dan sentiasa melindungimu sayang...huhu...dan ummi dan abi harap maktok sedar akan apa yang telah berlaku...ummi harap sangat2 maktok tak lagi suka bercakap perkara2 negatif tentang apapun keputusan ummi dan abi...hidup sebagai ibu yang bekerjaya sememangnya tiada pilihan meletakkan anak-anak di bawah jagaan orang lain. sama ada di bawah jagaan pengasuh personal atau di taska atau pun mengambil maid. Abi tak suka ambil maid,katanya nanti family kita tak privacy..dan macam2 hal pula kisah maid ni. Ummi harap maktok akan faham dan sentiasa doakan yang TEBAIK walau apapun keputusan ummi dan abi...Ummi dan abi Sayangkan Sufi Amani dan arwah abang Muhammad Syamil Nazhan....kita jumpa jam10.30am ye sayang....

Jam 10.30 am-->>Sampai je ummi di taska, cikgu kata Amani sedang tidur...elok je ummi masuk dalam bilik 1 tahun tu, Amani pun terjaga..macam tau2 aje ummi nak datang ye...terus ummi peluk cium Sufi Amani dan direct bf Amani sampai kenyang...dalam bilik tu tak lah sejuk sangat seperti yang diperkatakan orang...memang pada mulanya ummi risau takut air-cond dalam taska tu terlalu sejuk..rupanya taklah sejuk sangat..sama je suhunya seperti di taska-taska lain yang ummi survey. Sufi Amani pun nampak happy je di taska baru ni...Ok...kita jumpa petang nanti...tengahari ummi datang intai je...petang baru ummi datang amek k...MisS U....

Friday, December 02, 2011

REZEKI TAHUN BARU

Alhamdulillah...segala rasa susah hati, resah gelisah terungkai jua...hampir sebulan mencari-cari taska untuk Sufi Amani, akhirnya dapat juga...Taska KDN kat D8 tu...memang susah nak mohon masuk kat situ...terima kasih sangat-sangat pada Tuan Syarifatul Muslim...nanti i belanje u eh...

Mesti kome sume tertanya-tanya kenapa i nak anta sangat-sangat Sufi Amani kat taska kan? Sebabnye, pengasuh Sufi Amani yang dulu tu dah balik Indonesia...dah lama dia berkhidmat di Malaysia ni since 1999..masa tu anak bongsu dia baru tadika, dia datang keje sini n tinggalkan anak-anak dia semata-nak nak cari sesuap nasi..bibik tu ibu tunggal...sedih lak bila cakap tentang dia...katanya yuran sekolah di sana terlalu mahal..sebab tu dia kena datang keje kat Malaysia ni...sekarang anak-anak dia pun dah besar dan yang bongsu tu pun dah 20 tahun umurnya. Anak-anak bibik dah x kasi bibik bekerja lagi..nak buat macam mana, setiap yang bertemu pasti akan berpisah...moga-moga dapat bertemu dengan bibik lagi...insya Allah...memang susah nak jumpa pengasuh macam bibik tu...sangat2 baik dan pandai ambil hati budak-budak...

Sekarang bibik dah x de, i kene la cari taska untuk Sufi Amani...alhamdulillah Allah permudahkan segala kesulitan..mudah-mudahan pilihan taska ini adalah yang terbaik untuk Sufi Amani. Kami amat-amat berharap sedara mara, kawan-kawan doakan yang terbaik untuk kami terutama untuk Sufi Amani...semoga Allah melindungi dia dari segala bahaya dan penyakit yang memudaratkan sepanjang dia berada di taska tu...hati ibu mana yang tak risau meninggalkan anak di tempat yang baru...sama-samalah kita berdoa yang baik-baik aje utk Sufi Amani...

Lepas je hantar borang taska tu...i teman kawan i survey taska Tasneem kat Parcel E...ok juga taska tu...tapi jauh sikitla dari ofis ni...nak masuk ke Parcel E tu pun jem juga..takut kelam kelibut kami dibuatnya nanti..banyak faktor juga yang perlu difikirkan kalau nak hantar Sufi Amani kat situ....habis satu parcel E kitorang pusing...cari bangunan x jumpa..hihi...

 Kemudian i pegi Tabung Haji...dah lama niat nak daftar haji kami anak beranak..akhirnya hari ni tertunai juga...Tahun 2043 kami dijangka akan menunaikan haji...Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga untuk menunaikan haji pada tahun tersebut..lebih awal lagi bagus....maka dengan ini kena berusaha keraslah untuk menyimpan. selagi belum daftar, kita akan kurang serius untuk menabung...bila dah daftar ni, ia sebagai motivasi utk kita terus menabung...dapat menunaikan haji di usia yang muda, adalah satu rahmat yang paling indah...Kepada yang belum mendaftar haji tu...silalah berbuat demikian dengan segera...hanya dengan simpanan tetap RM1300 dalam akaun, sudah layak untuk daftar...lepas tu ikut suka la nak menyimpan berapa pun...

 Ok...setakat ini dulu kisah taska n daftar haji untuk hari ini...entry akan datang kita cite fist day Sufi Amani di taska pulak..hihi.













Thursday, December 01, 2011

POWER PUMPING MEMBANTU PROSES PENGHASILAN SUSU

Power pumping dan Hyperstimulation - Cepatkan proses pengeluaran susu


Hyperstimulation dan power pumping sebenarnya adalah satu kaedah atau teknik yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu.  Ramai ibu-ibu baru kurang faham apakah power-pumping sebenarnya.

Daripada beberapa pembacaan dan juga pengalaman diri sendiri ia adalah di mana kita mengepam kedua-dua breast serentak atau dipanggil kaedah double-pumping selama 60 minit. Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit berehat-10 minit mengepam-10 minit berehat dan dilakukan selama 60  minit(1 jam).  
Kaedah ini sangatlah disarankan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah susu sedikit atau ketika period atau apabila bayi menghadapi growth spurt (beralih bulan di mana bayi akan consume lebih banyak dari biasa) dan boleh buat seminggu sekali dan jika ada banyak masa lapang boleh buat hari-hari.  Sebaiknya lakukan kerana ketika itu hormon prolaktin kita sangatlah tinggi dan kandungan susu kita pada waktu 12 tengah malam hingga 6 pagi sangat-sangat berlemak (kalau rajin buatlah solat sunat minta dimurahkan rezeki alang-alang dah bangun tengah malam kan). Susu kita pada waktu itulah yang selalunya mempengaruhi kenaikan berat badan anak kita (sebab itu kita disarankan makan vitamin di waktu malam di mana ibu akan perasan susu akan pekat dan banyak, Insya Allah disebabkan pengambilan alfafa)--->>>{ALFALFA Merupakan supplement Penggalak Susu dalam penghasilan susu kerana mempunyai banyak khasiat. Alfalfa Memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan jugak tindakbalas pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Juga untuk melawaskan pembuanagan air besar dan kecil.Juga membuang angin dalam badan.secara automatik kesan baik untuk Baby.Elak dari kembung perut.Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sbagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. Merawat keputihan,keintiman (SEX).Ia jugak sesuai utk pengemar-pengemar seafood bagi mengelak GAUT.}

Bagi ibu-ibu baru kena faham konsep power-pumping ini di mana apa yang kita pam hasilnya kita tidak akan nampak masa itu juga. Sekurang-kurangnya kita akan nampak pertambahannya dalam masa seminggu 2 dengan syarat kena sabar, konsisten dan istiqamah di mana prinsipnya juga sama seperti pengambilan suplemen. 

Perlu banyakkan rangsangan seperti kekerapan mengepam 3 jam sekali ataupun banyakkan direct feeding. Ada juga di antara ibu-ibu kurang minum air masak tapi mahukan output susu yang banyak. Kena ada keseimbangan keduanya, banyakkan minum air masak at least 3 liter, jadual mengepam 3 jam sekali dan bykkan direct feeding serta jangan lupa berdoa agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. Setiap apa yang kita lakukan perlu displin, sabar dan istiqamah.  Jangan mengharapkan susu akan keluar memancut-mancut jika ibu sendiri tidak ada usaha untuk perbanyakkan susu.

Mommies yang guna manual pump atau single pump pun tiada alasan untuk tidak buat power pumping ye!! Pokok pangkal USAHA!! 

CARA PENYIMPANAN DAN PENGENDALIAN PERAHAN SUSUIBU (EBM)

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan SusuIbu



Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH
  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey
  • Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ini  boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel (beli sticker yg kecil2 tu..ada dijual di kedai buku)
  • Tarikh Perahan 
  • Waktu perahan 
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan sepanjang botol ASI ada di dalam bilik tersebut.



FRIDGE/FREEZER?
 
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
  (sebelum dibekukan) - 3-7 hari
  (selepas dibekukan) - 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
 
PERINGATAN: 
  • susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula 
  • susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
TIP DAN CARA PENYIMPANAN
Di Pejabat
  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku. 
  • Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari. 
JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

18 months

Alhamdulillah, semalam 30 November 2011 genap usia Sufi Amani 18 bulan (1 tahun 6 bulan).Sufi Amani masih lagi fully breastfeed...semalam juga check up utk 18 bulan...kene cucuk laa...yang kelakarnye, Sufi bukannye menangis sebab kene cucuk..menangis sebab x kasi nurse pegang lutut dia..hihi...macam ummi dia la x suka orang pegang2..haha...tengokla anak sape...hihi....

Semoga usaha untuk menyusukan Sufi Amani sehingga 2 tahun akan tercapai...yang penting kita sebagai ibu kena betulkan niat, kuatkan usaha, kuatkan semangat, ikhlaskan hati dan sentiasa redha...........dan yang penting sekali....JANGAN SUKA MENGELUH kalau nak fully bf anak...itu sangat2 penting...kalau kita suka mengeluh nak bf anak...memangla susah nak jadi...samalah macam kita x ikhlas nak buat sesuatu...bila hati ikhlas nak menyusukan anak, insya Allah, Allah akan bantu walau dengan apa cara sekalipun...segala cabaran penyusuan akan dapat ditangani sekiranya kita sentiasa berfikiran positif tentang penyusuan susuibu..

Tak dinafikan menyusukan anak ni memang banyak cabaran dan dugaan...kesabaran dan dorongan dari suami sangat-sangat membantu..Alhamdulillah my hubby sangat2 menyokong penyusuan susuibu..Thanks abang....segala pengorbanan abang selama ayang menyusukan Sufi Amani sangat2 ayang hargai...Love U So Much~~~