Thursday, September 15, 2011

Udah pandai Jalan...

alhamdulillah...baby kesayangan ummi dah pandai jalan.mula dengan bertatih-tatih dan sekarang dah pun laju...mula bertatih dulu genap umur 1 tahun...sekarang dah 1 tahun 4 bulan...ummi syukur sangat2 Sufi Amani dah pandai jalan...Inilah pic terbaru Sufi Amani....


vrooommm....vrrrooooommmm

Eh, lupe lak nak ajak.. Mehla nek kete ni ngan saya...

Alamak...ramainye orang tengok saye...malulaaa....

KEPERLUAN NUTRISI BAGI IBU MENYUSU

Rasa nak kongsikan bersama anda semua, especially bagi ibu2 yg menyusukan anak dengan susuibu. Info ni saya dapat dari blog mamaqaireen...memang suka jalan2 kat blog dia...sebab banyak info tentang penyusuan susuibu ada di situ...

_____________________________________________________

Ibu-ibu yang mengandung dan juga menyusu memerlukan lebih nutrisi dalam tubuh mereka. 

Antara fakta yang perlu kita tahu: 

  • Ibu menyusu perlu makan dan minum secukupnya. Ibu menyusu tidak memerlukan makanan khas ataupun perlu mengelakkan makanan tertentu untuk menyusu.
  • Badan wanita menyimpan lemak semasa mengandung untuk membantu menyediakan susu untuk penyusuan.- susu dihasilkan dari lemak yang disimpan dan juga dari makanan yang diambil.
  • Pemilihan makanan yang tidak sihat ataupun kurang makan tidak menjejaskan penghasilan susu - ibu yang sibuk bekerja, tak sempat makan, tak cukup makan selalu merasakan akan menghasilkan susu yang sedikit.. tetapi dengan kekerapan menyusu, ianya dapat memastikan bekalan susu sentiasa mencukupi.
  • Ibu dalam pantang tidak sewajarnya menghadkan pengambilan makanan dan minuman. Ibu dalam pantang perlu ambil lebih minuman terutama jika anda kurang membuang air kecil atau air kencing menjadi pekat.

Perbandingan keperluan nutrisi antara wanita biasa, wanita mengandung dan wanita menyusukan anak

Carta di bawah boleh membantu kita mendapatkan sumber makanan yang tepat untuk penyusuan. So ibu menyusu..anda memerlukan lebih banyak lagi nutrisi berbanding dengan wanita lain ye..pastikan badan anda cukup dengan keperluan vitamin.

Energy and Nutrients needs

Sekarang ni dah tahu sebab apa kita perlu ambil vitamin shaklee?? Ibu menyusu memerlukan lebih vitamin atau nutrisi daripada wanita lain yang tidak menyusukan anak mereka. Vitamin bukan membuat susu menjadi banyak melimpah2..tapi vitamin membantu ibu menyusu untuk terus sihat, cergas dan bertenaga. Ingin diingatkan di sini..penghasilan susu sangat bergantung kepada kekerapan kita menyusukan anak dan pump...

Monday, September 12, 2011

Keuntungan Si Ibu Bapa apabila Anaknya meninggal sebelum Akhil Baligh

Mujurlah diri ini terjumpa buku PENENANG JIWA karangan Imam al-Ghazali di library Jakim..saat diri ini kesedihan atas apa yg menimpa...Allah tunjukkan jalan...syukur alhamdulillah...akhirnya buku ini kubeli jua di salah sebuah kedai buku di Jalan TAR...memang susah nak jumpa buku ni..bila dah jumpa terus beli...bila sedih yang amat sangat...selain baca al-Quran...buku inilah yang jadi penenang hatiku...antara topik yg sangat suka dibaca x lain x bukan topik seperti tajuk di atas laaa...kurang sikit rasa sedih di hati....Ya, Allah..kuatkanlah diri ini menghadapi segala ujian-Mu....layanzzzzz....
   “Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak meninggal dunia, sampai hari berbangkit”.“Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sebentar saja”.“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”.“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.(Ad-Dahr: 11)  

Syafaat Anak Yg Meninggal Semasa Kecil


Sebagaimana yang dijanjikan entry kali ini berkenaan dengan syafaat di akhirat. Rasulullah akan memberi syafaat kepada umatnya tetapi ada juga syafaat lain iaitu syafaat anak yang meninggal semasa kecil sebagaimana kisah di bawah ini;

Hadrat Malik bin Dinar r.a. merupakan seorang warak yg masyhur. Kehidupannya pada permulaan tidak berapa elok. Salah seorang telah bertanya kepadanya "Apakah yg telah berlaku yg membuat tuan bertaubat dr kehidupan yg terdahulu?" Beliau menjawab, "Ketika dahulu saya seorang askar. Terlalu ketagih dengan arak. Sentiasa sibuk dengan arak. Saya telah membeli seorang wanita hamba yg amat jelita. Daripadanya telah lahir seorang anak perempuan yang amat saya sayangi. Anak itu pun sgt syg kpd saya. Apb telah mula berjalan sedikit-sedikit, maka kasih sayang saya kepadanya telah bertambah. Sentiasa dia bersama saya.

Tetapi adalah menjadi suatu tabiatnya yg mana apb saya hendak minum arak, dia mengambil cawan di tgn saya dan membuangnya di atas pakaian saya. Oleh kerana saya terlalu sayang kepadanya saya tidak dapat membuat apa-apa. Ketika berusia 2 tahun, maka dia meninggal dunia. Kematiannya amat melukakan hati saya. Sekali peristiwa pada malam 15hb Syaaban saya telah byk minum arak. Solat isya' pun belum ditunaikan. Dalam keadaan mabuk terus tidur.

Saya bermimpi kiamat telah berlaku. Manusia mengibas2 tanah dr kepala mereka bangkit dari kubur masing-masing berjalan ke padang Mahsyar. Ketika berjalan ke padang mahsyar, saya mendengar sesuatu di belakang saya. Saya melihat seekor AZDAHA (ular yg terlalu besar) mengejar saya. Ular itu berwarna hitam, bermata kuning, mulutnya terbuka luas. Ular itu datang kepada saya dgn laju. Dikuasai oleh perasaan takut yg amat sgt saya pun berlari secepat mungkin. Sedang berlari saya berjumpa dgn seorang tua yg berpakaian putih bersih, berbau harum. Saya telah memberi salam kepadanya dan dia pun menjawab salam saya. Saya meminta , "tolonglah tuan, ular itu telah mengejar saya!" Dia menjawab "Aku sgt lemah. Dia terlalu kuat. Aku tidak mampu menolong kamu atau melawannya. Tetapi kamu mesti berlari laju lagi. Mungkin di hdpn nnt kamu boleh mendapat sesuatu untuk menyelamatkan diri kamu dr ular itu".

Di satu tempat saya melihat satu busut dan terus naik ke atasnya. Saya nampak api neraka yang amat merbahaya lagi. Walaupun api neraka itu sgt dahsyat, namun kerana dikuasai perasaan takut pd ular itu saya hampir terjatuh ke dalam parit api neraka itu. Ketika itu saya mendengar satu suara yg agak kuat. "Undur balik. Engkau bukanlah dari kalangan mereka (ahli neraka)". Maka saya pun patah balik ke belakang dengan serta merta. Saya telah menemui orang tua yang berpakaian putih itu sekali lagi. Saya berkata kepadanya, "Kasihanilah terhadap saya tuan! Sebelum ini pun saya telah meminta tolong. Tuan tidak membuat apa-apa. Tolonglah sedikit. Ular itu tetap mengejar saya!. Mendengar kata-kata saya itu, org tua itu menangis sambil berkata, "Apakah yg aku boleh buat. Kamu melihat aku ini sgt lemah dan ular itu terlalu kuat. Bagaimana aku boleh melawannya? Akan tetapi, hadapan sedikit ada lagi satu bukit dimana ada amanah orang2 islam. Barangkali kamu pun ada sesuatu amanah di situ yg akn menjadi asbab keselamatan kamu dr ular itu".

Saya pun berlari sehingga sampai di bukit itu. Ular pun mengejar saya ke sana. Di bukit yang bulat itu byk tingkap yang terbuka. Tirai dr sutera tergantung dengannya. Setiap tingkap ada dua daun tingkap dr emas, dihiasi dgn permata yaqut & mutiara. Apb saya cuba naik ke atas tingkap itu, saya dengar satu suara malaikat, "Bukalah tingkap dan angkatlah tirai. Keluarlah kamu sekalian! Mungkn di kalangan kamu ada sesiapa yg merupakan amanah orang bermusibah ini dan ia boleh menolongnya". Dgn serta merta tingkap itu dibuka dan ramai kanak-kanak spt bulan purnama keluar dr dlm bukit itu. Tetapi saya dlm keadaan gelisah krn ular itu semakin menghampiri saya. Ketika itu semua kanak-kanak pun menjerit dan berteriak, "Keluarlah semua cepat-cepat! Ular itu semakin hampir menangkap orang yang bernasib malang itu!". Kanak-kanak seperti tentera demi tentera keluar dari bukit itu. Kebetulan pandangan saya terjatuh pada anak perempuan saya yg telah meninggal dunia pada umur dua tahun. Melihat saya dia mula menangis sambil berkata, "Demi Allah! Itu adalah ayahku!" Dengan serta merta dia terjun pantas seperti anak panah dan naik ke atas satu kenderaan nur (cahaya) dan menghulur tangan kirinya kepada saya. Saya pun lekas-lekas memegang tangannya. Kemudian dia menghulurkan tangan kanannya kepada ular itu yg terlalu hampir kepada saya. Maka ular itu pun lari ke belakang. Selepas itu dia memberi saya tempat duduk dan dia sendiri duduk di atas pangkuan saya. Dia menggerakkan tangannya di atas janggut saya sambil berkata, "Ayah! Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang beriman untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (AL-QURAN)yg diturunkan kepada mereka? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yg telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang fasik--derhaka.[Hadeed: 16]'

Mendengar kata-katanya itu saya mula menangis. Saya bertanya kepadanya, "Wahai anakku! Kamu semua pandaikah membaca Al-Quran?" dia menjawab, "Kami lebih pandai membaca Al-Quran daripada kamu sekalian". Saya bertanya, "Anakku, apakah musibah ular itu?" dia menjawab, "Itulah amalan ayah yang berdosa. Ayah telah membekalkan kekuatan yg banyak kepadanya sehingga dia sedaya upaya membawa ayah ke dalam neraka!". Saya bertanya lagi, "Siapakah orang tua yang warak itu?" Dia menjawab, "Dia itu amalan baik yang dilakukan ayah. Tetapi ayah telah membiarkan dia lemah sehingga dia tidak dapat menghapuskan ular itu. Akan tetapi, dia telah menunjuk ayah akan jalan keselamatan." Saya bertanya, "Anakku, apakah yang kamu buat di dalam bukit itu?" Dia menjawab, "Kami semua anak-anak orang islam. Kami akan berada di situ sampai kiamat menanti-nanti kedatangan kamu. Apabila kamu datang, maka kami akan memberi syafaat untuk kamu".

Rujukan : Fadhilat Sedekah karangan Staikhul Hadith Hadrat Maulana Muhammad Zakariya R.A.

Tuesday, September 06, 2011

Raya 2011

hmmm...ramai betul yg abadikan gambar raya dorang dalam pic fb...x de salahnya klo nak abadikan pic raya kali ni dalam blog plak...haha...raya kali ni biasa2 aje...rasa macam x puas je raya kali ni...hmmm...pepun layan jelah gambar2 sebelum n semasa raya ni....
tahun ni menantu2 mak yg buat ketupat...anak2 tolong tengok aje...
Masing2 sedang khusyuk menyiapkan ketupat..apepun...memang rasa lain lah ketupat tahun ni...bertuah tul mak dapat menantu cam ni..hahaha...
ni lah hasil ketupat dorang...

Baru balik dari sembahyang raya...
Alhamdulillah diberi kesempatan utk ziarah pusara puteraku yg tercinta..terlupa nak suh acik amek gambar kami sekeluarga di pusara..huhuu
Sufi Amani bersama abang2 sepupunya...
Abah n mak bersama2 hero2 yg ada pada pagi raya tu...
Tiap2 tahun mesti ada gambar camni...tapi selalunya x cukup..huhu..
Raya kedua....
Anak ummi n abi yg comel dan cerdik
Saya tengah makan kuih raya
Alala...anak sapa ni...geram aihhhh...
Raya ketiga kami ke Kelantan pula....x sempat nak bergambar di kelantan tuu...hanya gambar dalam kereta aje lah yg ada....hihi...

Lama sudah x singgah Tasek Banding...ada banyak perubahan...
Masih terpelihara keindahannya...subhanallah...
Saya dah boring duk dalam kete lama2...sian ummi kena melayan karenah saya yg x reti duduk diam...hihi

Inilah saja yg dapat dikongsikan...walau apapun..ia tetap menjadi memori indah buat kami sekeluarga...SaLam AidiLFitri kepada semua yg sudi singgah ke blog kami....